89 research outputs found

    Pengalaman anak dewasa berpendapatan rendah yang menjaga ibu bapa tua: satu pendekatan berteraskan pendidikan komuniti

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan meninjau fenomena bagaimana seseorang penjaga (anak dewasa) mengharungi pengalaman dan mengurus aktiviti harian dalam menjaga ibu bapa tua. Kajian kes berasaskan pendekatan fenomenologi telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Responden kajian ini adalah anak dewasa yang menjaga ibu bapa tua yang berumur lebih daripada 60 tahun, berbangsa Melayu, berstatus sosioekonomi rendah dan tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur serta mempunyai keluarga sendiri. Responden kajian juga dipilih mengikut penjagaan terhadap tiga kumpulan warga tua (yang sihat, kurang upaya dan sakit terlantar) berpaksikan dalam satu kontinum. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lompang antara penjagaan tiga kumpulan warga tua dalam aspek program (penyertaan komuniti dan penyampaian perkhidmatan komuniti) melalui sokongan sosial berteraskan pendidikan komuniti. Kajian ini juga telah mencadangkan sebuah pendekatan pengurusan daya tindak berteraskan pendidikan komuniti untuk anak dewasa yang menjaga ibu bapa tua

    The Experience of Caring For Elderly Parents among Low-Income Malay Adult Children in Kuala Lumpur

    Get PDF
    The main purpose of this study was to understand the nature of adult children caregivers’ experiences and how they manage their daily living activities while caring for older parents. The study was carried out to answer three research questions: i) what is the experience of adult children in taking care of elderly parents? ii) how do they manage their careers, own family and parents? and iii) what is the Islamic perspective on filial responsibility towards elderly parents in a challenging family and modern social environment? A case study guided by phenomenology was chosen as an approach in this study. Selected respondents were Malay adult children caring for elderly parents aged 60 and above, in low income families in Kuala Lumpur. Eight respondents were interviewed twice in a six month interval. Interviews were conducted and recorded using an IC recorder, transcribed verbatim and then analyzed using the constant comparative method. Analysis of authorized JKMM (Welfare Department of Malaysia) documents and systematic observation were used as focal points on physical facilities such as the housing environment. A round table discussion with policy makers, front liners/implementers, two respondents representing adult children, dissertation supervisor and committee members, and the researcher was conducted to validate the data of the study. The findings encompassed two major experiences among adult children, which include their experiences before (pre experience) and while (actual experience) taking care of elderly parents. The findings indicated that the adult children are overwhelmed by time constraints as well as financial, health, physical and socio-emotional stress. In managing caregiving, adult children caring for frail and disabled elderly parents face multiple burdens, challenges and problems in balancing their careers, own family and filial obligations, according to the Islamic perspective. Islamic teachings emphasizing the divine favour and honour associated with caring for parents were identified as a coping strategy to overcome their burden. Study respondents also received support from other family members, government agencies and non-government agencies in the process of taking care of their elderly parents. Strategic planning and program development recommendations for government, non-government, public higher education and local community institutions were put forth to help overcome the challenges and problems faced by adult child caregivers. Finally, the study concludes by emphasizing that one can learn much from his or her own experiences, but it is better to acquire knowledge through the experiences of others

    Komunikasi berkesan dengan warga emas: dari perspektif intervensi kerja sosial

    Get PDF
    Komunikasi adalah penting dalam menjaga perhubungan yang sejahtera terutama dalam kalangan warga emas yang tinggal di institusi, hospital dan rumah. Warga emas memerlukan perhatian yang lebih bagi membolehkan mereka yakin bahawa diri mereka dihargai oleh masyarakat. Artikel ini membolehkan pelajar kerja sosial gerontologi memahami teknik komunikasi berkesan apabila menjalankan intervensi kerja sosial individu, kumpulan dan komuniti terutama dalam mengendalikan kes dalam kalangan warga emas. Artikel ini memfokuskan kepada komunikasi interpersonal bagi memacu proses pengendalian pengurusan kes warga emas. Kemahiran komunikasi interpersonal ialah kebolehan untuk mendengar, menyampaikan secara lisan dan bukan lisan serta penulisan laporan dengan berkesan. Tujuan utama artikel ialah untuk membincangkan kebolehan komunikasi interpersonal dalam kalangan penjaga formal dan informal dengan warga emas berpandukan sorotan literatur mengenai hambatan komunikasi dalam kalangan penjaga formal dan informal serta pendekatan intervensi kerja sosial. Hasil perbincangan mendapati bahawa terdapat hambatan komunikasi dalam kalangan warga emas yang berpunca daripada perubahan umur penuaan, perubahan akibat penyakit dan ketidakupayaan serta faktor persekitaran. Intervensi amalan kerja sosial memberi impak berkesan dalam usaha menangani hambatan komunikasi interpersonal dalam kalangan penjaga formal dan informal dengan warga emas yang bermasalah. Implikasi kajian sekunder ini mencadangkan lebih banyak kajian komunikasi interpersonal perlu dijalankan di Malaysia bagi meningkatkan kemahiran komunikasi bagi penjaga formal dan informal ke atas warga emas. Ini memberi pengaruh yang kuat dalam membantu meningkatkan kesejahteraan hidup warga emas di hospital, institusi dan komuniti

    Datuk nenek menjaga cucu: faktor penyumbang dan cabaran penjagaan

    Get PDF
    Perubahan sosial dan struktur keluarga yang berlaku dalam masyarakat hari ini telah menyebabkan datuk nenek terlibat dalam tugas menjaga cucu. Datuk nenek sememangnya memainkan peranan penting dalam mengukukuhkan hubungan intergenerasi keluarga di negara ini. Tugas menjaga cucu yang diambil alih oleh datuk nenek bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah. Pelbagai aspek berkaitan dengan permasalahan ini berjaya diterokai. Artikel ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis beban dan cabaran yang dihadapi oleh datuk nenek yang menjalankan tugas menjaga cucu sepenuhmasa. Pendekatan kualitatif yang digunakan ialah kaedah temubual mendalam keatas 6 responden berumur 60 tahun ke atas untuk mendapatkan pengalaman mereka dalam penjagaan cucu secara sepenuhmasa. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor penyumbang dan cabaran yang dihadapi oleh datuk nenek yang mengambil alih tugas menjaga cucu secara sepenuhmasa. Faktor penyumbang kepada penjagaan cucu merangkumi penglibatan anak dewasa dalam pekerjaan, melanjutkan pengajian, perceraian dan kematian muda. Manakala dari segi cabaran yang dihadapi dalam kalangan datuk nenek ialah beban fizikal, kewangan, kesihatan mental dan kesihatan. Artikel ini merumuskan bahawa dalam era modenisasi, anak dewasa perlu ada kesedaran dan prihatin mengenai kesejahteraan hidup ibu bapa tua (datuk nenek) yang menghadapi pelbagai cabaran dalam menjaga cucu secara sepenuhmasa. Justeru itu, keluarga, komuniti dan pihak berkepentingan perlu mengambil tanggungjawab dalam menangani isu penjagaan cucu oleh datuk nenek dengan program dan aktiviti lebih komprehensif

    Application of rasch model on resilience in higher education: an examination of validity and reliability of Malaysian academician happiness index (MAHI)

    Get PDF
    This preliminary study was conducted to examine and verify the validity and reliability of the instrument on the Malaysian Academician Happiness Index (MAHI) on resilience. MAHI could be seen as a tool to measure the level of happiness and stress of academicians before determining how resilient the academicians were. Resilience can be defined as a mental ability of a person to recover quickly from illness or depression. MAHI instrument consisted of 66 items. The instrument was distributed to 40 academicians from three groups of universities which were the Focus University, Comprehensive University and Research University is using a survey technique. The instrument was developed to measure three main constructs which were the organization, individual and social that would affect the happiness and stress levels of academicians. This preliminary study employed the Rasch Measurement Model uses Winsteps software version 3.69.1.11. to examine the validity and reliability of the items. The results of the analysis of the MAHI instrument showed that the item reliability was 0.87, person reliability was 0.83 and value of Alpha Cronbach was 0.84. Meanwhile, misfit analysis showed that only there was one item with 1.46 logit that could be considered for dropping or needed improvement. Therefore, it highlighted that most of the items met the constructs’ need and can be used as a measurement indicator of MAHI. The implication of this instrument can help Malaysian academicians to be more resilient in facing challenges in the future

    Cabaran dan strategi intervensi mencapai Graduate On Time (GOT) dalam kalangan pelajar siswazah UKM

    Get PDF
    Menamat pengajian siswazah mengikut tempoh masa yang ditetapkan merupakan satu cabaran bagi pelajar Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah UKM. Kajian ini bertujuan untuk untuk meneroka cabaran pelajar siswazah menamat pengajian mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan mencadangkan strategi intervensi meningkatkan pencapaian GOT (Graduate on Time) dalam kalangan pelajar siswazah UKM. Kajian ini dijalankan ke atas seramai 38 orang pelajar siswazah iaitu seramai 17 orang pelajar siswazah yang berjaya mencapai GOT dan juga 21 orang pelajar yang tidak berjaya mencapai GOT. Data kajian ini dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan juga temubual dalam perbincangan kumpulan berfokus (focus group). Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes bagi mendapatkan maklumat cabaran dan persekitaran pembelajaran siswazah di UKM. Data perbincangan kumpulan diterjemahkan kepada tema-tema dengan analisis verbatim. Hasil kajian menunjukkan majoriti siswazah yang mendapat GOT projeksikan cabaran utama mereka ialah masalah kewangan dan bahan dan alat instrumen kajian tidak mencukupi. Manakala siswazah yang tidak mendapat GOT pula menyatakan cabaran utama mereka ialah kesukaran mengumpulkan data kajian, masalah rujukan terkini, sukar menerbitkan dalam jurnal berimpak tinggi dan masalah personaliti dan kendiri. Perbandingan antara siswazah yang mendapat GOT dan tidak mendapat GOT mempunyai perbezaan yang sangat ketara dalam menyatakan cabaran dan strategi untuk meningkatkan GOT dalam kalangan siswazah UKM pada masa akan datang. Implikasi kajian ini adalah penting untuk mewujudkan satu garis panduan model strategi intervensi bagi mempertingkatkan peranan UKM dalam usaha melahirkan lebih ramai graduan pascasiswazah yang berjaya mencapai GOT

    IMAGE OF TECHNICAL EDUCATION AND VOCATIONAL TRAINING FROM THE PERSPECTIVE OF PARENTS AND TEACHERS

    Get PDF
    The main purpose of this study is to understand the perception of the image and pride of working in the technical and vocational fields from the perspective of parents and teachers in secondary schools. This study was conducted in two zones, namely North (Kedah) and central zone (Selangor). Two schools were chosen from each zone, one from the city (Kajang) and the other one from rural (Dengkil), which are sufficient to obtain the views of parents and teachers. Purposive sampling was selected for the focus group discussions in schools with the participation of PTA members, i.e., parents, teachers, career counselors teachers. The results showed that there were two main themes, namely, positive and negative image of technical education and vocational training among parents and teachers. However, the negative image remained resilient among parents and teachers, especially in deciding on career paths in technical and vocational fields. The researcher also identified several new issues, for example, wastage of manpower in the country, among them due to the weak prerequisite set in selecting students in technical and vocational education system; Students who do not meet the Malay Language (Bahasa Melayu) prerequisite are unable to continue studying skills at higher certificate level. Students of Islamic studies and Arabic Language, students with academic excellence and girls who are interested in technical education and vocational training should be considered as a highly skilled workforce in the future. Some implications of this study were presented as suggestion in formulating policies to improve the image of technical education and vocational training

    Meneroka tekanan dan sokongan sosial dalam kalangan bapa tunggal

    Get PDF
    Bapa tunggal merupakan satu golongan yang kurang dititikberatkan oleh masyarakat termasuk agensi-agensi dan NGO yang memfokuskan kepada kebajikan masyarakat berbanding dengan ibu tunggal. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat merasakan bahawa golongan ini memiliki kekuatan fizikal dan mental yang tinggi memandangkan bapa tunggal adalah kaum lelaki. Namun, tidak dinafikan bahawa golongan bapa tunggal ini juga mengalami tekanan yang agak serius kerana sudah kehilangan satu semangat atau sokongan iaitu pasangan hidupnya. Kajian terdahulu lebih mefokuskan kepada ibu tunggal yang mendapat sokongan sosial daripada pelbagai agensi. Manakala, amat kurang kajian berkaitan permasalahan sokongan sosial terhadap bapa tunggal. Objektif utama kajian ini ialah meneroka tekanan dan sokongan sosial dalam kalangan bapa tunggal. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian adalah melalui temubual berstruktur secara bertulis. Tujuh orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah daerah Kuala Selangor, Selangor. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi tekanan terhadap bapa tunggal iaitu emosi, pengurusan rumah tangga dan pekerjaan yang ditemukan menerusi transkrip informan kajian. Manakala sokongan sosial yang diperlukan oleh golongan bapa tunggal ialah kewangan, sokongan moral dan tempat bersembang. Implikasi kajian ini diharapkan dapat mencadangkan program intervensi dan advokasi yang sesuai kepada pekerja sosial dalam mengendalikan kes bapa tunggal dalam komuniti dan institusi

    Latihan industri program kerja sosial UKM: peranan perantis SLDN dalam penjagaan warga emas

    Get PDF
    Latihan industri Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah satu program latihan yang diikuti oleh pelajar kerja sosial UKM dalam bidang penjagaan warga emas di pusat latihan dan syarikat dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi memperoleh pengalaman sebenar dengan mempraktikkan pengetahuan dan teori kerja sosial yang dipelajari di Universiti. Kajian ini bertujuan untuk meneroka transformasi pengetahuan, teori dan etika kerja sosial dalam praktis kerja sosial gerontologi melalui latihan industri di pusat jagaan warga emas. Lokasi kajian yang dipilih ialah Rumah Ehsan Kuala Kubu Bahru. Persampelan kajian merupakan sembilan (9) orang responden bersetuju untuk ditemubual daripada 14 orang perantis yang telah melaksanakan program SLDN pada tahun 2017. Data dikumpulkan melalui temubual mendalam yang telah dianalisis secara tematik untuk menjawab persoalan kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa pengalaman kemahiran menolong dengan mengaplikasikan tiga atribut iaitu (i) kebolehan menyelesaikan masalah bagi menampilkan profesionalisme dalam praktikum penjagaan warga emas, (ii) bersifat empati dengan klien dan (iii) intergriti dalam menjalankan tugas yang penuh dengan cabaran di mana ketiga-tiga atribut ini dapat melahirkan pekerja sosial yang profesional dalam mensejahterakan warga emas di institusi

    Pengalaman penjagaan ibu bapa tua oleh anak dewasa: satu kajian dalam kalangan penduduk Melayu bandar berpendapatan rendah

    Get PDF
    Tujuan utama artikel ini adalah untuk meninjau fenomena bagaimana seseorang penjaga (anak dewasa) mengahrungi pengalaman dan mengurus aktiviti harian dalam menjaga ibu bapa tua, keluarga dan kerjaya serta bagaimanakah mereka memenuhi tuntutan agama Islam dalam menjaga ibu bapa tua. Kajian kes berasaskan pendekatan fenomenologi telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Informan adalah anak dewasa yang menjaga ibu bapa yang berumur lebih 60 tahun, berbangsa Melayu, dengan status sosioekonomi rendah serta tinggal di sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur selain mempunyai keluarga sendiri. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua pengalaman utama dalam kalangan anak dewasa yang menjaga ibu bapa tua, iaitu pra pengalaman dan pengalaman sebenar. Dalam melalui pengalaman penjagaan ini, informan memikul tanggungjawab penjagaan (membalas budi, dedikasi, komited, bertolak ansur dan berkongsi masalah); pengetahuan logikal (muhasabah diri dan timbal balik) dan kerana bantuan tangible (bantuan kewangan dan hubungan dengan anak perempuan) dan bukan tangible (mengemas rumah, memasak dan menjaga perasaan ibu bapa tua). Artikel ini merumuskan bahawa seorang anak dewasa yang ingin menjaga ibu bapa tua perlu bermula dengan bertawakal (memperhitungkan kekuatan dan kemampuan seseorang individu terlebih dahulu sebelum mengerjakan sesuatu perkara) dan berakhir dengan tabah hati, sabar dan redha mengarungi masalah dan cabaran dalam menjaga ibu bapa mereka
    corecore