1 research outputs found

    TERAPI JIWA MENURUT AL GHAZALI: TUMPUAN KEPADA AMALAN DAN KEPENTINGAN TAFAKUR

    Get PDF
    Abstrak: Tafakur adalah satu amalan yang amat penting dalam menyediakan jiwa yang sejahtera dan boleh disifatkan sebagai kunci kepada segala amal salih sama ada amal zahir atau amal batin. Ini adalah kerana sesuatu amalan tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna melainkan kebaikannya dapat dilihat terlebih dahulu dengan jelas di dalam hati. Kejelasan kebaikan sesuatu amalan akan terserlah menerusi amalan tafakur yang akan menjadikan hati terang diselubungi nur makrifat. Dari sudut yang lain tafakur memperlihatkan kepentingan ilmu kasbi yang kebiasaannya diperolehi menerusi cara belajar dan membaca. Amalan tafakur tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa kewujudan premis ilmu yang menjadi asas untuk membuahkan ilmu yang baru. Bertitik tolak dari ilmu ini akan mencetuskan perubahan ahwal hati yang akan membawa kepada peningkatan kuantiti dan kualiti amalan sama ada zahir atau batin yang melayakkan seseorang disifatkan sebagai hamba Allah SWT yang sebenar.Kata Kunci: terapi jiwa, al-ghazali, tafaku
    corecore