6 research outputs found

    The Correlation Between Assessment for Learning and Constructive Alignment Based on Age

    Get PDF
    he assessment practice in Indonesian Higher Education presently uses the traditional methods, which are assessment for learning and assessment as learning. However, the new perspective on assessment proposes that it should include the process of learning called Assessment for Learning (AFL) and this assessment can be enhanced through the Constructive Alignment (CA) method. The main objective of this study was to determine the correlation between AFL and CA based on age. The respondents of this study were 454 lecturers of 11 Universities selected through multistage cluster sampling method. This study used explanatory sequential design, a combination of quantitative and qualitative method. Quantitative data were obtained using questionnaires followed by qualitative data collection using interviews. The qualitative data were used to explain the quantitative data results. Quantitative data were analyzed using ANOVA, chi-square, and SEM. The validity and reliability of the instruments were determined using the Rasch Model. The findings showed that there was a high correlation level of AFL and CA practice among the lecturers.Keywords: Assessment for Learning, Constructive Alignment, Indonesian Higher Educatio

    Perubahan sosial di kalangan pelajar fakulti pendidikan UTM

    No full text
    Pendidikan di IPT dianggap sebagai kayu ukur yang penting dalam pembangunan sumber manusia yang terlatih di sesebuah negara (Mohd. Najib, 2004; Mohd. Yusof, 2005; Silins dan Mulford, 2002). Walaupun begitu menurut Zaini (2009), Laporan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2007), Mohd Yahya (2005), Wan Hamidon dan Norngainy (2005), pelajar dan graduan IPT tidak begitu cekap dalam berkomunikasi, tiada kemampuan berfikir kritis dan gagal bekerja dalam berpasukan. Oleh itu, objektif kertas kerja ini ialah mengenalpasti perubahan-perubahan social yang dialami oleh pelajar Fakulti Pendidikan di UTM. Instrumen pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual secara kualitatif. Temu bual yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual terbuka dan separuh struktur. Analisis keseluruhan data temubual kajian mendapati pelajar UTM mengalami perubahan sosial dari aspek ilmu pengetahuan, komunikasi, kepimpinan dan peribadi. Kertas kerja ini juga mengemukakan Model Perubahan Sosial di kalangan Pelajar UTM berdasarkan kajian yang dijalankan

    Pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran kemahiran hidup bersepadu (ekonomi rumah tangga) di sekolah menengah

    Get PDF
    Penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk meningkatkan kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di dalam pengajaran bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya berfikir secara kritis dan boleh menghasilkan ideaidea baru. Kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran. Sistem pendidikan di Malaysia bukan sahaja menekankan kepada sistem 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira tetapi juga menekankan kepada kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi. Pelbagai program sedang dirancang dan akan dilaksanakan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara.(Som dan Dahlan, 1998

    Tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih

    No full text
    Kertas kerja ini melihat tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan gurupelatih UTM yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan semasalatihan mengajar. Objektif kajian ialah mengenalpasti jenis alat bantu mengajaryang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mendapatpandangan guru pelatih terhadap kemahiran dan kepentingan penggunaan alatbantu mengajar serta mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-gurupelatih dalam penggunaan alat bantu mengajar. Seramai 40 responden terlibatdalam kajian ini. Segala data dianalisis menggunakan perisian komputer“Statistical Package for Social Science” (SPSS versi 12.0) untuk mendapatkankekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahappenggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih adalah tinggi.Penggunaan bahan bercetak pada setiap kali pengajaran berada pada tahapyang tinggi dengan nilai min 4.40. Kemahiran guru pelatih dalam penggunaanalat bantu mengajar berada pada tahap tinggi iaitu pada nilai min 3.70. Manakala kepentingan alat bantu mengajar berada pada tahap yang tinggi 3.85. Terdapatbeberapa cadangan untuk meningkatkan tahap penggunaan alat bantu mengajarseperti mengadakan bengkel, kursus dan seminar

    Pelajar berisiko: langkah penambahbaikan proaktif

    Get PDF
    Perubahan yang berlaku telah menyebabkan keperluan untuk meningkatkan prestasi pelajar berisiko di sekolah menjadi semakin penting. Usaha meningkatkan prestasi pelajar berisiko menghadapi masalah kerana banyak pihak yang masih keliru atau belum dapat mengenal pasti siapakah sebenarnya pelajar yang berisiko, ciri-ciri pelajar yang berisiko dan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk membantu pelajar-pelajar berisiko ini sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah. Sebelum ini perbincangan banyak memberi tumpuan terhadap masalah disiplin dan pencapaian pelajar, tetapi kurang memberi perhatian terhadap persoalan mengapa pelajar-pelajar ini dikatakan sebagai pelajar berisiko. Tambah mengelirukan perbincangan-perbincangan dalam literatur sentiasa berubah-ubah, pelbagai dan berbeza-beza penjelasan tentang pelajar berisiko. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan definisi pelajar berisiko, ciri-ciri pelajar berisiko dan strategi yang sesuai digunakan untuk menangani masalah pelajar berisiko. Sembilan bidang utama (identifikasi, kurikulum, perancangan untuk perubahan, kepimpinan, persekitaran pembelajaran, staf berkualiti, komuniti sekolah, kolaborasi antara agensi dan sumber, peruntukan dan perkhidmatan) telah dikenal pasti sebagai faktor kritikal dalam menangani pelajar berisiko di sekolah. Implikasi pelajar berisiko kepada sekolah turut dibincangkan dalam kertas kerja ini

    Pembangunan instrumen gaya penyelesaian masalah dalam kalangan Pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional

    No full text
    Instrumen Gaya Penyelesaian Masalah (PiLS) telah dibina untuk mengenalpasti gaya penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. Kajian ini dilaksanakan untuk membuktikan kesahan dan kebolehpercayaan PiLS serta membina profil pelajar dengan menggunakan model Rasch. Responden kajian terdiri daripada pelajar program Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dipilih secara rawak mudah. Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik PiLS diukur dengan menggunakan perisian Winstep versi 3.74.0. Hasil kajian menunjukkan indeks kebolehpercayaan bagi item dan responden adalah masing-masing 0.78 dan 0.94. Dalam aspek polariti, setiap item berupaya mengukur gaya penyelesaian masalah responden dengan nilai PTMEA CORR antara 0.47 hingga 0.81. Ujian ketidaksesuian item menunjukan tiada item yang perlu digugurkan kerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 0.62 hingga 1.37 dan nilai min kuasa dua outfit terletak dalam julat 0.63 hingga 1.34. Ujian keunidimensian menunjukkan nilai varians reja terpiawai adalah 46.8% melebihi nilai model iaitu 46.6% dengan dimensi sekunder terbesar dalam kontras pertama mencatatkan nilai varians sebanyak 8.4%. PiLS mampu mengukur konstruk yang dibina iaitu kolaboratif, inkuiri dan visualisasi. Analisis profil pelajar menunjukkan pelajar lepasan diploma lebih berupaya menyelesaikan masalah dengan nilai logit 5.25. Item paling sukar dipersetujui adalah SK5 dengan nilai logit 1.51 manakala item yang paling mudah dipersetujui adalah SK26 dengan nilai logit - 1.01
    corecore