1 research outputs found

    Mengurus Perubahan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sebuah Sekolah Menengah: Suatu Pemerhatian Awal

    Get PDF
    Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan menerusi kaedah pemerhatian di sebuah sekolah menengah dalam daerah Batu Gajah di Negeri Perak. Populasi kajian terdiri daripada 102 orang murid Tingkatan Lima di sekolah tersebut. Pemerhatian dibuat ke atas peserta kajian berdasarkan tempoh masa yang tertentu yang telah ditetapkan. Oleh itu, dari kaedah pemerhatian, keputusan yang diperoleh adalah lebih tepat. Menerusi pemerhatian, Model Kompetensi Kepimpinan Perubahan (MKKP) telah digunakan oleh pengetua semasa berhadapan dengan perubahan dalam tadbir urus sekolah. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah mengubah pembudayaan dan iklim sekolah menerusi kepimpinan pengetua. Kajian dijalankan setelah pembukaan semula sekolah bagi murid yang mengambil peperiksaan SPM dan STPM. Kepimpinan pengetua dapat dilihat menerusi pencapaian matlamat perubahan yang telah dirancang dari awal proses perubahan. Pengetua juga berjaya melakukan perubahan dengan cara yang kreatif dan proaktif terhadap sekolah tersebut. Hal ini dapat dilihat menerusi kepimpinan pengetua dalam menguruskan perubahan sekolah adalah amat penting kerana peranan pengetua sebagai individu yang bertanggungjawab secara langsung ke atas perubahan di sekolah
    corecore