research

Tanah tinggi sebagai destinasi utama pelancongan wilayah: Potensi dan cabaran

Abstract

Menerusi pelan pembangunan pelancongan wilayah di Malaysia, pelbagai produk pelancongan telah dikenalpasti antaranya pelancongan tanah tinggi. Keunikan, keindahan alam sekitar, khazanah tinggalan sejarah, iklim yang sejuk dan habitat flora serta fauna menjadi punca utama kawasan ini berpotensi sebagai destinasi pelancongan utama pada masa kini. Di samping itu, tanah tinggi turut berfungsi sebagai kawasan pertanian, petempatan dan tadahan air. Namun, pembangunan yang pesat dan tidak terkawal menyebabkan berlakunya perubahan fizikal dan menimbulkan pelbagai masalah seperti pencemaran alam sekitar, tanah runtuh, banjir, pemendapan sungai, pencerobohan tanah haram dan sosiobudaya. Permasalahan ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak kerajaan dan masyarakat dalam usaha membangunkan pelancongan tanah tinggi sebagai salah sebuah aset pelancongan negara. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk mengkaji potensi dan cabaran tanah tinggi Cameron Highlands dalam pelbagai aspek, termasuk model bagi perancangan dan pembangunan pelancongan tanah tinggi wilayah. Pendekatan kajian adalah berdasarkan analisis dokumen kerajaan seperti Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002 dan Rancangan Tempatan Cameron Highlands 1998- 2010. Hasil kajian mendapati Cameron Highlands berpotensi sebagai salah satu destinasi utama pelancongan tanah tinggi. Kajian ini mencadangkan kerjasama pelbagai pihak dilaksanakan bagi menjamin kelestarian pelancongan wilayah terutama di Tanah Tinggi Cameron Highlands

    Similar works