37 research outputs found

    Ekosistem Dakwah Dalam Era Teknologi Disruptif

    Get PDF
    Ziauddin Sardar (1993) pernah mengemukakan pendapat tentang beberapa perubahan besar akan berlaku dalam kehidupan umat Islam akibat kemunculan dan penggunaan suatu inovasi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini kerana sepanjang berlakunya perkembangan teknologi yang bermula dengan teknologi kertas, yang diikuti selepas itu teknologi percetakan dan cakera padat, dalam pemerhatian beliau mendapati bahawa peranan ulama sebagai orang yang dianggap menguasai ilmu dan menjadi panduan serta rujukan dalam pembangunan masyarakat Islam akan mengalami pengurangan sedikit demi sedikit. Beliau berhujah: “The role of the ulama as human memory banks, and the power they command by virtues of that role, is about to end”. Berdasarkan pandangan tersebut, beliau menyimpulkan bahawa keupayaan teknologi baru ICT yang mmempunyai keupayaan mengatasi kemampuan manusia biasa dalam menyimpan, memproses dan mendapatkan maklumat dalam jumlah yang banyak dan boleh dilakukan dengan sangat pantas.Begitu juga dalam pencarian dan pencapaian maklumat tentang Islam yang boleh diakses melalui perisian ICT yang serba canggih, pada pandangan beliau, secara tidak langsung boleh mengurangkan pengaruh penguasaan ilmu oleh para ulama pada masa sekarang. Persoalannya apakah Islam dan umat Islam serta para ulama perlu meninggalkan atau mengabaikan atau tidak mengendahkan suatu penciptaan baharu dalam dunia yang begitu pantas dengan perkembangan teknologi dengan mempertahankan cara dan pendekatan lama dan konvensional dalam menyebarkan mesej Islam dalam kerangka dakwah kepada umat manusia sedangkan umat mahukan perubahan dan terdedah dengan perubahan? apakah dakwah begitu kaku dan tidak berkembang selari dengan berkembangnya kemajuan sains dan teknologi yang menghasilkan pelbagai invention yang memudahkan urusan umat manusia? apakah mawdu'` dakwah yang perlu dikongsikan kepada sasaran dakwah yang mempunyai pelbagai latar belakang yang kedudukannya barangkali sama taraf atau tidak dengan pendakwah? Apakah pendakwah hanya berdiam diri apabila berhadapan dengan mad`'u yang pelbagai latarbelakang atau menggunakan pendekatan konvensional atau tradisional menyampaikan mesej Islam dalam kerangka dan iklim dakwah masa kini

    Persepsi khatib terhadap seni retorik dalam teks khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

    Get PDF
    Khutbah merupakan salah satu medium dakwah bersifat mingguan yang disampaikan oleh khatib di atas mimbar berbentuk nasihat atau pesanan keagamaan. Peranan khutbah telah mengalami perkembangan dan pada masa ini, ia seringkali menjadi perbincangan dan perdebatan di media-media masa. Antara permasalahan yang ditimbulkan ialah khatib sekadar membaca teks khutbah tanpa mempedulikan pendengar, mesej khutbah yang tidak jelas, isi khutbah tidak efektif dan wujud kekeliruan terhadap maksud intipati khutbah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis persepsi khatib terhadap seni retorik dalam teks khutbah Jumaat JAWI berdasarkan persoalan kajian mengenai persepsi khatib terhadap seni retorik dalam teks khutbah Jumaat JAWI. Kajian ini adalah kajian rintis dalam bentuk kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan data yang diperolehi dikemukakan secara deskriptif. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 26 orang responden yang terdiri dari kalangan khatib di Kuala Lumpur. Hasil kajian rintis mendapati item “kepelbagaian intonasi suara dibantu oleh kaedah penulisan berbentuk penceritaan dan penerangan di dalam teks khutbah” dan item “penggunaan rima yang sama di penghujung ayat mencantikkan gaya bahasa khutbah” mendapat peratus persetujuan tertinggi iaitu 96.2% dengan nilai skor min = 4.42. Manakala item “jarang tersasul ketika membaca teks khutbah yang dibekalkan” mendapat peratusan terendah iaitu 61.5% dengan nilai skor min = 3.46. Melalui kajian ini, kualiti penulisan teks khutbah Jumaat JAWI dapat dipertingkatkan selain dapat membantu keberkesanan penyampaian khatib

    Bahasa da`i dalam komunikasi dakwah kepada masyarakat Orang Asli

    Get PDF
    Dalam konteks dakwah, pendakwah berperanan sebagai komunikator risalah Islam. Aspek bahasa merupakan instrumen utama yang berperanan dalam kehidupan maklhuk sosial. Namun demikian, kekangan dari aspek persediaan pendakwah, kemahiran penyampaian dan penguasaan bahasa dakwah menyebabkan usaha dakwah semakin mencabar. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji ciri-ciri bahasa dakwah dalam konteks dakwah Orang Asli. Kajian menggunakan reka bentuk kajian kes. Temubual separa struktur merupakan kaedah pengumpulan data ialah yang melibatkan seramai sembilan orang pendakwah. Pemilihan sampel dibuat melalui secara bertujuan. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahasa dakwah meliputi empat ciri-ciri iaitu bahasa baik dan benar, bahasa mudah difahami, bahasa sopan dan lemah lembut serta bahasa jelas dan teratur. Penggunaan bahasa baik dan benar adalah dengan menyebarkan maklumat yang benar, tidak berbohong dan jujur dengan tindakan. Bahasa mudah difahami seperti tidak menggunakan perkataan saintifik dan loghat bahasa negeri asal. Bahasa sopan dan lemah lembut pula tidak menggunakan perkataan yang negatif dan menyinggung perasaan. Kemudian, bahasa yang jelas dan teratur adalah menyebut perkataan teratur dan ringkas. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pendakwah tidak berhati-hati dengan penggunaan bahasanya dalam dakwah. Kajian ini membantu agensi yang terlibat seperti JAKIM dan NGO-NGO dakwah berkaitan dalam usaha penambahbaikan kualiti komunikasi pendakwah dalam konteks dakwah Orang Asli

    Issues on Islamic Education in The Philippines

    Get PDF
    Mainstreaming the issue of Islamic education in the Philippines will be a major avenue in providing the overall educational requirements for every Filipino Muslims. A qualitative method is applied in this study, which mainly involved analyzing contents. The findings of the study show that Islamic education plays a vital role in peace and development for Muslims-Christians relationship. The study finds out that due to the achievement of peace and development for the country, the government implements Arabic Language and Islamic Values Program (ALIVE) that lead to National Public Holiday, provide equal education, provide opportunity for Muslims scholars and give some advantage to Muslim society in the Philippines. Focus on the issue of Islamic education in the country will create a garden of peace that may lead to respect and harmony

    Pembangunan model kewarganegaraan digital Islami berdasarkan Metode Fuzzy Delphi

    Get PDF
    Kewarganegaraan digital merujuk kepada keterikatan warga dalam talian dengan undang-undang dan peraturan supaya dapat mengguna teknologi komunikasi secara bertanggungjawab dan selamat. Ia boleh dimantapkan lagi dengan prinsip Islam dalam penggunaan media siber yang mempunyai falsafah dan perundangan yang universal. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model Kewarganegaraan Digital Islami berdasarkan kepada kesepakatan pakar yang diadaptasi dari model Kewarganegaraan Digital Ribble yang mengandungi 9 elemen iaitu etika digital, komunikasi digital, hak dan tanggungjawab digital, literasi digital, akses digital, undang-undang digital, kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan, dan perdagangan digital. Dari sembilan elemen ini, kajian ini mengubahsuai dua elemen iaitu dari etika digital kepada akhlak digital dan dari literasi digital kepada literasi digital dan maklumat untuk disesuaikan dengan model Kewarganegaraan Digital Islami. Kajian ini menggunakan metode Fuzzy Delphi untuk mendapatkan kesepakatan pakar terhadap elemen model Kewarganegaraan Digital Islami. Data dikumpulkan menerusi set soalan Fuzzy dari 12 orang pakar dalam bidang media dan komunikasi Islam, media dan perundangan siber, kepenggunaan digital dan siber, syariah dan pengurusan fatwa, dan digital penyiaran Islam. Dapatan kajian ini menunjukkan, semua pakar bersetuju dengan keseluruhan elemen Kewarganegaraan Digital Islami yang dibangunkan dengan nilai threshold (d) kurang daripada 0.2, peratus konsensus melebihi 75%, dan nilai defuzification melebihi 0.5. Artikel ini membincangkan setiap satu elemen dari perspektif Islam yang membangunkan model Kewarganegaraan Digital Islami

    Bentuk – Bentuk Program Pembangunan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Terhadap Orang Asli di Malaysia

    Get PDF
    Pelbagai pelan pembangunan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia melalui KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi membangunkan pendidikan rakyat Malaysia agar setaraf dengan pendidikan di peringkat antarabangsa. Dalam pelan pembangunan ini juga terdapat pelbagai program pembangunan pendidikan yang turut direncanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membangunkan pendidikan masyarakat Orang Asli yang juga merupakan rakyat di negara ini. Persoalannya apakah bentuk-bentuk program pembangunan pendidikan tersebut? Oleh itu, kertas kerja ini telah diwujudkan bagi mengenlpasti tentang bentuk-bentuk program pembanguna pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Orang Asli. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan berdasarkan buku-buku, laporan, dokumen, jurnal, tesis, artikel dan seumpamanya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan program pembangunan pendidikan murid Orang Asli Kementerian Pendidikan Malaysia ini memberi impak positif kepada kadar pengurangan keciciran murid Orang Asli dan meningkatkan kadar penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan murid dan ibu bapa Orang Asli.Pelbagai pelan pembangunan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia melalui KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi membangunkan pendidikan rakyat Malaysia agar setaraf dengan pendidikan di peringkat antarabangsa. Dalam pelan pembangunan ini juga terdapat pelbagai program pembangunan pendidikan yang turut direncanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membangunkan pendidikan masyarakat Orang Asli yang juga merupakan rakyat di negara ini. Persoalannya apakah bentuk-bentuk program pembangunan pendidikan tersebut? Oleh itu, kertas kerja ini telah diwujudkan bagi mengenlpasti tentang bentuk-bentuk program pembanguna pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Orang Asli. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan berdasarkan buku-buku, laporan, dokumen, jurnal, tesis, artikel dan seumpamanya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan program pembangunan pendidikan murid Orang Asli Kementerian Pendidikan Malaysia ini memberi impak positif kepada kadar pengurangan keciciran murid Orang Asli dan meningkatkan kadar penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan murid dan ibu bapa Orang Asli

    Pembangunan pendakwah orang asli daripada aspek kerohanian: satu pendekatan Fuzzy Delphi

    Get PDF
    Kerohanian merupakan elemen penting dalam pembangunan pendakwah Orang Asli. Hal ini kerana pembangunan kerohanian yang mantap dalam diri pendakwah Orang Asli mampu memberi kekuatan kepada jiwa pendakwah untuk terus meningkatkan potensi diri bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti komponen-komponen elemen kerohanian pembangunan pendakwah orang asli, menganalisis kesepakatan pakar terhadap komponen-komponen elemen pembangunan tersebut dan membina kerangka bagi pembangunan elemen pendakwah Orang Asli daripada aspek kerohanian. Metodologi kajian ini adalah menggunakan reka bentuk Fuzzy Delphi dengan melaksanakan pensampelan bertujuan kepada 14 orang pakar dakwah masyarakat Orang Asli. Data dianalisis menggunakan triangular fuzzy number dan kedudukan elemen ditentukan menggunakan proses ‘defuzzication’. Hasil kajian mendapati terdapat tiga aspek penting yang dipersetujui oleh pakar sebagai satu keperluan yang perlu dibangunkan pada pendakwah Orang Asli daripada sudut kerohanian. Tiga aspek tersebut ialah terdiri daripada aspek akidah, ibadah dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini adalah mencapai persetujuan dan kesepakatan daripada kumpulan pakar. Implikasi kajian ini adalah membina satu rangka keperluan bagi pembangunan pendakwah Orang Asli daripada sudut kerohanian sebagai rujukan pihak-pihak berkepentingan sama ada badan kerajaan atau bukan kerajaan bagi memperkemaskan lagi kualiti amal Islami mereka

    Strategi Pemujukan Dalam Komunikasi Dakwah Masyarakat Orang Asli

    Get PDF
    Kelangsungan kegiatan dakwah masyarakat Orang Asli merupakan tugas yang perlu diberi perhatian khususnya terhadap usaha membimbing ke arah penghayatan Islam yang sebenar. Memandangkan aktiviti dakwah dan komunikasi merupakan suatu gabungan penting dalam menyalurkan mesej Islam, penyampaiannya tidaklah hanya bersahaja malah menuntut kepada keberkesanannya. Persoalannya, adakah semua kegiatan komunikasi dalam lapangan dakwah memperoleh kesan yang positif terutamanya dalam aspek perubahan tingkah laku dan sikap mad’u?. Oleh itu, kebolehupayaan pendakwah menggunakan pendekatan pemujukan untuk tujuan dakwah wajar dikaji sebagai salah satu perkembangan dalam uslub dakwah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti strategi pemujukan dalam komunikasi dakwah kepada Orang Asli. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Manakala, pengumpulan data kajian dengan menggunakan kajian-kajian lepas seperti tesis, prosiding, artikel dalam jurnal, buku-buku dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa kemampuan pendakwah menggunakan pemujukan dalam komunikasi dakwah terhadap masyarakat Orang Asli membawa kesan positif terhadap kesedaran, pemikiran, kefahaman, penghayatan dan pengamalan ajaran Islam secara sukarela tanpa rasa dipaksa.Kelangsungan kegiatan dakwah masyarakat Orang Asli merupakan tugas yang perlu diberi perhatian khususnya terhadap usaha membimbing ke arah penghayatan Islam yang sebenar. Memandangkan aktiviti dakwah dan komunikasi merupakan suatu gabungan penting dalam menyalurkan mesej Islam, penyampaiannya tidaklah hanya bersahaja malah menuntut kepada keberkesanannya. Persoalannya, adakah semua kegiatan komunikasi dalam lapangan dakwah memperoleh kesan yang positif terutamanya dalam aspek perubahan tingkah laku dan sikap mad’u?. Oleh itu, kebolehupayaan pendakwah menggunakan pendekatan pemujukan untuk tujuan dakwah wajar dikaji sebagai salah satu perkembangan dalam uslub dakwah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti strategi pemujukan dalam komunikasi dakwah kepada Orang Asli. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Manakala, pengumpulan data kajian dengan menggunakan kajian-kajian lepas seperti tesis, prosiding, artikel dalam jurnal, buku-buku dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa kemampuan pendakwah menggunakan pemujukan dalam komunikasi dakwah terhadap masyarakat Orang Asli membawa kesan positif terhadap kesedaran, pemikiran, kefahaman, penghayatan dan pengamalan ajaran Islam secara sukarela tanpa rasa dipaksa

    Hubungan harmonis dalam novel Negeri Lima Menara.

    Get PDF
    Novel adalah sebagai media untuk menyampaikan nilai-nilai murni yang bersumber dari setiap aspek kehidupan manusia secara menyeluruh sama ada hubungan manusia dengan manusia, alam sekitar, makhluk-makhluk lain, begitu juga hubungan manusia dengan Allah. Artikel ini mengetengahkan kajian novel Negeri Lima Menara karya A. Fuadi dengan memfokuskan pandangan pada dimensi hubungan sesama manusia. Sebagai karyawan tentu beliau mempunyai harapan dalam menonjolkan karyanya. Hal yang menjadi persoalan kajian adalah “Apa yang menjadi mesej utama penceritaan dalam dimensi hubungan sesama manusia?” Perkara tersebut adalah amat signifikan dalam rangka menentukan strategi dakwah dalam pengelolaan mesej khasnya yang menggunakan pendekatan seni, seperti pantun, cerpen, drama, dan lain-lain. Melalui metod kualitatif berdasarkan analisis kandungan, didapati bahawa beliau mengajak membina persaudaraan ukhuwah Islamiah tanpa melihat perbezaan mazhab, organisasi dan asal daerah. Beliau juga menggambarkan dampak psikologi terhadap orang yang memutuskan tali persaudaraan. Diharapkan kajian ini pula membuka wawasan untuk mengkaji dimensi lain yang terdapat dalam novel tersebut seperti tasawuf, politik, budaya dan lain-lain

    Pengamalan Komunikasi Kemanusiaan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) Pensyarah Politeknik Premier Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengamalan komunikasi kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam kalangan pensyarah politeknik premier Malaysia. Secara khususnya, kajian ini cuba melihat aspek komunikasi kemanusiaan menerusi tiga unsur utama iaitu al-nafs (jiwa), al-caql (akal) dan al-qalb (hati). Seramai 297 orang sampel daripada 1289 responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang telah dikemukakan. Responden yang dipilih terdiri daripada pensyarah daripada tiga buah politeknik premier Malaysia. Data yang dikumpulkan telah dianalisa menggunakan kaedah statistik deskriptif yang menggunakan skor kekerapan, peratusan dan min dalam menganalisa hasil kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan pensyarah politeknik premier kerap mengamalkan komunikasi kemanusiaan dalam sesi PDP mereka. Bagi komunikasi kemanusiaan menerusi unsur al-nafs (jiwa) keseluruhan, dapatan kajian terhadap item soalan tersebut berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min keseluruhan adalah (min= 4.39). Sementara itu, menerusi unsur al-caql (akal) nilai purata min keseluruhan adalah tinggi iaitu (min=4.30) manakala komunikasi kemanusiaan melalui unsur al-qalb (hati) mendapati nilai purata min keseluruhan juga adalah tinggi iaitu (min=4.27). Oleh itu, komunikasi yang mempunyai sentuhan jiwa, kemahiran penggunaan akal serta komunikasi daripada hati amat perlu dikuasai dan dipraktikkan oleh pensyarah bagi menjamin keberkesanan proses PDP.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengamalan komunikasi kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam kalangan pensyarah politeknik premier Malaysia. Secara khususnya, kajian ini cuba melihat aspek komunikasi kemanusiaan menerusi tiga unsur utama iaitu al-nafs (jiwa), al-caql (akal) dan al-qalb (hati). Seramai 297 orang sampel daripada 1289 responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang telah dikemukakan. Responden yang dipilih terdiri daripada pensyarah daripada tiga buah politeknik premier Malaysia. Data yang dikumpulkan telah dianalisa menggunakan kaedah statistik deskriptif yang menggunakan skor kekerapan, peratusan dan min dalam menganalisa hasil kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan pensyarah politeknik premier kerap mengamalkan komunikasi kemanusiaan dalam sesi PDP mereka. Bagi komunikasi kemanusiaan menerusi unsur al-nafs (jiwa) keseluruhan, dapatan kajian terhadap item soalan tersebut berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min keseluruhan adalah (min= 4.39). Sementara itu, menerusi unsur al-caql (akal) nilai purata min keseluruhan adalah tinggi iaitu (min=4.30) manakala komunikasi kemanusiaan melalui unsur al-qalb (hati) mendapati nilai purata min keseluruhan juga adalah tinggi iaitu (min=4.27). Oleh itu, komunikasi yang mempunyai sentuhan jiwa, kemahiran penggunaan akal serta komunikasi daripada hati amat perlu dikuasai dan dipraktikkan oleh pensyarah bagi menjamin keberkesanan proses PDP
    corecore