36 research outputs found

    Keperluan RCI & fakta Memali

    Get PDF
    Setelah lebih tiga dekad tragedi berdarah Memali berlalu, namun ia tetap segar dalam ingatan. Bukan itu sahaja, malah ia juga masih dalam perbahasan. Tragedi Memali merujuk kepada peristiwa yang berlaku di Kampung Mali, Mukim Siong, Baling, Kedah pada 19 November 1985. Ia adalah antara tragedi hitam negara yang meragut nyawa orang awam dan pasukan keselamatan dengan tragis. Sebanyak 18 jiwa telah terkorban; empat daripadanya adalah anggota keselamatan, dan 14 merupakan pengikut Ibrahim bin Mahmood yang juga dikenali sebagai Ibrahim Libya. Bilangan tersebut termasuk juga Ibrahim sendiri. Dipercayai puluhan orang cedera, 23 daripadanya anggota polis manakala 14 orang adalah dalam kalangan orang awam. Selepas tragedi itu pula dipercayai bahawa angka individu yang ditahan ekoran kejadian tersebut adalah kira-kira 159 orang, iaitu 118 lelaki, 29 wanita dan 12 kanak-kanak. Oleh sebab peristiwa ini dibaluti dengan sentimen dan kontradiksi fakta maka ia belum lagi berhenti daripada perbahasan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/keperluan-rci-fakta-memali-1.585882#ixzz5VaZT2Fwg ยฉ Utusan Melayu (M) Bh

    Langkah bijak memperkukuh institusi Islam

    Get PDF
    SESUNGGUHNYA perkenan raja-raja bagi penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan bertepatan pada masanya. Ia dilihat sebagai suatu usaha untuk mengangkat dan menzahirkan kedaulatan Raja-Raja Melayu berkaitan hal ehwal dan martabat Islam. Penubuhannya tepat pada masa kerana institusi Islam kini berada dalam suasana persepsi negatif yang begitu berleluasa. Kewibawaan dan keberkesanan institusi Islam sentiasa menjadi persoalan. Bahkan, apabila diperhatikan, adakalanya apa yang dikatakan persepsi itu ialah kenyataan sebenarnya institusi Islam. Sebelum ini, belum pernah wujud inisiatif formal bagi meneliti perkara ini sehingga muncul beberapa keadaan tidak selesa dalam hubungan di antara istana dan institusi Islam pada peringkat Persekutuan. Dari segi punca kuasa penubuhannya, jawatankuasa tertinggi ini ialah tindakan pentadbiran di bawah kuasa umum Majlis Raja-Raja berkaitan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja dalam Perkara 38 dan kuasa raja-raja sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri dan kuasa Yang di-Pertuan Agong berkenaan Islam. Ini masing-masing berdasarkan Perkara 3(2) dan (5) Perlembagaan Persekutuan. Terma rujukan lantikan jawatankuasa yang disebut secara ringkas dalam kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja termasuklah, 'mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam pada peringkat Persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa, serta keberkesanan agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman Syariah pada peringkat Persekutuan'. Jawatankuasa tertinggi diketuai oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji dan timbalannya ialah Felo Oxford Centre for Islamic Studies, Datuk Dr Afifi al-Akiti dengan ahli; bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan; bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz. Mereka diberikan tempoh lima bulan untuk menjalankan tugasnya ini

    Serlahkan kebijaksanaan hakim

    Get PDF
    Telah sekian lama hukuman sebat diterima sebagai satu bentuk hukuman dalam sistem pentadbiran keadilan jenayah. Bertunjangkan hak asasi individu suara untuk menghapuskan hukuman sebat telah kedengaran serata dunia. Di negara kita, walaupun hukuman sebat telah diamalkan lama dulu sebelum penjajahan, ia hanya diamalkan Mahkamah Syariah setelah pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pada tahun 1984. Sebatan lebih awal diamalkan di mahkamah peringkat Persekutuan. Akta Pentadbiran Keadilan 1953 (Akta 345) (Criminal Justice Act 1953), melalui peruntukan di bawah seksyen 4 menyatakan, antara lain, tiada seorang pun boleh dihukum oleh mahkamah untuk disebat dengan menggunakan tali yang diikat dengan sembilan simpulan (cat-oโ€™-nine tails) dan sebatan hanya boleh dikenakan dengan rotan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/serlahkan-kebijaksanaan-hakim-1.744378#ixzz5VwpuPTVZ ยฉ Utusan Melayu (M) Bh

    Langkah memperkasa mahkamah Syariah

    Get PDF
    KEBEBASAN kehakiman ialah asas kepada keputusan yang adil. Persoalan yang cuba saya rungkaikan dalam tulisan ini ialah, adakah mahkamah Syariah mempunyai sokongan atau jaminan perundangan yang lengkap dan kukuh berkaitan kebebasan kehakiman? Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi, iaitu kes mengenai semakan kehakiman prosedur pemelukan Islam seorang bayi berusia 11 bulan oleh bapanya yang memeluk agama Islam, menyentuh isu kebebasan kehakiman di Mahkamah Syariah. Saya merujuk kepada obiter dictum dalam alasan penghakiman (keputusan) Mahkamah Persekutuan itu. (Obiter dictum atau obiter dicta ialah sesuatu yang dikemukakan secara sambil lalu atau incidental pada sesuatu perkara dan tidak mengikat kes lain pada masa depan). Perenggan 63 alasan penghakiman itu menyatakan, โ€œThe constitutional safeguards for the judicial independence, including the mechanism for the qualifications, appointment, removal, security of tenure and remuneration of judges, do not apply in respect of Syariah Courts

    Hormati sistem pemerintahan

    Get PDF
    โ€œRaja dan rakyat berpisah tiadaโ€ adalah satu frasa yang agak klise begitu sinonim dalam hubungan 'romantis' antara raja dan rakyatnya. Namun, kelihatan kini kritikan terhadap institusi beraja semakin tinggi โ€“ sama ada yang menyinggahi peribadi raja atau institusi beraja itu sendiri. Sejarah menunjukkan bahawa sistem beraja terkenal serata dunia. Pengalaman sama di rantau Alam Melayu. Kerajaan lama Alam Melayu gemilang di bawah pemerintahan sistem beraja. Kesultanan Islam Melaka (serta Kesultanan Acheh dan Mataram) mengambil tempat selepas kegemilangan Srivijaya dan Majapahit. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/hormati-sistem-pemerintahan-1.688843#ixzz5Vx0F5mf2 ยฉ Utusan Melayu (M) Bh

    Pemansuhan Akta Hasutan perlu perkenan raja-raja

    Get PDF
    Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang diperkata ramai dalam beberapa tahun kebelakangan ini dikhuatiri mendatangkan kesan besar kepada beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan beberapa ciri utama Perlembagaan. Cadangan pemansuhan ini hendaklah dibincangkan dengan serius dan dibawa kepada khalayak terbanyak kerana ini membabitkan Perkara 10(4) yang menjamin kedudukan beberapa isu sensitif seperti kewarganegaraan, keistimewaan Melayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah komuniti lain, bahasa Melayu dan kedaulatan Raja-Raja. Penting juga untuk diperhatikan dengan teliti sama ada pemansuhan Akta Hasutan memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja menurut Perkara 159(5). Pihak yang menyokong pemansuhan Akta Hasutan mengaitkannya dengan asal usul dan tujuan awal akta ini. Akta Hasutan ini juga dikatakan sudah archaic atau ketinggalan zaman. Ia juga sekatan kepada kebebasan bersuara

    Segerakan akta penyalahgunaan inhalan maut

    Get PDF

    Majlis Raja-Raja harapan rakyat

    Get PDF
    PEJABAT Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan media bahawa Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan persilaan untuk semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja berbincang hal berkaitan pemecatan dan pelantikan Peguam Negara. Sudah tentu perbincangan hari ini ialah untuk mencari persetujuan dan resolusi terbaik berhubung keputusan Putrajaya mahu melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu. Namun, isu pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mungkin tidak sebesar isu lantikan Thomas sebagai Peguam Negara. Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan hanya menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang yang layak sebagai Peguam Negara. Ia tidak menyebut peranan Majlis Raja-Raja

    Common Law Malaysia ikut elemen watan

    Get PDF
    corecore