107 research outputs found

    Komunikasi guru dalam bilik darjah dan tingkahlaku delinkuen murid sekolah menengah

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara komunikasi guru dalam bilik darjah dengan tingkah laku delinkuen murid sekolah menengah sebuah daerah di Sabah. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik melibatkan responden seramai 80 orang guru. Data-data kajian dianalisis melalui SPSS V18. Dapatan kajian menunjukkan bahawa halangan kepada keberkesanan komunikasi guru dalam bilik darjah ialah sikap atau tingkahlaku dan sosioemosi guru itu sendiri seperti guru selalu tidak masuk kelas, mudah marah, membosankan dan kawalan yang lemah. Analisis korelasi pearson menunjukkan wujud hubungan negatif yang signifikan antara komunikasi guru dalam bilik darjah, komunikasi lisan dan bukan lisan guru, komunikasi guru dalam bilik darjah dengan tingkah laku delinkuen murid

    Pengaruh Iklim Organisasi Sekolah Terhadap Kesedaran Metakognisi dalam kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah di Zon Pulau, Utara Sabah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekuatan pengaruh iklim organisasi sekolah yang merangkumi empat dimensi iaitu kepimpinan kolegial, profesionalisme guru, penekanan akademik dan penglibatan masyarakat ke atas kesedaran metakognisi bagi guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah rendah pulau di Zon Utara Sabah. Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, kajian ini adalah berlandaskan kepada reka bentuk kajian ‘eks post facto’. Data dikumpul menerusi instrumen soal selidik dengan menggunakan “School Climate Index” (SCI) dan “Metacognitive Awareness Inventory for Teacher” (MAIT). Menerusi reka bentuk persampelan bertujuan, seramai 151 orang guru yang mengajar di 14 buah sekolah rendah di dalam zon pulau tersebut terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisis data dan seterusnya membentangkan hasil dapatan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis Regresi Berganda. Dapatan kajian mendapati aras iklim organisasi sekolah (M=4.15, SD=.40) dan kesedaran metakognisi guru (M=4.11, SD=.40) berada pada aras yang tinggi dan positif. Keputusan daripada analisis regresi berganda menunjukkan bahawa dua dimensi daripada konstruk iklim organisasi sekolah iaitu kepimpinan kolegial (β=.293, t= 3.536, p<.05) dan dimensi penekanan akademik (β=.411, t= 3.921, p<.05). didapati mampu memberikan sumbangan nilai peramal yang signifikan terhadap kesedaran metakognisi guru dan seterusnya menolak hipotesis null. Implikasi kajian juga telah dibincangkan

    Amalan Kepimpinan Multidimensi Pengetua dan Norma-Norma Budaya di MRSM

    Get PDF
    Penyelidikan ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap perbezaan skor min kepimpinan multidimensi pengetua dan norma-norma budaya dari aspek lokasi dan jantina guru di Maktab Rendah Sains MARA. Kajian menggunakan kaedah tinjauan. Beberapa teknik pensampelan digunakan iaitu pensampelan tiga tahap iaitu tahap satu (1) ialah pensampelan rawak kelompok besar; tahap dua (2) ialah pensampelan rawak kelompok kecil dalam kelompok besar; tahap tiga (3) ialah pensampelan rawak elemen dalam kelompok kecil dengan mengedarkan satu set borang soal selidik yang telah diadaptasi daripada penyelidik asal. Seramai 363 orang responden yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan akademik dan guru-guru kanan subjek di 20 buah MRSM seluruh Malaysia telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan pengetua adalah sangat tinggi dan tahap norma-norma budaya hanyalah tahap tinggi. Seterusnya kepimpinan multidimensi pengetua dan norma-norma budaya terdapat perbezaan skor min yang signifikan pada aras p<.05 dari aspek lokasi. Kepimpinan multidimensi pengetua dari aspek jantina tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p<.05 tetapi terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p<.05 dalam norma-norma budaya dari aspek jantina

    Amalan Efikasi Guru dan Hubungan dengan Kepedulian Kerja Guru MRSM

    Get PDF
    Penyelidikan ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan efikasi guru dengan kepedulian kerja guru serta melihat pengaruh efikasi guru terhadap kepedulian kerja guru Maktab Rendah Sains MARA. Kajian menggunakan kaedah tinjauan. Beberapa teknik pensampelan digunakan iaitu pensampelan tiga tahap iaitu tahap satu (1) ialah pensampelan rawak kelompok besar; tahap dua (2) ialah pensampelan rawak kelompok kecil dalam kelompok besar; tahap tiga (3) ialah pensampelan rawak elemen dalam kelompok kecil dengan mengedarkan satu set borang soal selidik yang telah diadaptasi daripada penyelidik asal. Seramai 363 orang responden yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan akademik dan guru-guru kanan subjek di 20 buah MRSM seluruh Malaysia telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi guru MRSM adalah tinggi dan memiliki hubungan yang kuat dengan kepedulian kerja guru. Seterusnya pengaruh efikasi guru terhadap kepedulian kerja guru pada nilai r²= 0.267 pada nilai signifikan p<0.05 menunjukkan hanya strategi pengajaran dan penglibatan murid berupaya menjadi pengaruh kepada kepedulian kerja guru

    Komitmen Organisasi Sekolah dan Hubungannya dengan Kualiti Pengajaran Guru Bahasa Melayu Tahap Satu di Luar Bandar Sabah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap komitmen organisasi sekolah dan hubungannya dengan kualiti pengajaran guru dalam kalangan guru Bahasa Melayu tahap satu luar bandar. Pendekatan kuantitatif kaedah tinjauan menggunakan instrumen (soal selidik) bagi mengutip data ke atas 217 sampel dengan teknik persampelan kelompok dan rawak mudah. Instrumen terdiri daripada Organizational Commitment Measure (OCM) dan Kualiti Pengajaran Guru (PABest). Statistik deskriptif iaitu (min dan sisihan piawai) serta inferensi digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan menunjukkan tahap Komitmen Organisasi Sekolah pada aras yang tinggi iaitu mencatatkan nilai skor min dan sisihan piawai 3.88 (sp= .28), dan Kualiti Pengajaran Guru turut memperoleh aras tinggi iaitu 4.15 (sp= .32). Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan pada aras yang kuat antara komitmen (r =.613**, p=0.00) dengan kualiti pengajaran guru. Justeru itu, kajian ini menyimpulkan bahawa aspek komitmen organisasi sekolah guru merupakan salah satu indikator penting dalam memacu keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan seterusnya menyumbang terhadap kualiti pengajaran guru. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar komitmen organisasi sekolah dipertingkatkan dan dijadikan antara aspek keutamaan selari dengan aspek kualiti dalam perancangan pendidikan di negara ini bagi memastikan pencapaian membanggakan bukan sahaja dalam bidang akademik bahkan sahsiah secara menyeluruh

    Kesediaan Untuk Berubah Guru dan Amalan Pembelajaran Abad Ke-21: Guru Sebagai Mediator Terhadap Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Guru di Sekolah Menengah Negeri Sabah

    Get PDF
    Penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi guru mengenai kesediaan untuk berubah guru, amalan pembelajaran abad ke-21guru dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi atau KBAT dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kajian kuantitatif dan bukan eksperimental ini juga menggunakan kaedah tinjauan. Selain itu, kajian ini turut menggabungkan beberapa teknik pensampelan iaitu rawak kluster, rawak berstrata dan rawak mudah. Data diperoleh dengan mengedarkan satu set borang soal selidik yang telah adaptasi daripada penyelidik asal. Seramai 400 orang responden yang terdiri daripada guru sekolah menengah di negeri Sabah telah menjawab soal selidik tersebut. Data dianalisis melalui kaedah statistik deskriptif dan inferensi yang menggunakan perisian IBM SPSS dan AMOS-SEM Statistics. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan untuk berubah guru, amalan pembelajaran abad ke-21 guru dan pelaksanaan KBAT guru diamalkan pada tahap yang tinggi. Kajian juga membuktikan bahawa terdapat hubungan dan pengaruh secara langsung dan tidak langsung yang signifikan antara kesediaan untuk berubah guru dan pembelajaran abad ke-21 terhadap pelaksanaan KBAT guru. Akhir sekali, implikasi serta cadangan kajian lanjut juga turut dibincangkan dalam penyelidikan ini

    Hubungan Antara Kepuasan Kerja dengan Prestasi Kerja dalam kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Kawasan Pedalaman, Sabah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru sekolah menengah kawasan pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 375 orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang terlatih dan mereka ini dipilih menerusi persampelan bertujuan dan rawak mudah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan deskriptif serta menggunakan borang soal selidik berkaitan dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min serta sisihan piawai digunakan dalam kajian ini bagi melihat tahap kedua-dua pemboleh ubah di samping menggunakan analisis korelasi pearson sebagai menguji hipotesis kajian. Dapatan daripada analisis telah mendedahkan skor min bagi tahap keseluruhan kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan guru yang dikaji berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu, kajian juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif dan signifikan antara kepuasan kerja dengan prestasi kerja. Keputusan ini secara langsungnya menolak hipotesis nol yang telah dibina sebelum ini

    A statistical analysis on price elasticity of electricity demand using response surface methodology

    Get PDF
    For strategic planning under restructured environments, it is essential to assess how consumers respond to the price changes in order to increase the profits of supliers and customers. In this study, a case study based on Iran power system was collected to explore the effect of different factors including proportion of income spent-level (A), consumer academic-level (B), demand-types (C), demand time (D), possibility of postponing demand-level (E), price-level (F), demand-level (G) and awareness of participation benefits-level (H) on price elasticity of electricity demand. To achieve this, an nonlinear-empirical model based on Response Surface Methodology (RSM) is created. The statistical analysis reveals that factor A which represents proportion of income spent-level has the most significant effect on determination of the price elasticity of electricity demand while consumer academic-level (B) factor has the least effect. The results can be utilized as a tool for policy makers in developing an effective electricity pricing schemes

    Pengaruh Iklim Organisasi Ke Atas Sikap Guru Terhadap Perubahan Dalam Pendidikan Abad Ke-21

    Get PDF
    Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh iklim organisasi ke atas sikap guru terhadap perubahan dalam pendidikan abad ke-21 dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah, Malaysia. Kajian bukan eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan beberapa teknik pensampelan kebarangkalian telah digabungkan untuk mendapatkan sampel. Data dikumpulkan menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi yang ditadbir ke atas 440 orang guru. Analisis deskriptif menunjukkan iklim organisasi dan sikap guru terhadap perubahan dalam pendidikan abad ke-21 diamalkan pada tahap tinggi. Keputusan ujian ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iklim organisasi dan sikap guru terhadap perubahan dalam pendidikan abad ke-21 berdasarkan pengalaman mengajar. Sementara itu, analisis regresi berganda pula menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan iklim organisasi ke atas sikap guru terhadap perubahan dalam pendidikan abad ke-21. Dapatan menunjukkan sumbangan keseluruhan yang diramal oleh iklim organisasi ke atas sikap guru terhadap perubahan dalam pendidikan abad ke-21 adalah sebanyak 32.9 peratus. Implikasi dan cadangan kajian lanjut turut dibincangkan

    Pengajaran Guru dan Kepercayaan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah

    Get PDF
    Pembelajaran Bahasa Arab di kalangan pelajar aliran agama adalah satu kemestian dan wajib dipelajari kerana termasuk dalam peperiksaan umum seperti PT3, SPM dan STPM. Untuk mempelajarinya dengan berkesan, pelajar perlu mempunyai kepercayaan motivasi yang tinggi kerana Bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang agak susah dan mencabar tambahan pula bagi pelajar yang bukan penutur jatinya. Beberapa kajian lepas merekodkan tahap motivasi pelajar yang rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Arab kerana merasa sukar untuk menguasainya. Justeru, kajian ini akan menjelaskan kemungkinan aspek pengajaran guru yang menjadi punca perubahan kepercayaan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Kajian yang menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan ini menggunakan soal selidik Students' Evaluation of Teaching Effectiveness Rating Scale (SETERS) dan Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) sebagai instrumen yang direspon oleh 542 pelajar aliran agama tingkatan 4 dan data terkumpul diproses menerusi analisis korelasi pearson. Hasil kajian mendapati hubungan yang sederhana namun signifikan dan positif antara pengajaran guru dan kepercayaan motivasi pelajar aliran agama terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Sehubungan itu, guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran mereka dari segi penyampaian bahan pembelajaran, interaksi dan aspek penyediaan suasana pembelajaran yang kondusif. Usaha ini akan dapat meningkatkan kepercayaan motivasi dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab sekaligus mengembangkan potensi penguasaan bahasa yang lebih berkesan dan komprehensif
    corecore