Perkaitan antara jangkaan, tahap pendidikan dan status sosioekonomi ibu bapa terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa bekerja di Sabah

Abstract

Jangkaan dan kepuasan adalah dua bidang yang berbeza namun saling berkaitan. Justeru, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh jangkaan ibu bapa bekerja terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa bekerja di Sabah. Selain itu, kajian ini juga mengkaji perbezaan latar belakang responden dari segi taraf sosio-ekonomi dan tahap pendidikan terhadap kepuasan keibubapaan di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan persampelan bertujuan dengan soal selidik. Ia telah diagihkan kepada 210 ibu bapa yang bekerja di pelbagai sektor di sekitar Kota Kinabalu dan Beaufort, Sabah. Set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada Indeks Tahap Perbandingan Ibu Bapa (PCLI) untuk mengukur jangkaan ibu bapa dan Skala Kepuasan Ibu Bapa (PSS) digunakan untuk mengukur kepuasan ibu bapa. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 23 melalui ujian regresi mudah dan ujian ANOVA sehala mengikut objektif kajian. Hasil analisis menunjukkan jangkaan ibu bapa secara signifikan dan positif mempengaruhi kepuasan ibu bapa dengan sumbangan 34.6 peratus varians. Manakala, perbezaan tahap pendidikan dan status sosio-ekonomi ibu bapa menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam kepuasan keibubapaan. Kesimpulannya, jangkaan keibubapaan yang lebih tinggi akan membawa kepada kepuasan keibubapaan yang lebih tinggi. Namun begitu, kepuasan keibubapaan tidak berkaitan dengan perbezaan latar belakang pendidikan dan status sosioekonomi ibu bapa. Implikasi kajian ini adalah terhadap ibu bapa dan aspek yang melibatkan kepuasan keibubapaan

    Similar works