Adat Dan Pantang Larang Semasa Kematian Suku Kaum Seletar, Kampung Teluk Kabung, Pasir Gudang, Johor.

Abstract

Di Malaysia terdapat pelbagai adat dan pantang larang yang merupakan tinggalan nenek moyang yang tersendiri. Sebagai contoh, suku kaum Seletar mempunyai seni budaya yang pelbagai dan menarik. Di Kampung Teluk Kabung mempunyai suku kaum Seletar dimana mereka menggunakan adat dan pantang larang masih wujud hingga sekarang atau telah terbiar akibat arus pemodenan yang melanda. Kebanyakan adat dan pantang larang masih diguna pakai serta dipelihara dan ada juga yang dibiarkan malah adat dan pantang larang tinggalan nenek moyang terdahulu tidak pernah diketahui masyarakat akan kewujudannya. Misalnya, pengkebumian mayat bersebelahan dengan rumah si mati yang tidak lagi wujud pada masa kini. Dapat dilihat bahawa masyarakat orang asli ini masih mengekalkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil tok batin yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menjamin keamanan puak mereka serta menjadi penghubung kepada masyarakat luar. Oleh itu, tujuan projek penyelidikan ini dijalankan adalah untuk meninjau sejauh mana adat dan pantang larang semasa kematian suku kaum Seletar bagi memelihara tinggalan warisan daripada hilang. Adakah ianya dijaga atau terus dipandang serong dan akhirnya akan menyebabkan adat dan pantang larang ini mungkin akan lenyap suatu hari nanti

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository

redirect
Last time updated on 23/05/2022

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.