4 research outputs found

    Faktor Risiko Jenayah Pecah Rumah dan Impak Kepada Kesejahteraan Hidup Masyarakat

    Get PDF
    Jenayah pecah rumah merupakan suatu jenayah harta benda yang kerap terjadi dan jenayah ini sering kali dilaporkan berbanding jenayah kekerasan di Malaysia. Kegagalan melakukan pencegahan jenayah dalam mengawal permasalahan jenayah pecah rumah akan memberikan kesan kepada kesejahteraan masyarakat Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan mengenai faktor risiko jenayah pecah rumah dan impaknya terhadap kesejahteraan masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kepada penelitian terhadap kajian-kajian lepas. Oleh itu, penelitian kajian lepas bagi faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah pecah rumah serta impaknya terhadap kesejahteraan akan dibincangkan. Faktor kurangnya kawalan keselamatan, pemantauan pihak berkuasa PDRM dan Rukun Tetangga, serta sasaran penjenayah antara sebab berlakunya jenayah pecah rumah. Kesimpulannya, faktor-faktor berkenaan haruslah dititikberatkan supaya dapat mencegah daripada berlakunya jenayah pecah rumah. Artikel ini juga diharapkan dapat membantu pihak bertanggungjawab dalam merancang langkah pencegahan jenayah pecah rumah bagi menjamin kesejahteraan masyarakat

    Pencegahan Jenayah Pecah Rumah Bagi Menjamin Keselamatan Masyarakat: Suatu Pemerhatian Awal

    Get PDF
    Permasalahan jenayah pecah rumah merupakan suatu permasalahan sosial yang memberikan kesan kepada keselamatan masyarakat. Jenayah pecah rumah ini merupakan suatu jenayah harta benda yang sering terjadi dan jenayah ini kerap dilaporkan berbanding jenayah kekerasan di Malaysia. Amalan pencegahan jenayah perlu dilaksanakan dalam mengawal permasalahan jenayah pecah rumah supaya dapat menjamin keselamatan masyarakat Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah pecah rumah bagi menjamin keselamatan masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kepada penelitian terhadap kajian-kajian lepas. Oleh itu, penelitian kajian lepas bagi langkah-langkah pencegahan jenayah pecah rumah akan dibincangkan. Langkah pencegahan seperti pemantauan pihak berkuasa PDRM, pengawasan komuniti, meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan pemilihan komuniti berpagar merupakan amalan pencegahan yang dapat mengurangkan risiko jenayah pecah rumah berlaku. Kesimpulannya, langkah-langkah pencegahan berkenaan haruslah dititikberatkan supaya dapat mencegah daripada berlakunya jenayah pecah rumah. Artikel ini juga diharapkan dapat membantu pihak bertanggungjawab dalam melaksanakan pencegahan jenayah pecah rumah bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat

    Faktor Risiko Jenayah Pecah Rumah dan Impak Kepada Kesejahteraan Hidup Masyarakat

    Full text link

    corecore