27 research outputs found

    Informal caregiving: empowering social support programs by employers

    Get PDF
    The problems faced by people providing informal care to family members with chronic illness has not been discussed thoroughly in Malaysia. This research has therefore been carried out with the aim of exploring types of informal social support currently practiced and related issues. It is based on a qualitative analysis of the interviews of five informal caregivers responsible for chronically ill family members in Kuala Lumpur. All respondents have struggled to provide the financial and emotional support required, especially as four were unemployed. These respondents were dependent on the family breadwinner, relatives and/or agencies for their daily needs, and also for the costs of medical treatment. They were physically able to work, but had chosen to focus on giving care instead. Some of the respondents had worked previously, but resigned after the condition of their care recipient had worsened. As a consequence, the respondents were facing financial hardship. Thus this analysis proposes that employers should incoporate social support programs into work contracts to enable better working hours and more flexibility for those staff engaged in informal care. By adopting this social support program, it is hoped that informal caregivers could have more financial independance and be less reliant on government agencies and families for financial assistance

    The effect of maternal scaffolding on problem solving skills during early childhood

    Get PDF
    During early childhood years, children’s ability to solve complex and challenging problems is still limited.Therefore, they still need help and support from parents. The objective of this study was to examine the effect of maternal scaffolding on problem solving skills during early childhood. Participants (40 mother-child dyads)were randomly assigned tofour experimental groups thatapplied variousscaffolding techniques,either contingent, verbal, swing or demonstration. The data was analyzed using split-plot analysisof variance(SPANOVA). There were significant differencesin the mean scores of problem solving skills at pre-posttest[F= (2, 35) = 3.84, p≤ 0.05]. Children’s problem solving skills increased across the three testing times.Moreover, there wereno significant interaction between time (pre-posttest) and groups[(F= 6, 72) = 0.78, p> 0.05]. There were also no significant differences in the mean scores of problem solving skills among thefour groups[F(3, 36) = 0.56, p> 0.05)].Findings imply that children can internalize the learning processes during the scaffolding sessionover a longer period. Therefore, it is important for parents to give an appropriate support based on the children’s ability in helping them to increase their problem solving skills

    Pengalaman sokongan sosial intergenerasi dalam kalangan warga emas di institusi kebajikan awam

    Get PDF
    Sokongan sosial intergenerasi antara anak dewasa dan ibu bapa tua merupakan fenomena yang menjadi cabaran keluarga di Malaysia, terutamanya dengan peningkatan populasi warga emas. Tujuan artikel ini ialah untuk meninjau sokongan sosial intergenerasi yang diterima oleh warga emas di institusi kebajikan warga emas yang dibiayai oleh pihak kerajaan. Sampel daripada sepuluh orang warga emas yang dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan di salah satu daripada Rumah Seri Kenangan RSK yang memberikan perlindungan dan penjagaan asas kepada emas. Analisis tematik telah digunakan untuk mendapatkan data perbincangan. Hasil kajian menunjukkan warga emas di institusi kebajikan kurang menerima sokongan sosial intergenerasi daripada anak atau waris. Majoriti melaporkan hubungan mereka dengan anak-anak dan waris semakin renggang malah ada antaranya yang terputus hubungan setelah mereka berpindah masuk ke institusi kebajikan awam. Artikel ini mencadangkan item-item dimensi keluarga dalam skala Lubben sesuai digunakan untuk mengukur secara kuantitatif penerimaan sokongan sosial intergenerasi bagi warga emas di institusi. Pengukuran secara kuantitatif menggunakan sub skala keluarga membolehkan pengkaji membuat kajian terhadap saiz sampel yang lebih besar. Pada masa yang sama analisis inferensi dapat dilakukan dan keputusan boleh digeneralisasikan kepada semua ahli dalam populasi

    Pengetahuan tingkahlaku seksual dalam kalangan pelajar pra-universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Terengganu

    Get PDF
    Perbincangan mengenai seks dilihat menjadi satu tabu dalam masyarakat Malaysia. Namun, peningkatan kes yang membabitkan sumbang mahram dan mengandung luar nikah menyebabkan kajian-kajian mengenai pengetahuan seks dilihat perlu diperbanyakkan lagi. Oleh itu, kertas kerja ini adalah bagi membentangkan kajian berkenaan pengetahuan tingkah laku seks dalam kalangan pelajar Pra-Universiti. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti pengetahuan tentang tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar Pra-Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan temubual mendalam. Pensampelan yang digunakan kajian ini ialah pensampelan bertujuan dengan memilih lapan orang responden yang terdiri daripada empat orang pelajar lelaki dan empat orang pelajar perempuan. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan kebanyakan responden mengenai seksualiti adalah rendah, sama ada responden lelaki mahupun perempuan. Responden juga tidak diberi pengetahuan asas mengenai seks daripada ibu bapa atau keluarga tetapi mereka memperolehi pengetahuan tersebut daripada rakan-rakan dan media sosial dan terdapat juga responden yang tidak tahu kesan daripada terjebak dengan amalan seks di usia muda. Hasil kajian ini dilihat dapat membantu pihak sekolah untuk mengenal pasti keperluan dan permasalahan pelajar dalam menangani isu-isu berkaitan dengan tinglah laku seksual

    Pengetahuan mahasiswa tentang perundangan dalam keganasan rumah tangga

    Get PDF
    Keluarga merupakan institusi penting dalam masyarakat. Keluarga berperanan dalam membentuk peribadi anakanak bermula dari zaman kanak-kanak. Namun begitu, kepincangan institusi kekeluargaan dalam kalangan masyarakat semakin meruncing dan salah satu puncanya adalah disebabkan oleh keganasan rumah tangga. Keganasan rumah tangga meningkat saban tahun kerana kurangnya pendedahan masyarakat terhadap hak yang boleh di perjuangkan jika seseorang itu mengalami keganasan rumah tangga. Kajian ini mengkaji pemahaman mahasiswa tentang keganasan rumah tangga dan meneroka pengetahuan mahasiswa tentang peranan perundangan dalam keganasan rumah tangga. Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan memilih lima orang informan dalam kalangan mahasiswa Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai sumber pengetahuan tentang perundangan dalam keganasan rumah tangga, antaranya ialah melalui pembelajaran dan pembacaan. Mahasiswa juga tahu tentang peranan Akta Keganasan Rumah Tangga, kesan yang berlaku apabila terjadinya keganasan rumah tangga dan tindakan yang boleh diambil oleh mangsa keganasan rumah tangga. Sebagai masyarakat kita perlu berperanan menyebarkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan ahli masyarakat lain untuk bersama-sama menangani kes keganasan rumah tangga

    Kebajikan produktif: tahap dan hubungan kesejahteraan, tingkah laku dan pengalaman kewangan dalam kalangan peserta azam tani FAMA

    Get PDF
    The study of financial well-being has gained considerable attention from researchers from within and outside the country. However, financial well-being study among productive welfare beneficiaries was still too low. This study examined the level and relationship of financial well-being with financial behavior, financial experience and financial knowledge. The research design for this study was quantitative by using survey technique. The study aimed to determine the level of financial well-being among the Fama Azam Tani participants and their relationship to financial behavior, financial experience and financial knowledge. Financial well-being is measured using the Malaysian Financial Well-Being Scale. A total of 300 respondents were involved in this study using simple random sampling techniques. The findings showed that the level of well-being of the participants was at moderate level, the level of financial behavior was at a low level and the level of financial experience was at a high level. In addition, the study also examined the relationship between the variables. The findings showed that there was no relationship between financial behavior with financial well-being. In summary, this study showed that the financial well-being of the Fama Azam Tani participants was still worrying as the group was vulnerable to slipping back into hardcore poor groups

    Tahap tekanan emosi dan sokongan sosial dalam kalangan ibu bapa semasa pandemik COVID-19

    Get PDF
    Masyarakat terpaksa menghadapi perubahan norma kehidupan lebih-lebih lagi dari segi sosial sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pandemik bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tekanan emosi dan sokongan sosial kesan daripada perubahan norma kehidupan masyarakat semasa pandemik COVID-19 lebihlebih lagi dalam kalangan ibu bapa. Dalam kajian ini, kaedah reka bentuk kuantitatif digunakan dengan menggunakan teknik keratan lintang. Seramai 89 orang responden dalam kalangan ibu bapa mahasiswa Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjawab soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu demografi, tahap tekanan dan sokongan sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu bapa menghadapi tahap tekanan yang sederhana secara keseluruhannya. Ibu bapa juga menerima sokongan sosial dari pasangan, keluarga dan rakan-rakan. Hasil kajian turut mendapati, terdapatnya hubungan yang signifikan antara tahap tekanan emosi dan sokongan sosial. Oleh yang demikian, pengkaji menyimpulkan bahawa sokongan sosial yang tinggi dari keluarga membantu mengekalkan tahap tekanan pada tahap sederhana dalam kalangan ibu bapa semasa tempoh pandemik COVID-19

    Meneroka penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar di SMK Muadzam Jaya

    Get PDF
    Penggunaan rokok elektronik telah menjadi norma terkini di Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia mendefinisikan rokok elektronik merupakan peranti elektronik yang mengandungi nikotin manakala yang tidak mengandungi nikotin dirujuk sebagai vape. Penggunaan rokok elektronik sebagai pengganti rokok konvensional semakin berleluasa terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Justeru, perkara ini bukan perkara yang perlu diabaikan dan dibiarkan oleh pihak ibu bapa dan guru. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji faktor penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Jaya, Pahang. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual separa berstruktur. Seramai tiga orang informan yang terdiri daripada pelajar tingkatan telah ditemu bual. Data bagi kajian ini dianalisis meliputi penerokaan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak faktor yang menyebabkan penglibatan pelajar dalam penggunaan rokok elektronik. Dalam konteks ini, penglibatan pelajar dalam penggunaan rokok elektronik juga sama dengan tingkah laku merokok iaitu aktiviti negatif yang memberi kesan bukan sahaja terhadap individu, malah keluarga dan masyarakat

    Tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa tahun akhir program kerja sosial

    Get PDF
    Tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan merupakan aspek penting dalam kalangan mahasiswa tahun akhir kerja sosial yang bakal menempuh alam pekerjaan sebagai pekerja sosial profesional. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengukur tahap tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa kerja sosial tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian kerja sosial di UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey). Seramai 30 orang mahasiswa program kerja sosial tahun akhir Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Analisis kajian menunjukkan bahawa mahasiswa kerja sosial tahun akhir menunjukkan tahap tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi. Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihak pengurusan universiti khasnya pengurusan program kerja sosial untuk menambahbaik program-program yang boleh membantu meningkatkan tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa program kerja sosial di UKM

    Sokongan sosial, daya tahan dan kesejahteraan subjektif remaja di institusi perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat

    Get PDF
    Zaman remaja merupakan tempoh perkembangan yang amat kompleks dan mencabar terutama kepada remaja yang berada di dalam sistem kebajikan sesebuah negara. Kajian-kajian terdahulu sering memberi fokus kepada pengaruh negatif berbanding pengaruh positif dalam kehidupan remaja di institusi perlindungan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui tinjauan berdasarkan soal selidik yang melibatkan seramai 109 remaja di tiga (3) buah institusi perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Alat kajian yang digunakan adalah Children and Adolescent Social Support Scale (CASSS), Skala Daya Tahan dan Personal Wellbeing Index-School Children (PWI-SC). Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap sokongan sosial, daya tahan dan kesejahteraan subjektif remaja di institusi perlindungan JKM. Dapatan kajian menunjukkan tahap sokongan sosial, daya tahan dan kesejahteraan remaja di institusi perlindungan JKM adalah sederhana. Hasil kajian memberi implikasi terhadap praktis kerja sosial dan penggubal polisi dalam membangunkan program dan intervensi yang mensasarkan remaja di institusi perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Usaha-usaha untuk meningkatkan sokongan sosial, daya tahan dan kesejahteraan remaja turut disarankan melalui penambahbaikan kualiti perkhidmatan jagaan dan perlindungan serta peningkatan kompetensi dan profesionalisme pekerja sosial
    corecore