12 research outputs found

    Perkaitan antara jangkaan, tahap pendidikan dan status sosioekonomi ibu bapa terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa bekerja di Sabah

    Get PDF
    Jangkaan dan kepuasan adalah dua bidang yang berbeza namun saling berkaitan. Justeru, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh jangkaan ibu bapa bekerja terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa bekerja di Sabah. Selain itu, kajian ini juga mengkaji perbezaan latar belakang responden dari segi taraf sosio-ekonomi dan tahap pendidikan terhadap kepuasan keibubapaan di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan persampelan bertujuan dengan soal selidik. Ia telah diagihkan kepada 210 ibu bapa yang bekerja di pelbagai sektor di sekitar Kota Kinabalu dan Beaufort, Sabah. Set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada Indeks Tahap Perbandingan Ibu Bapa (PCLI) untuk mengukur jangkaan ibu bapa dan Skala Kepuasan Ibu Bapa (PSS) digunakan untuk mengukur kepuasan ibu bapa. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 23 melalui ujian regresi mudah dan ujian ANOVA sehala mengikut objektif kajian. Hasil analisis menunjukkan jangkaan ibu bapa secara signifikan dan positif mempengaruhi kepuasan ibu bapa dengan sumbangan 34.6 peratus varians. Manakala, perbezaan tahap pendidikan dan status sosio-ekonomi ibu bapa menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam kepuasan keibubapaan. Kesimpulannya, jangkaan keibubapaan yang lebih tinggi akan membawa kepada kepuasan keibubapaan yang lebih tinggi. Namun begitu, kepuasan keibubapaan tidak berkaitan dengan perbezaan latar belakang pendidikan dan status sosioekonomi ibu bapa. Implikasi kajian ini adalah terhadap ibu bapa dan aspek yang melibatkan kepuasan keibubapaan

    Kemahiran pengurusan stres dalam kecerdasan emosi dan hubungannya dengan kepuasan hidup remaja

    Get PDF
    Peringkat remaja adalah mencabar dan memberi tekanan. Kemahiran pengurusan tekanan bagi golongan ini adalah penting untuk mencapai kepuasan hidup yang berkualiti tinggi. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai perkaitan antara kemahiran pengurusan tekanan dengan kepuasan hidup dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini juga mengkaji perbezaan kemahiran pengurusan tekanan dan kepuasan hidup mengikut jantina. Kajian tinjauan ini melibatkan 1,067 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga enam (berumur 13 hingga 18 tahun) di sekitar Kota Kinabalu dan Kudat, Sabah. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i: YV) dan Cantril's Vertical Visual-Analog Scale Ladder of Life Satisfaction yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Data dianalisis menggunakan ujian korelasi dan ujian-t sampel bebas. Keputusan menunjukkan terdapat korelasi positif antara kemahiran pengurusan tekanan dengan kepuasan hidup dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Sementara itu, keputusan analisis ujian-t sampel bebas menunjukkan terdapat perbezaan dalam pengurusan tekanan dan kepuasan hidup mengikut jantina. Keputusan menunjukkan bahawa kemahiran pengurusan tekanan adalah sangat penting kerana ia berkait secara langsung dengan kepuasan hidup, terutamanya untuk remaja atau generasi Z

    Penerimaan gaya keibubapaan dalam kalangan remaja dan kesannya terhadap perkembangan kecerdasan emosi

    Get PDF
    Perkembangan kecerdasan emosi terbentuk hasil daripada pelbagai aspek dan salah satunya melalui sosial yang wujud dalam keluarga. Kajian ini bertujuan meneliti kesan penerimaan gaya keibubapaan terhadap perkembangan kecerdasan emosi remaja. Selain itu, kajian ini turut mengkaji perbezaan perkembangan kecerdasan emosi mengikut tempat tinggal dan jantina. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik ke atas 255 orang pelajar sekolah menengah yang berusia 15 hingga 17 tahun. Satu set soal selidik digunakan dalam kajian ini yang terdiri daripada Parental Authority Questionnaire (PAQ) untuk mengukur gaya keibubapaan dan The Assessing Emotions Scale (AES) untuk mengukur kecerdasan emosi dalam kalangan remaja. Data dianalisis dengan perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22 dengan menggunakan ujian regresi pelbagai dan ujian-t sampel bebas untuk mengkaji hipotesis yang telah dibina. Hasil keputusan menunjukkan penerimaan gaya keibubapaan autoritatif dan autoritarian secara signifikan memberi kesan terhadap perkembangan kecerdasan emosi remaja. Sebaliknya, gaya keibubapaan permisif pula tidak menyumbang kepada perkembangan kecerdasan emosi remaja. Selain itu, terdapat perbezaan perkembangan kecerdasan emosi mengikut tempat tinggal dan jantina. Implikasinya, pemilihan gaya keibubapaan yang bersesuaian amat penting kerana akan menyumbang kepada perkembangan kecerdasan emosi remaja dan seterusnya akan membentuk personaliti dan tingkah laku mereka

    Penilaian psikometrik kecerdasan emosi sosial : The Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i:YV) di Malaysia

    Get PDF
    Kecerdasan emosi sosial merupakan satu bidang yang masih baru di Malaysia dan penyelidikan yang berkaitan dengannya masih dalam proses penerokaan. The Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i:YV) yang direkabentuk oleh Bar-On dan Parker merupakan salah satu instrumen yang digunakan untuk mengukur kecerdasan emosi sosial khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Justeru, tujuan utama kajian ini adalah membuat penilaian psikometrik ke atas instrumen EQ-i:YV. Seramai 1067 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian ini, iaitu dari sekolah sekitar Kota Kinabalu dan Kudat, Sabah. Bagi menguji kebolehpercayaan intrumen EQ-i:YV, pengkaji menggunakan analisis kebolehpercayaan ketekalan dalaman dengan menggunakan kaedah pekali alfa cronbach. Sementara itu, kesahan inter-korelasi dan analisis faktor eksploritori (EFA) digunakan bagi menguji kesahan konstruk instrumen EQ-i:YV. Hasil kajian mendapati enam dimensi dalam instrumen EQ-i:YV yang dibentuk menunjukkan kebolehpercayaan ketekalan dalaman di tahap sederhana dan tinggi (sekitar 0.52 hingga 0.75). Namun, secara keseluruhannya instrumen EQ-i:YV mencatatkan pekali alfa cronbach yang tinggi iaitu 0.86. Hasil analisis kesahan inter-korelasi menunjukkan terdapat beberapa dimensi berkorelasi secara positif dan terdapat juga beberapa dimensi tidak berkorelasi antara satu sama lain. Manakala, hasil EFA pula menunjukkan secara keseluruhannya kebanyakan item mempunyai nilai loading di tahap sederhana dan tinggi. Penilaian psikometrik bagi instrumen EQ-i:YV ini dilihat penting dan secara tidak langsung memberi implikasi kepada pengkaji akan datang yang bakal menggunakan instrumen ini dalam menjalankan kajian berkaitan kecerdasan emosi sosial khususnya dalam kalangan pelajar atau remaja di Malaysia

    Perkaitan antara kemahiran pengurusan stres dan kepuasan hidup remaja

    Get PDF
    Adolescent levels are challenging and stressful. The stress management skills for these groups are important to achieve quality and life satisfaction. The main objective of this study was to evaluate the association between stress management skills and life satisfaction among secondary school students. In addition, this study also examines the differences stress management skills and life satisfaction by gender. This survey study involved 1,067 respondents consisting of students from form one to six (aged 13 to 18 years old) around Kota Kinabalu and Kudat, Sabah. The research instrument used in this study is the Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i: YV) and Cantril's Vertical Visual-Analog Scale Ladder of Life Satisfaction which has been translated into Malay. Data were analyzed by using correlation test and independent sample t-test. Results showed that there was a positive correlation between stress management skills and life satisfaction among secondary school students. Meanwhile, the results of the independent sample t-test analysis showed that there was a difference in stress management and life satisfaction by gender. Results indicated that stress management skills are very important because it is directly related to life satisfaction, especially for adolescents or generation Z nowadays

    Kecerdasan Emosi Sosial Kemahiran Penyesuaian Diri Dalam Kalangan Pelajar SekolahMenengah (The Social Emotional Intelligence Of Adaptability Skills Among Secondary School Students)

    Get PDF
    Social emotional intelligence, a combination between emotion and social intelligence, is a very important aspect of one's self. It is divided into five components which is intrapersonal, interpersonal, stress management, adaptation and general mood. Social emotional intelligence directly affects the behavior, emotion and decision making of an individual. Secondary school students are a group of early teenager and still in the process of identity formation. Therefore, it is important to know the social emotional intelligence of adaptability skills especially among school students as it has long-term impact on their performance. The main objective of this study is to examine the social emotional intelligence scores among high school students in Kota Kinabalu, Sabah. The sample in this study consisted of Form One to Form Six students from various schools around Kota Kinabalu. A set of questionnaire used in this study is The Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i: YV) designed by Bar-On and Parker (2000) contains 60 questions with four likert scale. The data obtained were analyzed using the IBM SPSS version 24.0. The results of this study showed that the social emotional intelligence as a whole is at a moderate level. Meanwhile, there are differences in adaptability skills between male and female students, where the mean score for male students is higher than female students. As for the implication, related parties such as ministries of education, parents and the community can obtain relevant information for the purpose of implementation of programs and activities to enhance emotional intelligence and adaptability skills that are appropriate to the current generation Z

    Kecerdasan emosi sosial kemahiran penyesuaian diri dalam kalangan pelajar sekolah menengah

    Get PDF
    Social emotional intelligence, a combination between emotion and social intelligence, is a very important aspect of one's self. It is divided into five components which is intrapersonal, interpersonal, stress management, adaptation and general mood. Social emotional intelligence directly affects the behavior, emotion and decision making of an individual. Secondary school students are a group of early teenager and still in the process of identity formation. Therefore, it is important to know the social emotional intelligence of adaptability skills especially among school students as it has long-term impact on their performance. The main objective of this study is to examine the social emotional intelligence scores among high school students in Kota Kinabalu, Sabah. The sample in this study consisted of Form One to Form Six students from various schools around Kota Kinabalu. A set of questionnaire used in this study is The Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i: YV) designed by Bar-On and Parker (2000) contains 60 questions with four likert scale. The data obtained were analyzed using the IBM SPSS version 24.0. The results of this study showed that the social emotional intelligence as a whole is at a moderate level. Meanwhile, there are differences in adaptability skills between male and female students, where the mean score for male students is higher than female students. As for the implication, related parties such as ministries of education, parents and the community can obtain relevant information for the purpose of implementation of programs and activities to enhance emotional intelligence and adaptability skills that are appropriate to the current generation Z

    Pengaruh gaya keibubapaan terhadap stres akademik: kecerdasan emosi sebagai moderator

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya keibubapaan (autoritarian, autoritatif dan pennisif) terhadap stres akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji kecerdasan emosi sebagai moderator dalam hubungan antara gaya keibubapaan dengan stres akademik. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik dalam mengumpulkan data. Seramai 533 orang pelajar tingkatan empat dari enam buah sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah telah terpilih menjadi responden dalam kajian lni dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Satu set borang soal selidik telah digunakan, terdiri daripada Parental Authority Questionnaire (PAQ) untuk mengukur gaya keibubapaan, Academic Stress Scale (ASS) untuk mengukur stres akademik dan the Assessing Emotions Scale (AES) untuk mengukur kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar. Data yang diperoleh dianalisis mengikut susunan hipotesis dengan menggunakan dua jenls ujlan laitu ujian regresl pelbagai metod stepwise dan ujian regresi hierarki dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 24. Hasil keputusan menunjukkan gaya keibubapaan autoritarian memberi pengaruh secara signifikan dan positif kepada stres akademik dalam kalangan pelajar dengan nilai sumbangan sebanyak 1.2 peratus varians. Meskipun nilai sumbangan varians adalah kecil, gaya keibubapaan autoritarian masih memberi kesan kepada stres akademik pelajar. Sebaliknya, gaya keibubapaan autoritatif dan pennisif pula tidak memberi pengaruh secara signifikan kepada stres akademik pelajar. Manakala, hasil analisls ujian regresl hierarki pula menunjukkan bahawa kecerdasan emosi tidak bertindak sebagal moderator dalam ketiga-tiga gaya keibubapaan terhadap stres akademik dalam kalangan pelajar. Implikasinya, hasil dapatan kajian ini amat berguna khususnya kepada golongan ibu bapa dalam mengaplikasikan gaya keibubapaan yang sesual terutama apabila menyentuh berkaitan akademik anak-anak kerana pendekatan yang kurang sesuai akan memberi kesan jangka panjang kepada psikologi pelajar

    Hubungan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasan keibubapaan

    Get PDF
    Jangkaan dan kepuasan merupakan dua bidang yang berbeza, namun ianya saling berkaitan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasan keibubapaan. Selain itu, kajian ini turut mengkaji perbezaan ibu dan bapa terhadap kepuasan keibubapaan. Sampel kajian ini terdiri daripada golongan ibu dan bapa, dan pemilihan sampel kajian dijalankan secara rawak dari dua kawasan iaitu sekitar daerah Kota Kinabalu dan Beaufort. Seramai 210 orang responden yang terdiri daripada 97 orang bapa (46.2%) dan 113 orang ibu (53.8%) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu a) demografi responden, b) maklumat berkaitan jangkaan ibu bapa dan c) maklumat berkaitan kepuasan keibubapaan. Bagi pengukuran jangkaan ibu bapa, Parent Comparison Level Index (PCLI) telah digunakan, sementara pengukuran kepuasan keibubapaan pula menggunakan Parent Satisfaction Scale (PSS). Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Korelasi dan Ujian-t sampel bebas melalui IBM SPSS versi 21.0. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasaan keibubapaan dan hubungan yang wujud adalah positif. Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung memberikan impak khususnya bagi golongan ibu bapa, di mana ibu bapa dapat menetapkan jangkaan yang tidak terlalu optimistik dan realistik yakni tinggi apabila memasuki alam keibubapaan agar kepuasan dalam keibubapaan dapat dicapai

    Kemahiran pengurusan stres dalam kecerdasan emosi dan hubungannya dengan kepuasan hidup remaja

    Get PDF
    Adolescent stages are challenging and stressful. Stress management skills for this group are important to achieve a high quality life satisfaction. The main objective of this study was to evaluate the association between stress management skills and life satisfaction among secondary school students. In addition, this study also examined the differences in stress management skills and life satisfaction by gender. This survey study involved 1,067 respondents consisting of students from form one to six (aged 13 to 18 years old) around Kota Kinabalu and Kudat, Sabah. The research instruments used in this study were the Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i: YV) and Cantril's Vertical VisualAnalog Scale Ladder of Life Satisfaction which were translated into Malay. Data were analyzed using correlation test and independent sample t-test. Results showed that there was a positive correlation between stress management skills and life satisfaction among secondary school students. Meanwhile, the results of the independent sample t-test analysis showed that there were differences in stress management and life satisfaction by gender. Results highlight that stress management skills are very important because it is directly related to life satisfaction, especially for adolescents or generation Z
    corecore