105 research outputs found

    Kepimpinan Instructional Penyelia Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Hubungnya dengan Kepuasan Kerja Pemaju Masyarakat TABIKA atau TASKA KEMAS

    Get PDF
    Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan mengenai kepimpinan instruktional dalam kalangan Penyelia Pendidikan awal kanak-kanak dan kepuasan kerja guru Tabika/Taska KEMAS. Dalam era globlalisasi yang pesat dengan pembangunan teknologi alam maya, pemimpin dan peneraju pendidikan awal kanak-kanak perlu mempunyai kompetensi seiring dengan tranformasi pendidikan yang telah dirancang. Kepimpinan instruktional dalam kalangan Penyelia Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS perlu di implementasikan untuk mencapai tahap kepimpinan optimum yang selaras dengan Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan. Kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi tujuan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan instruksional Penyelia Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak dan hubunganya dengan kepuasan kerja, Pemaju Masyarakat Tabika/Taska (guru) KEMAS. Seramai 24 orang Penyelia Operasi Pendidikan awal Kanak-kanak dari 24 Parlimen dan 240 Pemaju Masyarakat Tabika/Taska KEMAS di Sabah akan dipilih dalam kajian ini. Seterusnya kajian ini memberi implikasi bahawa pengaruh tahap kepimpinan Penyelia Operasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan kepuasan kerja Pemaju Masyarakat Tabika/Taska amat penting untuk memastikan halatuju pendidikan awal kanak-kanak di Jabatan KEMAS

    Pengaruh Pengajaran Guru Terhadap Kualiti Pengajaran Guru

    Get PDF
    Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pengajaran guru terhadap kualiti pengajaran guru dalam kalangan guru sekolah rendah luar bandar di negeri Sabah, Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang diadaptasi sebagai alat instrumen kajian. Seramai 380 orang responden terlibat dalam menjawab soal selidik kajian. Analisis deskriptif menunjukkan pengajaran guru dan kualiti pengajaran guru mempunyai skor min tinggi bermaksud kedua-duanya berada pada tahap tinggi. Manakala berdasarkan analisis ujian ANOVA yang dilakukan membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengajaran guru berdasarkan pengalaman mengajar. Dalam kajian yang sama analisis regrasi berganda turut dilakukan. Hasilnya, terdapat pengaruh yang signifikan pengajaran guru terhadap kualiti pengajaran guru. Secara keseluruhan analisis mendapati sumbangan keseluruhan yang diramal oleh pengajaran guru terhadap kualiti pengajaran guru adalah sebanyak 24.8 peratus

    Hubungan Pengurusan Kokurikulum dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah

    Get PDF
    Kertas konsep ini bertujuan membincangkan tentang pengurusan kokurikulum dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mampu membentuk keperibadian pelajar secara keseluruhannya. Hal ini mampu diserlahkan melalui pengurusan kokurikulum yang cemerlang. Pengurus kokurikulum memainkan peranan besar dalam menjayakan penglibatan tersebut. Kecemerlangan penglibatan pelajar berkait rapat dengan pengurusan kokurikulum. Semakin tinggi pengurusan kokurikulum dilaksanakan dengan cemerlang, semakin besar kesannya kepada penglibatan pelajar. Pelaksanaan pengurusan adalah berdasarkan objektif dan keupayaan pelajar bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari. Justeru, pengurusan kokurikulum mempunyai perkaitan dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
    • …
    corecore