23 research outputs found

    Pembaharuan pentadbiran: Perlaksanaan pengurusan awam baru di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    Get PDF
    Pelbagai pembaharuan yang dilaksanakan dalam sistem pentadbiran awam Malaysia adalah sejajar dengan perubahan zaman serta kemajuan sains dan teknologi dalam era globalisasi.Sebarang perubahan dalam teknologi, proses serta prosedur, undang-undang dan persekitaran mahupun pengenalan program-program baru menuntut semua jentera pentadbiran kerajaan bersedia dan memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakannya.Agensi awam perlu responsif dan bersedia untuk berubah demi merealisasikan aspirasi kerajaan dan seterusnya rakyat.Pembaharuan pentadbiran di Malaysia didominasi oleh gerakan Pengurusan Awam Baru (New Public Management NPM) yang berteraskan idea bahawa teknik pengurusan sektor swasta dan mekanisme pasaran dapat meningkatkan kecekapan sektor awam.Reformasi pengurusan awam baru ini (NPM) dikatakan satu revolusi saintifik yang berlaku dalam abad ke 20 berkaitan dengan tadbir urus bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan aspek reformasi pentadbiran yang berlaku dalam sektor awam Malaysia khususnya dalam konteks pengurusan awam baru (NPM).Oleh kerana matlamat NPM adalah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, maka kajian ini menjurus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia memandangkan majoriti rakyat berurusan dengan kerajaan peringkat ketiga ini (PBT)

    Pengurusan diversiti dalam organisasi

    Get PDF
    Diversiti atau kepelbagaian merupakan satu isu yang semakin penting dalam organisasi khususnya dalam era globalisasi yang menjadikan dunia semakin kecil dan meluaskan interaksi antara manusia. Umumnya diversiti dalam organisasi merujuk kepada kepelbagaian tenaga kerja iaitu keunikan yang dimiliki oleh individu di tempat kerja. Setiap individu dikatakan unik kerana mereka mempunyai nilai-nilai tersendiri yang berbeza seperti ketrampilan, kepercayaan, personaliti, budaya, jantina, kaum dan sebagainya lagi. Kepelbagaian ini bukan sahaja perlu dihargai tetapi juga perlu diuruskan secara berkesan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif dalam organisasi. De Cenzo (1997) mendefinisikan kepelbagaian tenaga kerja (workforce diversity) sebagai perbezaan-perbezaan yang dibawa oleh individu atau kumpulan yang berbeza ke tempat kerja seperti jantina, kewarganegaraan, umur, dan bangsa. Robbins (1997) menjelaskan bahawa diversiti berlaku apabila organisasi menjadi lebih jelas dalam sesuatu ketidaksamaan seperti jantina, bangsa, dan etnik. Fred Luthans (1995) pula mendefinisikan diversiti sebagai satu situasi yang muncul apabila ahli-ahli dalam sesuatu kumpulan atau organisasi berbeza di antara satu sama lain dari segi umur, jantina, etnik, dan pendidikan. Reece & Brandt (2000) membahagikan diversiti kepada dua jenis yang utama iaitu Diversiti Primer (Utama) dan Diversiti Sekunder.Diversiti primer merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat individu yang tidak boleh diubah seperti umur, bangsa, jantina, dan keadaan fizikal. Ciri-ciri ini bersifat semulajadi kekal atau diwarisi secara keturunan. Misalnya jika ibu bapa kita berbangsa Melayu maka dari segi bangsa kita akan kekal berbangsa Melayu.Semakin tinggi darjah perbezaan dalam diversiti primer, semakin sukar untuk seseorang itu menerima dan memahami individu lain. Dimensi Sekunder pula merujuk kepada ciri-ciri yang tidak bersifat semulajadi dan boleh diubah mengikut orientasi dan kehendak individu. Contohnya kesihatan,agama dan kepercayaan, tahap pendidikan, pendapatan dan adat serta budaya. Kedua-dua dimensi ini akan membentuk personaliti, pegangan, persepsi dan nilai individu yang unik dalam kehidupan. Keunikan ini perlu diurus dengan baik agar tidak menjejaskan kehidupan bermasyarakat dan interaksi di dalam organisasi

    Penyesuaian Ortografi Dan Imbuhan Kata Pinjaman Bahasa Arab Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008

    Get PDF
    Perubahan bentuk asal sesuatu bahasa sering terjadi apabila bahasa tersebut dipinjam ke dalam bahasa sasaran. Bagi bahasa Melayu, perubahan tersebut dapat dilihat daripada struktur kata, iaitu perubahan sistem ejaan bahasa Melayu, pembentukan morfem tertentu berdasarkan bahasa pinjaman dan perubahan makna yang dibawa oleh kata pinjaman. Perubahan tersebut merupakan hasil intergrasi bahasa sumber dengan bahasa sasaran yang dibuat bagi penyesuaian natif. Makalah ini melihat perubahan kata pinjaman bahasa Arab yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 dalam aspek linguistik. Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 yang mempunyai 87 muka surat, terdapat sebanyak 1,482 perkataan telah disenaraikan oleh perisian AntConc yang merangkumi semua kata akar dan kata terbitan, kata hubung, kata ganda dan kata nama, iaitu nama individu dan nama tempat. Proses ini bagi menyenaraikan semua kata yang akan digunakan sebagai data. Daripada jumlah itu, 148 perkataan merupakan kata pinjaman bahasa Arab dengan semakan dibuat secara manual iaitu dengan merujuk kamus. Namun begitu, hanya 119 perkataan sahaja yang dilihat aspek perubahannya selepas penyisihan data yang tidak melibatkan perubahan makna seperti nama orang, nama tempat, agama, kaum dan sebagainya Hasil analisis yang dijalankan mendapati, perubahan ejaan merupakan perubahan yang paling ketara berlaku bagi penyesuaian ortografi, iaitu sebanyak 115 perkataan. Perubahan kedua terbesar yang berlaku ialah imbuhan akhiran -un yang tidak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu selepas peminjaman iaitu sebanyak 101 perkataan. Perubahan makna perujukan dan golongan kata turut berlaku dan menyebabkan perubahan struktur kata secara keseluruhan selepas peminjaman dibuat. Kajian ini telah memberikan suatu dapatan yang boleh membantu dalam aspek perkamusan kata pinjaman Arab, pembentukan kata pinjaman dan peristilahan selain membantu dalam aspek etimologi kata

    Conflict resolution of Indonesia-Malaysia relations and paradox of Westphalian Settlement

    Get PDF
    Indonesia-Malaysia relations have fluctuations conflict in globalized world. This is due to the increasing complexity of the problems faced by the two countries, both from the aspect of political, economic, social, and also cultural. Actors of globalization today are not only dominated by the nation-state but also by non-nation-state actors. Westphalian Settlement which at first appears as a form of conflicts between states, including the analyze conflict in Indonesia-Malaysia relations. If the force analysis using the Westphalian Settlement conflict resolution will be serious obstacles, because the two countries considered as emerging decades ago, such as Indonesia emerged in 1945 and Malaysia in 1957.At mean while globalism life of the two countries has been going on for hundreds of years, even as the Nusantara known as the home shared at that time.This paper would like to explain how conflict resolution using the Westphalian Settlement analysis contains many flaws.Therefore we need an alternative analysis that looked at the relationship between the two countries far beyond Westphalian Settlement analysis. Not only as a consequence of globalization but also realize that the roots of his history of relations between the two countries is very long age, much older than the Westphalian Treaty proclaimed

    A survey of women entrepreneurs in Malaysia: A case of Siti Khadijah Market, Kelantan and Pekan Rabu, Kedah

    Get PDF
    Efforts taken by Malaysian government to encourage her people to venture into business are undeniable.As women constitute nearly half of the total population, women’s contribution towards national economic development has been recognized by Malaysian government. Women have to compete together with men in order to ensure that their status within the society is uplifted. Their involvement as business entrepreneurs make them at par with other successful male counterparts. This paper is to look at women entrepreneurs at both Siti Khadijah Market, Kelantan and Pekan Rabu, Kedah.Data were based on research done to both places.The findings of the research show that strong competition has been identified as the most challenge those women faced as an entrepreneur. Besides, assisting family total income is the most influencing factor that lead them to become entrepreneurs and acquiring appropriate skills as entrepreneur is also has been identified will further improve on their way of doing business

    Women and entrepreneurship: An overview of women entrepreneurship programs in Malaysia

    Get PDF
    Entrepreneurs have been recognized by many as the catalyst for economic growth and development.Raising women as entrepreneurs is a part of current government initiative.Although women entrepreneurs have become more important players in the entrepreneurial landscape, the number is still small as compared to businesses owned by men.This paper will look into the entreperneurial programs implemented by governmental agencies in Malaysia.After looking at the programs, analysis of the programs will be further discussed. Indeed, this paper found that there are only a number of entrepreneurship programs which are specially designed for women by some selected agencies despites lack of evaluation of existing entrepreneurship programs

    Predictors of career advancement of female academic staff in Nigerian universities

    Get PDF
    Female participation in the formal sector is gradually growing in hitherto male and female oriented organizations around the globe.However, the rate of female entry into higher positions of management is not encouraging relative to the number of able female labour force in the Nigeria. Using regression analysis on 368 surveys of female academic staff of Nigerian universities via statistical package for social sciences 18, this study examines predictors and found that level of education and organizational support were positively significant to career advancement. However, work experience was negatively related to career advancement. Thus, this is an insight that these positive factors are viable predictors to career advancement of female academic staff. Recommendation for future study was given in the study

    Pendekatan pembuatan keputusan dalam kumpulan

    Get PDF

    Assessing the knowledge and awareness on crime among youth in Malaysia

    Get PDF
    In Malaysia, reducing crime is one of the efforts that had been outlined in the Government Transformation Program (GTP). Various policies and efforts have been implemented to minimize crime rate, for instance, the establishment of Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) in 1993. However, reported crime rates are still high and cases of violent crimes are still escalating. Furthermore, the rate of crimes committed by youth has increased despite the decrease in the county’s overall crime index. This paper seeks to assess the level of youth knowledge and awareness on crime in Malaysia. A total of 953 sets of questionnaires were distributed among youth representatives, government agencies, non-governmental organization (NGOs) and Residential Committee. Data were analyzed using SPSS and presented through descriptive statistics related to the three research objectives. Results indicated that there is very little involvement in terms of crime prevention activities among youth. Although many still do not really understand the conducts that are considered as crime or otherwise, majority of the respondents were able to identify major crime acts such as killing, robbery and rape. The findings also revealed that youth dominantly obtained information through the social media and internet. Overall, there is a high sensitivity or awareness on crime. Hence, parental supervision, school counselling and involvement of enforcement agencies, besides community participation are significantly needed in addressing this problem

    THE DEVELOPMENT OF ISLAMIC EDUCATION IN NUSANTARA: EXPLORING EXPERIENCE IN MALAYSIA1

    Get PDF
    Pendidikan Islam telah memberi sumbangan besar dalam proses pembangunan negara Malaysia. Sejak Islam di persembahkan di Tanah Melayu oleh pendakwah, pendidikan islam terus mendapat tempat dihati orang-orang Melayu. Perjalanannya yang panjang telah mewujudkan dwi sistem dalam pendidikan Islam. Sistem tradisional masih kekal diterima oleh orang-orang Melayu. Manakala sistem dwi aliran menjadi pemangkin dalam memperkasa Islam di Malaysia. Jalinan kedua-dua sistem ini semestinya dapat melahirkan tenaga dakwah yang ramai dan masing-masing berusaha untuk mencapai matlamat yang satu iaitu memastikan Islam tidak hilang dari mata pandangan rakyat Malaysia. Islamic education contributed deeply in Malaysia development process. Since Islam came to Malaya and presented by the da’ie, it was embedded in Malay society until now. The long journey has created dual system in Islamic education. The traditional system is still applicable and practice, whereas the modern ( dual ) system becoming a catalyst in strengthening Islam in Malaysia. A combination of both system is necessary to increased the numbers of da’ie who can work together to ensure that Islam remain signiÞ cant in Malaysia. Kata Kunci: Pendidikan Islam, Sekolah Agama, Malaysia, Penjajaha
    corecore