6 research outputs found

    Persepsi terhadap kecurangan: Satu kajian perbandingan di antara pelajar lelaki dan perempuan

    Get PDF
    Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan persepsi terhadap kecurangan mengikut jantina iaitu dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.Kecurangan yang dikaji adalah berfokus kepada dua aspek iaitu kecurangan fizikal dan emosi.Aspek lain yang diteroka dalam kajian ini adalah persepsi individu terhadap faktor berlakunya kecurangan dalam hubungan, persepsi terhadap perasaan individu apabila berlaku kecurangan serta persepsi terhadap daya tindak yang dilakukan oleh individu jika berlaku kecurangan dalam hubungan.Seramai 191 orang (63 lelaki dan 128 perempuan) yang terdiri daripada pelajar prasiswazah di salah sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia telah dijadikan sebagai responden kajian.Satu set soal selidik yang dibangunkan oleh Gallagher (2010) telah digunakan dalam kajian ini.Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi terhadap faktor berlakunya kecurangan dalam hubungan di antara pelajar lelaki dan perempuan.Namun demikian, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan dari aspek persepsi terhadap kecurangan fizikal dan emosi, perasaan yang dialami jika berlaku kecurangan dan daya tindak yang dilakukan jika berlaku kecurangan di antara pelajar lelaki dan perempuan.Implikasi penemuan dibincangkan dan hala tuju untuk kajian akan datang dinyatakan

    Percaya terhadap pasangan dalam hubungan perkahwinan : pembentukan konsep dan pembinaan instrumen

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji bagaimana seseorang individu memberi makna kepada definisi percaya serta faktor percaya terhadap pasangan dalam hubungan perkahwinan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk membina instrumen Skala Kepercayaan Pasangan dan menguji serta menilai psikometrik instrumen yang telah dibina. Kajian ini menggunakan reka bentuk mixed method jenis Exploratory Design iaitu memulakan kajian dengan pendekatan kualitatif yang menggunakan metodologi Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) pada fasa pertama dan diikuti oleh pendekatan kuantitatif pada fasa kedua. Proses pembinaan instrumen berlaku selepas fasa satu dan sebelum fasa dua. Pada fasa kualitatif, seramai 16 orang telah diambil sebagai subjek kajian dan pengumpulan data adalah melalui temubual secara mendalam. Pada fasa kuantitatif pula, seramai 370 orang subjek kajian terlibat dengan cara menjawab soal selidik yang telah dibina. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah persampelan bertujuan iaitu subjek kajian mestilah mereka yang telah berkahwin dan tempoh perkahwinan adalah kurang daripada 10 tahun. Hasil kajian kualitatif menunjukkan terdapat lima tema utama bagi definisi percaya terhadap pasangan iaitu 1) Kebebasan, 2) Keyakinan, 3) Harapan dan Kebergantungan, 4) Komunilasi, dan 5) Ikatan Sosial. Bagi faktor percaya terhadap pasangan pula berjaya menghasilkan tujuh tema termasuk sub-tema iaitu 1) Semulajadi, 2) Keterbukaan, 3) Rutin Pasangan, 4) Komitmen Dalam Perhubungan, 5) Hubungan Sosial, 6) Peredaran Masa, dan 7) Personaliti Pasangan. Proses pembinaan instrumen dilakukan selepas fasa satu iaitu item instrumen dihasilkan dengan menggunakan dapatan daripada data kualitatif. Hasil kajian kuantitatif pula menunjukkan penilaian psikometrik menggunakan analisis faktor telah menghasilkan instrumen dengan jumlah item sebanyak 34 dengan enam sub-skala. Selain itu, ujian penilaian juga menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi. Diharapkan kajian akan datang boleh menjalankan kajian berkaitan isu percaya terhadap pasangan dengan lebih meluas dan dapat menggunakan instrumen yang telah dibina dalam kajian ini dalam kajian mereka. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan dan implikasi dalam bidang psikologi sosial, individu, pasangan berkahwin, serta institusi yang berkaitan dengannya

    Strategi daya tindak remaja sekolah dan hubungannya dengan kemurungan

    Get PDF
    The purpose of this paper is to explore the types of coping strategies to overcome daily obstacles and depression which are practicing by secondary school students in Sabah. Specifically, this survey study is conducted to 1) compare the types of coping strategies and depression based on the gender and the educational level of students, 2) the relationship between the types of coping strategies and depression levels. A total of 2746 students ranging from 13 to 19 years old from 18 secondary schools in Sabah had been chosen as respondents. The Adolescent Coping Scale (ACS) (1993) is used to measure the coping strategies of students and the Beck Depression Index-II (BDI-II) (1996) is to measure the students’ level of depression. Data collected were analyzed using descriptive statistics (frequencies, percentage, mean and standard deviation) while the independent sample t-test and Pearson correlation were used to test the inferential statistics. The result indicated that there were differences in types of coping strategies between gender and educational level (i.e. lower secondary and upper secondary). Result also showed that there was a significant relationship between coping strategies with the students’ level of depression. Hence, several implications and suggestions are highlighted in this paper

    Data_Sheet_1_Employee engagement during COVID-19 in Malaysia.pdf

    No full text
    This objective of this study was to examine the effects of communication, training and development, and transformational leadership on employee engagement during COVID-19 in Malaysia. Four hundred individuals were recruited, and data were analyzed using partial least square structural equation modeling (PLS-SEM). Communication, training and development, and transformational leadership were found to positively affect employee engagement. In the midst of the COVID-19 outbreak, this study investigated the aforementioned factors as part of the reciprocal process between the employee and the employer and their effects on employee engagement, thereby making original theoretical contributions. This study also provides vital insights for businesses to consider when designing effective employee engagement plans for future well-being in the workplace.</p

    Percaya terhadap pasangan: Definisi menurut pendekatan interpretative phenomenological analysis (IPA)

    Get PDF
    Konsep percaya merupakan satu istilah yang merujuk kepada perspektif sosio-budaya yang dikaitkan dengan satu konsep perhubungan yang membekalkan keselamatan, harmoni, dan kebajikan terhadap individu, pasangan, ahli keluarga dan komuniti secara keseluruhannya.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti definisi percaya terhadap pasangan yang mana ianya berfokus kepada perhubungan dalam perkahwinan. Kajian ini melibatkan seramai 17 orang subjek lelaki dan perempuan yang telah berkahwin bagi tempoh kurang daripada 10 tahun. Rekabentuk kajian ini adalah menggunakan metod Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) yang membolehkan penyelidik untuk mengkaji pengalaman sebenar subjek kajian berkaitan isu yang dikaji. Penyelidik telah menjalankan sesi temubual secara mendalam kepada semua subjek kajian bagi mendapatkan data. Analisis data dijalankan mengikut metod IPA daripada Smith, Flowers, & Larkin (2010). Keputusan kajian telah menghasilkan lima (5) tema berkaitan dengan definisi percaya terhadap pasangan dalam perhubungan iaitu 1) Kebebasan, 2) Keyakinan, 3) Harapan 4) Komunikasi dan 5) Ikatan Sosial. Limitasi kajian serta cadangan untuk kajian akan datang turut dinyatakan

    Persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan pasangan mengikut jantina

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan (kecurangan fizikal dan emosi) pasangan mengikut jantina. Seramai 695 orang yang terdiri daripada pekerja dan pelajar prasiswazah di salah sebuah universiti awam di Malaysia telah dijadikan responden kajian. Responden dikehendaki melengkapkan satu set soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor pencetus kecurangan. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat enam tema utama yang menjadi persepsi faktor pencetus kecurangan terhadap pasangan bagi lelaki dan tujuh tema utama bagi perempuan. Faktor komunikasi dipersepsikan sebagai faktor utama pencetus kecurangan. Terdapat tiga sub tema dalam faktor komunikasi iaitu ketiadaan persefahaman bagi kedua-dua jantina dan tambahan sub tema salah faham dan sentiasa bergaduh antara pasangan bagi perempuan. Data telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan indigenous psychology melalui pengkategorian, pengkodan terbuka dan pengkodan paksi. Implikasi penemuan dibincangkan dan hala tuju untuk kajian akan datang dinyatakan
    corecore