Antara Bani Israil dan anti-vaksin

Abstract

“SAMIRI bukan autoriti Bani Israil. Sebaliknya Nabi Harun a.s. adalah autoriti dan wakil ketua sebenar yang mendapat lantikan terus daripada Nabi Musa a.s. Namun, apakan daya perangai tak hormati autoriti telah menyebabkan bencana besar melanda Bani Israil.” Selepas merdeka daripada cengkaman penjajahan Firaun, Bani Israil mula berdikari di bawah pimpinan Nabi Musa. Walaupun begitu, kehidupan mereka pasca kejatuhan Firaun masih tidak lengkap tanpa panduan wahyu Allah. Oleh itu, bagi melengkapkan kehidupan Bani Israil, Allah memanggil Nabi Musa ke Gunung Tur untuk menerima kitab Taurat. Bani Israil yang berasal daripada 12 anak Nabi Yaaqub a.s. mempunyai ramai jumlah keturunannya. Pengurusan mereka pasti bergelumang dengan pelbagai kerenah. Oleh itu, pimpinan ketua mesti ada bagi mengawal situasi. Sebelum meninggalkan Bani Israil, Nabi Musa secara rasmi menyerahkan tampuk pimpinan kepada Nabi Harun. Sebagaimana firman Allah ertinya: “Dan kami janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama 30 malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan 10 malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya 40 malam. Dan Nabi Musa berkata kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): “Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang yang melakukan kerosakan.” (al-A’raf :142

    Similar works