25 research outputs found
Tingkah laku pengundi Melayu terhadap UMNO di negeri Kedah: Satu tinjauan awal
Tingkah laku pengundi merupakan konsep penting untuk dibincangkan melalui penglibatan rakyat dalam sistem
demokrasi pilihan raya. Tujuan kajian ini adalah untuk menyumbang pemahaman tentang tingkah laku pengundi
dalam pilihan raya. Kajian ini mengulas pendekatan tingkah laku pengundian dan sejarah pilihan raya umum serta
kajian lepas berkaitan dengan politik dan pilihan raya. Kajian ini menggunakan sumber sekunder yang terdiri
daripada kajian yang telah dijalankan di tempat lain oleh penyelidik-penyelidik tentang isu yang sama, serta data
PRU yang lepas. Analisis perbincangan kajian turut dibincangkan sebagai asas kepada pendekatan tingkah laku
pengundi dalam konteks pilihan raya. Hasil kajian ini dapat memberi maklumat yang baru dan terkini dalam
mengenal pasti partisipasi dan persepsi pengundi terhadap sesuatu parti. Dapatan ini merupakan suatu respons
politik oleh pengundi terhadap polisi dan isu dalam proses pengundian