53 research outputs found

    Pengenalan pemikiran kritis & kreatif

    Get PDF

    Peranan Refleksi Kritikal dan Dialog Dalam Pembelajaran Transformatif Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah

    Get PDF
    Kertas kerja ini akan membincangkan fenomena transformasi perspektif bekas penagih dadah dalam konteks pengalaman sebagai seorang bekas penagih dadah. Dadah merupakan musuh nombor satu di Malaysia. Dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak pernah bertolenrasi dengan masalah penagihan dadah. Saban tahun bilangan penagih dadah yang mengambil dadah semakin meningkat. Pada tahun 2013 terdapat peningkatan sebanyak 24% terhadap kes penagihan dadah. Berdasarkan kepada statistik penagih dadah Malaysia pada tahun 2013 sebanyak 13,481 kes baru dikesan dan 7,406 kes merupakan kes penagih berulang. Berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu para pengkaji lebih memberi penekanan terhadap punca, faktor dan cara menangani masalah penagihan dadah. Dengan kata lain, kajian terhadap transformasi perspektif bekas penagih dadah di Malaysia kurang diberi perhatian berbanding di negara Barat. Kertas kerja ini ini akan membincangkan perihal proses pembelajaran yang berlaku dalam usaha bekas penagih dadah kembali kepada kehidupan normal. Salah satu elemen pembelajaran yang berlaku dalam sistem kognitif orang dewasa (dalam konteks ini bekas penagih dadah) adalah refleksi kritikal. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengenalpasti peranan refleksi kritikal dalam membantu proses transformasi perspektif bekas penagih dadah. Refleksi kritikal merupakan elemen penting dalam pembelajaran transformatif yang mana bekas penagih dadah berusaha mencari jalan penyelesaian pada ketagihan dadah dengan melakukan refleksi kritikal terhadap pengalaman lampau mereka. Mereka akan merenung, berfikir semula, menyemak dan memeriksa pengalaman sebagai seorang penagih dadah

    Wajah moral masyarakat Melayu pascamoden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi

    Get PDF
    Dewasa ini dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Pascamodenisme yang ditandai arus gelombang peringkat ketiga telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang dibawah oleh ideologi pascamodenisme menerusi pelbagai medium telah memberi dampak moral-sosial yang amat menakutkan. Hal ini tidak terkecuali meresapi ke dalam jiwa dan jatidiri masyarakat Melayu samada di Bandar mahu pun di luar Bandar. Statistik kebejatan social membuktikan hal ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral – pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran, gangsterisme, alkoholisme, perjudian, vandalisme dan sebagainya – setiap satu daripada amat ramai melibatkan masyarakat Melayu. Justeru itu, generalisasi dapat dibuat bahawa wajah moral masyarakat Melayu berada pada tahap yang amat kronik dan kritikal. Justeru itu, kertas kerja konseptual ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pada bahagian pertama kami akan menghuraikan secara konsep-konsep asas kertas kerja ini selain memaparkan hujah ‘rupa bentuk wajah’ moral masyarakat Melayu dulu dan kini. Kami juga akan memberikan justifikasi sebab-sebab munculnya wajah moral masyarakat Melayu masa kini pada bahagian kedua kertas kerja ini, kami akan mengagaskan usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat bagi ‘mencantikkan’ wajah moral masyarakat Melayu. Dalam hal ini, kami turut melontarkan idea dan kritikan pendekatan-pendekatan yang dibuat selain mengagaskan suatu pendekatan yang lebih bersepadu. Pada bahagian akhir kertas kerja ini, kami menampilkan suatu pendekatan pendidikan moral tinggi yang mampu mengembalikan semula wajah moral yang indah dan bersih itu

    Verbs and gender: the hidden agenda of a multicultural society

    Get PDF
    This study explores the issue of gender inequality displayed in action verbs found in English language secondary school textbooks using the Hidden Curriculum Theory. The two aspects of hidden curriculum are the frequency imbalance, i.e., male occurrences are more than female, and gender stereotyping based on roles, i.e., masculine against feminine activities. This study used both quantitative and qualitative methods for collecting data. Wordsmith Tools 4.0 (WST) was used to analyse five categories of action verbs: activity verbs, process verbs, verbs of bodily sensation, transitional event verbs, and momentary verbs. The concordance tool from the WST was used to tabulate occurrences based on gender portrayals. School teachers who taught English at secondary schools were also interviewed to validate the findings and link them to the theoretical framework used. The findings reveal gender inequality is evident in these textbooks

    Wajah moral masyarakat Melayu pasca moden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi

    Get PDF
    Dewasa ini dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Pascamodenisme yang ditandai arus gelombang peringkat ketiga telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang dibawah oleh ideologi pascamodenisme menerusi pelbagai medium telah memberi dampak moral-sosial yang amat menakutkan. Hal ini tidak terkecuali meresapi ke dalam jiwa dan jatidiri masyarakat Melayu samada di Bandar mahu pun di luar Bandar. Statistik kebejatan sosial membuktikan hal ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral – pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran, gangsterisme, alkoholisme, perjudian, vandalisme dan sebagainya – setiap satu daripada amat ramai melibatkan masyarakat Melayu. Justeru itu, generalisasi dapat dibuat bahawa wajah moral masyarakat Melayu berada pada tahap yang amat kronik dan kritikal. Justeru itu, kertas kerja konseptual ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pada bahagian pertama kami akan menghuraikan secara konsep-konsep asas kertas kerja ini selain memaparkan hujah ‘rupa bentuk wajah’ moral masyarakat Melayu dulu dan kini. Kami juga akan memberikan justifikasi sebab-sebab munculnya wajah moral masyarakat Melayu masa kini Pada bahagian kedua kertas kerja ini, kami akan mengagaskan usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat bagi ‘mencantikkan’ wajah moral masyarakat Melayu. Dalam hal ini, kami turut melontarkan idea dan kritikan pendekatan-pendekatan yang dibuat selain mengagaskan suatu pendekatan yang lebih bersepadu. Pada bahagian akhir kertas kerja ini, kami menampilkan suatu pendekatan pendidikan moral tinggi yang mampu mengembalikan semula wajah moral yang indah dan bersih itu

    Pendidik kreatif sebagai teras transformasi literasi kreatif di Malaysia

    Get PDF
    Kreativiti merupakan mauduk dan agenda penting dalam mana-mana orientasi pendidikan di dunia. Institusi pendidikan merupakan tempat terpenting untuk menyuburkan bakat dan kebolehan kreatif pelajar. Hal ini diakui oleh pakar-pakar sains pemikiran kreatif seperti Amabile (1992), Swartz (1989), Buzan (2002), de Bono (1971), Leong (1998) dan ramai yang lain. Amabile (1992) misalnya menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling penting untuk memupuk alam kreativiti di kalangan kanak-kanak, khususnya dalam konteks prasekolah. Selanjutnya, Cropley (2001), menegaskan bahawa universiti adalah persekitaran yang amat signifikan bagi merealisasikan bakat dan kemahiran kreativiti mahasiswa. Namun begitu, menurut de Bono (19700, tanpa prime mover (dibaca sebagai pendidik) yang menggerakkan persekitaran yang kondusif untuk berkreativiti maka sukar untuk para pelajar untuk berkreasi dengan selesa dan selamat. Sungguhpun begitu, prime mover yang dimaksudkan oleh de Bono itu ialah pendidik yang dibekali dengan pengetahuan dan kemahiran kreativiti. Pendidik yang tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan kreativiti sukar untuk merealisasikan suasana, ruang dan pengalaman kreatif dalam pengajaran dan pembelajarannya. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan menghuraikan konsep asas apa yang dimaksudkan sebagai pendidik kreatif. Selanjutnya, kertas kerja ini akan memperjelaskan bagaimana pendidik kreatif ini mampu membawa perubahan ke arah memupuk satu suasana kreativiti dalam pengajaran dan pembelajarannya. Selain itu, kertas kerja ini turut menghuraikan apa yang dikatakan sebagai konsep literasi kreatif dan bagaimana dinamisme literasi kreatif boleh dicapai di Malaysia. Selain itu, kertas kerja ini akan memberikan justifikasi mengapa perlunya literasi kreatif ini diberi perhatian oleh pelbagai pihak khususnya dalam sistem pendidikan Malaysia dan akhirnya apakah kesan literasi kreatif terhadap pembangunan dan masa depan negara dalam dunia globalisasi ini

    Social integration as catalyst for people's prosperity

    Get PDF
    In a nation-state, the aspect of unity among the people is important. Unity can define the political, economic and social stability. As a multi-racial country, Malaysia is a unique and special nation. Malaysia is regarded as an ideal country, a peaceful and happy country inhabited by various races and religions by other countries in the world. Due to its multi-racial status, it can’t be denied that Malaysia faces some problems in sustaining the harmonious people. Various policies were formulated by the Federal Government and the State Government to address racial issues in Malaysia. In this regard, the article seeks to identify the level of social integration of the community in Johor. The findings show that the state of Johorian integrity is at a good level that is projected to an excellent level. In addition, the findings show that some elements need to be emphasized in empowering social integration in the state of Johor to avoid inter-racial tensions, especially in relation to the Rukun Negara that is not understood and practiced in a day-to-day life. The implication of this study is that social integration between the peoples is actually a catalyst for the welfare and at the same time improve the quality of life of the people of Johor. Hence, it is proposed that the Federal Government in collaboration with the State Government of Johor formulate various inclusive policies and have a close relationship with the peopl

    Pendidikan bukan formal (PBF) di Malaysia: cabaran dan hala tuju Wawasan 2020

    Get PDF
    Pendidikan Bukan Formal (PBF) adalah pelengkap kepada pendidikan formal dan tidak formal. Justeru itu, ia amat penting dan bermakna kepada pembangunan manusia secara menyeluruh; selain membantu dalam proses pembangunan sesebuah negara. Pendidikan Bukan Formal amat penting kepada sesebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Oleh yang demikian, pendidikan seumpama ini secara langsung atau tidak langsung mampu membangunkan literasi masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu seperti teknologi maklumat, pengurusan, kemanusiaa dan kemasyarakatan, keusahawanan, kenegaraan dan sebagainya. Pengayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan amat penting dalam membina masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Tentu sekali, dalam konteks Malaysia ia dapat dicapai menerusi minat dan ketekunan masyarakat dan galakan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk belajar terus menerus sepanjang hayat. Justeru itu, kertas kerja ini akan memerihalkan bagaimana Pendidikan Bukan Formal boleh menjadi katalis kepada Pendidikan Sepanjang Hayat di Malaysia. Secara konseptual, kertas kerja ini akan dimulai dengan definisi konsep, jenis dan bentuk Pendidikan Bukan Formal. Selanjutnya, kertas kerja ini akan menjelaskan tentang faktor penarik dan penolak yang secara tidak langsung memberi kesan terhadap penglibatan masyarakat dan peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan mahu pun swasta. Paling penting, Pendidikan Bukan Formal ini akan disorot dalam pelbagai perspektif seperti pelan perancangan dan pembangunan negara, modenisasi dan pembangunan sosioekonomi. Selain itu, kertas kerja ini turut mengupas isu permasalahan yang timbul dalam perancangan dan pelaksanaan Pendidikan Bukan Formal Di Malaysia. Akhirnya, kertas kerja ini akan merumuskan akan harapan dan cabaran Wawasan 2020 dan Pendidikan Bukan Formal di Malaysia

    Pengenalan kepada penulisan ilmiah

    Get PDF
    Pengenalan kepada penulisan ilmiah merupakan sebuah karya yang memerihalkan tentang konsep, pendekatan dan tatacara penulisan secara ilmiah. Karya ini merupakan hasil gagasan dan gabungan idea lapan orang tenaga pengajar Universiti Teknologi Malaysia yang berpengalaman dalam pengajaran penulisan ilmiah pada peringkat pengajian tinggi. Karya seumpama ini amat penting untuk dijadikan panduan serta rujukan pensyarah dan pelajar agar mutu penulisan ilmiah dapat dikawalselia dan dipelihara. Setiap pelajar di institusi pengajian tinggi akan berhadapan dengan tatacara berfikir, berbicara dan menulis secara ilmiah. Namun begitu, penulisan ilmiah adalah teras kepada penglahiran dan penterjemahan pemikiran pelajar menerusi teks penulisan hasil daripada proses pembelajarannya di universiti. Oleh itu, penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh seseorang pelajar mestilah dapat memberi gambaran tentang sikap, keindahan dan kualiti pemikiran ilmiah yang dimilikinya. Kertas kerja ilmiah, laporan industri, projek sarjana muda dan tesis merupakan tugasan yang mesti dihasilkan oleh pelajar di sepanjang pengajiannya di institusi pengajian tinggi. Justeru itu, pada tahap awal kesemua tugasan tersebut menghendaki pelajar untuk memahami tatacara asas untuk menghasilkan suatu teks penulisan ilmiah yang bermutu. Keseluruhan bab dalam karya ini telah digarap dan dicerakinkan secara komprehensif dan bersistem bagi memudahkan pembaca memahami secara mekanis dan teknikal tatacara penulisan ilmiah yang bermutu. Selain itu, contoh sebuah penulisan ilmiah turut disertakan bagi memudahkan pemahaman pembaca. Akhirnya, karya ini amat sesuai di baca oleh semua pelajar di institusi pengajian tinggi, maktab perguruan dan sesiapa saja yang berminat untuk memperbaiki mutu penulisan ilmiah. Semoga karya ini dapat mencetuskan budaya berfikir, berbicara dan menulis secara ilmiah dalam komuniti institusi pengajian tinggi dan masyarakat amnya

    Pembelajaran transformatif dalam kalangan wanita dewasa yang menunaikan haji di Perak

    Get PDF
    Pembelajaran transformatif merupakan satu proses melibatkan perubahan kerangka rujukan individu meliputi perspektif makna, tabiat, minda, dan cara pemikiran. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pembelajaran transformasi yang berlaku dalam kalangan wanita dewasa setelah menunaikan fardhu haji. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peristiwa pencetus, faktor-faktor dan kesan-kesan terhadap wanita dewasa yang telah menunaikan haji. Metodologi kajian ini menggunakan temubual separa bersruktur. Seramai 5 informan terdiri daripada perempuan dewasa berumur dalam lingkungan 45 hingga 65 tahun dipilih dengan menggunakan persampelan snow ball(bola salji). Hasil kajian menunjukkan peristiwa pencetus yang berbeza dalam setiap individu dapat mengubah perspektif informan untuk berubah. Faktor-faktor membantu informan memberi sokongan dan dorongan untuk teruskan berubah ke arah yangpositif. Cadangan kepada pengkaji akan datang agar meluaskan skop kajian ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, selain mengkaji perbezaan jantina serta menggunakan triangulasi data
    corecore