3 research outputs found

    Psikoterapi nabawi sebagai rawatan komplimentari kejiwaan dalam menangani isu kesihatan mental

    Get PDF
    Statisitik pertambahan kes kesihatan mental saban tahun menunjukkan keperluan terhadap pemerkasaan usaha pencegahan sedia ada. Integrasi rawatan kerohanian dalam memelihara kesejahteraan mental telah diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Justeru, psikoterapi Islam merupakan di antara kaedah rawatan yang boleh diaplikasikan terhadap klien atau pesakit melalui tindak balas jiwa, spiritual, mental, emosi dan perilaku dalam mencapai kesejahteraan hidup. Ia boleh dijelaskan sebagai satu intervensi psikologi yang bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan kecelaruan emosi, spiritual, kognitif dan tingkah laku manusia berdasarkan acuan syarak. Psikoterapi Islam telah mendapat perhatian yang sewajarnya, namun ia masih baru dan kurang mendapat pendedahan penyelidikan yang lebih luas terutama dari sudut memperkaya elemen teoritikal dan kajian empirikal. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan psikoterapi Nabawi sebagai satu kaedah rawatan psikoterapi yang bersumberkan perubatan Nabi SAW (tib Nabawi). Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen menggunakan kajian perpustakaan untuk membina kerangka konsep psikoterapi Nabawi dan menjelaskan kedudukannya dalam psikoterapi Islam sebagai elemen rawatan kejiwaan dalam menangani isu kesihatan mental. Pemilihan dan pengumpulan hadith adalah melalui kajian tematik hadith (al-Hadith al-Mawḍu‘i) berasaskan tema kaedah-kaedah nubuwwah dalam mengawal rasa marah, tidak putus asa, syukur dan sabar. Dapatan kajian mendapati pendekatan psikoterapi Nabawi telah dibahaskan oleh ilmuwan Islam dalam konteks fiqh hadith merangkumi elemen pemantapan akidah, praktikaliti ibadah, penyempurnaan akhlak, pendidikan secara targhib tarhib, mengambil ibrah dari kisah umat terdahulu dan sebagainya. Sorotan kajian lepas juga menunjukkan penyelidikan empirikal yang dijalankan sebelum ini berjaya membuktikan potensi psikoterapi Nabawi sebagai rawatan komplimentari dalam menangani isu kesihatan mental

    Pemeliharaan Hadith di Internet : kajian terhadap laman web al-Durar al-saniyyah dan Islamweb / Shahril Nizam bin Zulkipli

    Get PDF
    Pemeliharaan hadith di internet adalah suatu usaha dalam memastikan ketulenan dan autoriti teks hadith sebagai sumber utama selepas al-Quran. Berdasarkan kewujudan laman web hadith yang begitu banyak di internet, maka penelitian terhadap aspek ketulenan dan autoriti teks matan dan sanad adalah sangat penting untuk dijalankan. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah menganalisis aspek pemeliharaan hadith di internet dengan memfokuskan terhadap dua laman web iaitu al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb. Oleh yang demikian, metodologi kajian teks telah diaplikasikan dengan pemilihan sebanyak 200 teks hadith sebagai sampel kajian di dalam dua laman web tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 199 teks hadith (99.5%) telah dinukilkan ke dalam bentuk digital secara tepat dan berautoriti sebagaimana yang terdapat di dalam kitab hadith bercetak. Manakala hanya sebuah hadith sahaja yang telah diklasifikasikan sebagai tidak berautoriti atau dikenali sebagai hadith al-Musahhaf. Justeru, kajian mendapati bahawa al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb boleh dikategorikan sebagai laman web hadith berautoriti yang telah memelihara teks-teks hadith berautoriti walaupun hasil analisis telah menemui sebuah hadith yang kurang berautoriti

    The convenience of takhrij al-hadith through ICT apps: An exploratory analysis on selected hadith website and mobile apps

    No full text
    The development of information and communications technology (ICT) has given a new dimension to the study of hadith in cyberspace as an effort to empower, uphold and preserve it in a long run. Thus, this study’s focused on three mobile apps which are Encyclopedia of 9 Imam, Mawsu‘ah al-Hadith al-Nabawi al-Sharif and Kutub Tis’ah along with three websites, namely al-Durar al-Saniyyah, Mawqi’ al-Islam and Islamweb that can be used to facilitate takhrij hadith. The study is aims to demonstrate the convenience of takhrij hadith in ICT integration and explore some of ICT apps that can be utilized to assist learning. Methodology applied was a qualitative method of hadith data collection infused within the apps. It was later revealed that a few of takhrij facilities were instilled in these apps: (1) Source of hadith (2) Ranking of hadith (3) Sanad hadith (4) Matan hadith (5) Rating of hadith in other sources (to specify Syawahid/Mutaba‘at) (6) The biography of narrators (al-Jarh wa al-Ta’dil) (7) Types of hadith based on the Sanad (8) Types of hadith based on Matan (9) Hukm al-Hadith. The study found that as many as nine takhrij facilities have been infused in all of the six ICT apps. Encyclopedia of 9 Imam apps is the leading apps so far that can be useful for scholars, for it contained all the facililities mentioned. Nevertheless, to go on hadith search through available websites is much more extensive as they provide access to a larger amount of hadith
    corecore