217 research outputs found

    Doa si kafir makbul?

    Get PDF
    Y a Allah! Musnahโ€“ kanlah antara kami (Abu Jahal atau Muhammad SAW) pasukan paling jahat memutuskan hubungan keluarga dan membawa sesuatu (ajaran) yang tidak diketahui (kebenarannya)โ€ (Sirah Ibn Hisyam). Angkuh sekali doa Abu Jahal di hadapan Kaabah sebelum berangkat ke medan perang Badar pada tahun kedua Hijrah. Yakin sungguh dengan dirinya dalam perang itu. Rupanya ini antara sebab awal mengapa mereka kalah teruk dalam perang walaupun secara angka tenteranya sangat berat sebelah

    Masa adalah makhluk Allah yang ajaib: manfaatkannya, ia punca bahagia, duka di akhirat

    Get PDF
    Rencana membincangkan tentang keajaiban masa yang beredar dan memainkan peranan yang unik dalam kehidupan manusi

    Umar tidak membunuh anak perempuannya

    Get PDF
    Rencana membersihkan nama Khalifah kedua Islam, Umar bin al-Khattab RA tidak pernah membunuh anak perempuannya seperti yang disebar kepada umu

    Hanya Allah mampu hapus kesusahan

    Get PDF
    Terpegun seketika ketika menelaah kitab Tafsir Ibn Kathir. Kisah ini sungguh menarik walau status kesahihannya masih tergantung. Pun begitu, saya yakin dengan kesolehan Imam Ibn Kathir ketika memuatkan kisah ini dalam kitab tafsirnya. Memang Allah satu-satunya zat yang berkuasa menghapus kesusahan dan menghilangkan segala keresahan. Firman Allah Ertinya: โ€œAtau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan lain bersama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).โ€ (al-Naml: 62

    Rahsia firman Allah: 'jangan dekati' sesetengah dosa

    Get PDF
    Apa salahnya jika terus sahaja disebut โ€˜jangan berzina atau jangan makan harta anak yatimโ€™. Sebaliknya untuk dua dosa besar ini Allah mengubah struktur ayatnya menjadi โ€˜jangan dekati zinaโ€™ dan โ€˜jangan dekati harta anak yatimโ€™. Allah berfirman: โ€œDan janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)โ€ - (al-Israโ€™ [17:32]). Firman-Nya lagi: โ€œDan janganlah kamu dekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.โ€ - (al-Israโ€™ [17:34]). Dalam ayat lain Allah mengulang sebut larangan sama, juga dalam lafaz โ€˜jangan dekatiโ€™

    Yusuf yang hebat, memaafkan tanpa syarat

    Get PDF
    Rencana membincangkan ketinggian akhlak nabi Yusuf yang sudi memaafkan kesilapan saudaranya ketika mampu membalas

    Antara Bani Israil dan anti-vaksin

    Get PDF
    โ€œSAMIRI bukan autoriti Bani Israil. Sebaliknya Nabi Harun a.s. adalah autoriti dan wakil ketua sebenar yang mendapat lantikan terus daripada Nabi Musa a.s. Namun, apakan daya perangai tak hormati autoriti telah menyebabkan bencana besar melanda Bani Israil.โ€ Selepas merdeka daripada cengkaman penjajahan Firaun, Bani Israil mula berdikari di bawah pimpinan Nabi Musa. Walaupun begitu, kehidupan mereka pasca kejatuhan Firaun masih tidak lengkap tanpa panduan wahyu Allah. Oleh itu, bagi melengkapkan kehidupan Bani Israil, Allah memanggil Nabi Musa ke Gunung Tur untuk menerima kitab Taurat. Bani Israil yang berasal daripada 12 anak Nabi Yaaqub a.s. mempunyai ramai jumlah keturunannya. Pengurusan mereka pasti bergelumang dengan pelbagai kerenah. Oleh itu, pimpinan ketua mesti ada bagi mengawal situasi. Sebelum meninggalkan Bani Israil, Nabi Musa secara rasmi menyerahkan tampuk pimpinan kepada Nabi Harun. Sebagaimana firman Allah ertinya: โ€œDan kami janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama 30 malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan 10 malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya 40 malam. Dan Nabi Musa berkata kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): โ€œGantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang yang melakukan kerosakan.โ€ (al-Aโ€™raf :142

    Peringatan kepada pembekal Muslim

    Get PDF
    โ€œSAYA sokong penuh kempen utamakan produk Muslim (BMF). Cuma, kita kena ingatkan para pembekal Muslim beberapa perkara agar nikmat promosi percuma yang Allah berikan ini terus kekal dan bukan datang bermusim sebelum jatuh tersembam menyungkur tanah.โ€ Kata-kata seorang guru penulis ini pada mulanya merenjat minda, namun selepas mendengar penjelasannya secara terperinci penulis setuju sepenuhnya dengan pandangan beliau. Hawa panas isu sosial di negara ini tidak pernah reda. Terbaru, kempen BMF memasuki โ€˜kalendarโ€™ isu sosial tersebut. Pun begitu, di sebalik setiap isu panas yang melanda, pasti ada khabar baik yang ditakdirkan Allah kepada orang beriman
    • โ€ฆ
    corecore