8 research outputs found
Tanah tinggi sebagai destinasi utama pelancongan wilayah: Potensi dan cabaran
Menerusi pelan pembangunan pelancongan wilayah di Malaysia, pelbagai produk pelancongan telah
dikenalpasti antaranya pelancongan tanah tinggi. Keunikan, keindahan alam sekitar, khazanah tinggalan sejarah,
iklim yang sejuk dan habitat flora serta fauna menjadi punca utama kawasan ini berpotensi sebagai destinasi
pelancongan utama pada masa kini. Di samping itu, tanah tinggi turut berfungsi sebagai kawasan pertanian,
petempatan dan tadahan air. Namun, pembangunan yang pesat dan tidak terkawal menyebabkan berlakunya
perubahan fizikal dan menimbulkan pelbagai masalah seperti pencemaran alam sekitar, tanah runtuh, banjir,
pemendapan sungai, pencerobohan tanah haram dan sosiobudaya. Permasalahan ini merupakan cabaran yang
perlu dihadapi oleh pihak kerajaan dan masyarakat dalam usaha membangunkan pelancongan tanah tinggi
sebagai salah sebuah aset pelancongan negara. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk mengkaji potensi
dan cabaran tanah tinggi Cameron Highlands dalam pelbagai aspek, termasuk model bagi perancangan dan
pembangunan pelancongan tanah tinggi wilayah. Pendekatan kajian adalah berdasarkan analisis dokumen
kerajaan seperti Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002 dan Rancangan Tempatan Cameron Highlands 1998-
2010. Hasil kajian mendapati Cameron Highlands berpotensi sebagai salah satu destinasi utama pelancongan
tanah tinggi. Kajian ini mencadangkan kerjasama pelbagai pihak dilaksanakan bagi menjamin kelestarian
pelancongan wilayah terutama di Tanah Tinggi Cameron Highlands
Pendekatan pelancongan wilayah dari perspektif pemegang taruh di Kelantan, dalam konteks Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
Pelancongan wilayah merupakan satu strategi pembangunan negara yang melibatkan ruang, produk, perkhidmatan dan sumber pelancongan bagi meningkatkan mutu pelancongan di sesebuah wilayah. Di Malaysia pelancongan wilayah telah dilaksanakan namun, sehingga kini tiada kajian secara terperinci tentang pendekatan simbiosis, konflik dan integratif dalam pembangunan wilayah. Para sarjana berpandangan, pelancongan wilayah berupaya menjana pembangunan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), namun, kejayaan masih belum teserlah ekoran pembangunan yang dilakukan adalah berdasarkan kepentingan negeri masing-masing. Justeru itu. artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti orientasi pembangunan pelancongan wilayah yang telah dilaksanakan oleh pemegang taruh dari tahun 2008 sehingga (2020) di salah satu negeri koridor pembangunan wilayah Pantai Timur iaitu di Kelantan. Data primer diperolehi melalui survei ke atas 28 responden dalam kalangan pemegang taruh di Kelantan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan pemegang taruh dalam aspek integratif lebih diutamakan berbanding pendekatan simbiosis dan konflik dalam proses perancangan, pembangunan dan pelaksanaan pembangunan pelancongan wilayah di Kelantan, Wilayah ECER. Kajian ini turut memberikan implikasi polisi dan amalan kepada pemegang taruh dalam usaha meningkatkan pembangunan wilayah dan mutu industri pelancongan negara
Masyarakat pribumi, infrastruktur sosial dan pembangunan terancang di Malaysia: kajian penglibatan masyarakat Orang Asli di RPS Air Banun, Belum-Temengor, Perak
Kemudahan infrastruktur sosial melibatkan penyediaan kemudahan, perkhidmatan dan rangkaian perhubungan yang
penting bagi memenuhi keperluan asas manusia. Kemudahan infrastuktur yang sempurna yang disediakan untuk
masyarakat menjadi lambang kemodenan, pembangunan dan perubahan. Penyediaan infrastruktur sosial di Malaysia
adalah membanggakan semenjak negara mencapai kemerdekaan. Walaubagaimanapun, masih terdapat sesetengah
masyarakat yang masih belum menerima kemudahan infrastruktur sosial yang sewajarnya. Kajian ini menilai
keperluan infrastrukutur sosial yang disediakan kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia. Data primer diperolehi
daripada kajian di sembilan daripada 18 buah perkampungan Orang Asli di RPS Air Banun, Perak . Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kesan pembangunan kemudahan sosial yang terdapat di kawasan penempatan komuniti Orang
Asli di RPS Air Banun masih tidak mencukupi. Kerjasama dan perhatian daripada pihak berkepentingan amat
diperlukan untuk memastikan mereka berupaya menerima kemudahan sosial asas sama seperti masyarakat Malaysia
yang lain, terutama dalam konteks pembangunan terancang seperti terrungkap di dalam Pelan Induk Bersepadu
bagi kawasan Hutan Tropikal Belum Temengor (IMP BTTR)
Pelancongan dan pembangunan setempat di Malaysia: satu analisis SWOT Royal Belum sebagai produk ekopelancongan
Pelancongan menjadi salah satu industri terpenting kerana bukan saja berupaya mengembangkan dimensi fizikal dan
ekonomi negara tetapi juga sektor sosial, budaya, politik dan teknologi. Kajian ini meneliti produk ekopelancongan
Kajian ini meneliti produk ekopelancongan di Taman Royal Belum dalam pelbagai aspek sejak diwartakan sebagai
Taman Negeri dari segi kekuatan,kelemahan, peluang dan ancaman dalam model perancangan dan pembangunan
pelancongan wilayah. Pendekatan kajian adalah secara kualitatif dan analisis SWOT (strengths, weakness,
opportunity and threats) telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Taman Royal Belum sebagai salah
sebuah tarikan destinasi pelancongan banyak menawarkan pelbagai keistimewaan seperti flora dan fauna,
masyarakat, tanih, pemandangan dan sebagainya. Namun terdapat kelemahan di sebalik kelebihan ini seperti
pembalakan di sekeliling, ketidakseimbangan alam sekitar, pencemaran dan kekurangan infrastruktur asas.
Permasalahan ini telah melahirkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak berkuasa dan masyarakat secara
umumnya untuk merealisasikan hasrat bagi memelihara Royal Belum sebagai salah sebuah aset pelancongan negara
Achievement and key success factors of regional tourism in Malaysia: an analysis from 2008-2020 era
Regional tourism is one of the approaches often utilized to ensure a balance of economic growth, distribution of tourist flows and tourism development. In Malaysia, regional tourism can be traced date back to the third Malaysia Plan. However, with the economic development corridors taking place more will is argued provincial tourism achievement level in Malaysia. This article aims to analyze how regional tourism has been packaged by the tourism providers and regional tourism stakeholders such as ECER, NCER and the Iskandar Malaysia (IM) since 2008 until 2016 year. The research method was based on content analyzed in the late 2008 until 2016 year. The findings show that unpacking of the regional tourism images are due to another the commitment of the stakeholders in realizing their touristic assets, tourism attraction, regional capacity and local involvement in working closely with the states involved. While there are potential in regional tourism development, a strong image should be the key to cooperation among the stakeholders of the country’s regional development corridors
Pendekatan pelancongan wilayah di Malaysia: senario dari 2008 -2012
Pelancongan wilayah merujuk kepada penawaran dan jaringan aktiviti pelancongan di sesebuah kawasan yang melibatkan produk-produk seperti ekopelancongan, pelancongan pesisiran pantai, pelancongan budaya, warisan dan kepulauan. Produk-produk pelancongan ini telah menjadi daya tarikan pelancong dan juga aset bagi memacu pembangunan di sesebuah koridor ekonomi wilayah, khususnya di wilayah ECER, NCER dan Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR). Walau bagaimanapun sehingga kini, secara konseptualnya tahap pencapaian dan keberkesanannya masih belum dikenal pasti. Justeru, artikel ini bertujuan mengenal pasti pencapaian dan meneliti sejauh mana keberkesanan konsep ini bagi membangunkan pelancongan wilayah secara lestari
Pergerakan pelancong dan kesannya terhadap destinasi pelancongan wilayah
Dalam konteks pelancongan wilayah, pelbagai strategi dan program pelancongan telah dilaksanakan untuk
mengimbangi kemasukan pelancong. Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan berlakunya penumpuan
pelancong ke satu-satu negeri dalam wilayah pembangunan tersebut. Kenapa ia berlaku tentunya berkaitrapat
dengan pergerakan pelancong dan kesannya. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji pergerakan pelancong dan
kesannya terhadap pembangunan pelancongan wilayah, dengan tumpuan kepada pelancongan wilayah iaitu
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Kajian ini bersifat kuantitatif, berdasarkan survei yang telah
dijalankan pada September 2014-Febuari 2015 di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kaji selidik ini
melibatkan 823 responden domestik dan 296 antarabangsa. Hasil kajian mendapati walaupun pemilihan negeri
antara pelancong domestik dan antarabangsa adalah sama, penentu pergerakan dan kesannya adalah berbeza.
Pelancong domestik mengharapkan wilayah pelancongan yang menarik sebelum mereka berkunjung, baik dan
selesa semasa mereka berada di destinasi Sementara itu, pelancong antarabangsa berharap wilayah
pelancongan yang sangat menarik sebelum mereka berkunjung, namun memberikan pandangan selesa serta
selamat pada semasa mereka berada di destinasi. Dari sudut tujuan bercuti, bersama rakan-rakan adalah menjadi
keutamaan, dan berpandangan kesannya kepada destinasi adalah tinggi. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat
perbezaan dimensi keutamaan antara pelancong domestik dan antarabangsa dalam menentukan pergerakan
mereka dan kesannya terhadap destinasi pelancongan wilayah, khususnya di ECER. Kesimpulannya dimensi
pergerakan dalam pelancongan wilayah perlu menjadi asas pertimbangan dalam membentuk acara dan ikon
pengggalakan kepada pelancong
Spatial assessment of the impact of flood to Melaka's economy
Melaka used to be a significant trading state in the 16th century. It had attracted traders from various continents to be its trading partners. Many of these traders had left their footprint enormously. Over the years, these tangible and intangible historical assets have been an attraction to tourism sector which contributes significantly to Malaysian GDP. However, due to the impact of climate change and rapid urban development in Melaka, the flood has posed a risk to Melaka's economy especially in the tourism sector. To protect its interest, Melaka has taken proactive measures in mitigating flood incidences. Thus, this study intends to examine the impact of the flood on Melaka's economy from 2012 to 2016 using spatial assessments. This study employs a quantitative approach by using secondary data obtained from the Department of Statistics Malaysia and the Department of Irrigation and Drainage. Moran's I, Local Indicator and Spatial Association and Bivariate Moran's I were used to analyze the data spatially. Findings show the mitigation measures taken have relieved the risk posed by floods towards economic activities in Melaka as a whole