2 research outputs found

    A Bibliometric Study towards the Application of Herbs in an Academic Environment

    Get PDF
    Herba adalah tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan, perasa dan baunya dan ia merupakan satu khazanah alam semulajadi yang amat bernilai. Dalam perubatan melayu tradisional, herba sangat penting dalam merawat penyakit dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka sama ada semasa sihat mahupun semasa sakit. Dalam artikel ini penulis menumpukan kajian bibliometrik dalam menganalisis kajian akademik yang berkaitan herba, yang mana ia menjadi penanda aras dalam produktiviti penyelidikan. Artikel ini mempunyai beberapa objektif penting iaitu : 1) mengkaji konsep bibliometrik terhadap pengaplikasian herba yang terdapat dalam kajian akademik, 2) mengkaji jenis-jenis penerbitan kajian akademik yang mengkaji tentang herba, 3) menganalisis perkembangan disiplin-disiplin ilmu yang terlibat dalam kajian herba. Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan metode kuantitatif dan analisis untuk mengukur tahap produktiviti dengan melihat sumbangan dan peranan penghasilan karya ilmiah dalam bidang ini. Hasil kajian yang dijalankan oleh penulis mendapati kajian ini penting untuk difahami agar ia menjadi satu ukuran bagi ahli akademik dalam bidang keilmuan.ABSTRACTHerbs are plants are very valuable as a food, flavonoid, medical, nutrition food and perfume. In traditional folklore, especially within a  Malay people, herbs are very important in treating the disease and resolve problems faced by people who are unhealthy. The application of bibliometric study applied to analyze the progress of the article based on a specific discipline, which can be the benchmark of a productivity research. This article seeks to achieve some of important objectives, namely 1) to review the concept of bibliometric towards the application of herbs contained in academic/scientific papers, 2) to examine the types of publishing scientific papers which studying about herbs, 3) to analyze the growth of the disciplines of knowledge involved in the study of herbs. This study will use quantitative methods and analysis of inductive and deductive method to measure the phase of productivity by looking at the contribution and role of the scientific papers in this field. The results of a study undertaken by the authors find that there are only a few researches undertaken related about herbs mentioned in scholarly works that have not been studied extensively by researchers

    Halia (Zingiber Officinale Roscoe) menurut perspektif agama Islam dan Sains: analisa terhadap manuskrip Melayu terpilih

    Get PDF
    Kebanyakan masyarakat pada hari ini menggunakan tumbuhan herba dalam perubatan yang dikenali sebagai perubatan tradisi. Kajian ini menggariskan kepentingan tumbuhan terpilih iaitu pokok halia (Zingiber Officinale Roscoe) kerana pokok halia amat berpotensi sebagai ubat-ubatan selain digunakan sebagai perasa dan makanan. Halia dilaporkan sebagai salah satu ramuan perubatan dalam tradisi perubatan melayu seperti rawatan untuk muntah, membuang angin, penyakit dalam usus dan sebagainya. Artikel ini mempunyai beberapa objektif penting iaitu: 1) mengkaji kepentingan tumbuhan halia daripada perspektif agama, 2) menganalisis tumbuhan halia yang terdapat dalam tradisi dan manuskrip perubatan Melayu, 3) menganalisis penemuan saintifik dan kandungan fitokimia yang terdapat dalam pokok halia (Zingiber Officinale Roscoe) serta potensi perubatannya. Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis kualitatif untuk melihat produktiviti penggunaan dan manfaat pokok halia dalam masyarakat kita pada hari ini. Hasil kajian yang dijalankan oleh penulis mendapati kajian ini penting untuk difahami agar tumbuhan herba ini dapat digunakan secara komersial sama ada dalam bidang perubatan, kosmetik dan dijadikan makanan seharian
    corecore