3 research outputs found

    Perkembangan Ekonomi dan Keusahawanan Menerusi Dana Zakat di Kedah

    Get PDF
    Zakat one of 'Rukun Islam'. Zakat have a fuction to close the relationships between people base on social class. In this research, researcher want to know, Zakat can help awnaf to make better life and in the same time give the positive effect to economic and entrepreneurships. To finished this research, researcher use two type of data collection. Type of data collection is qualitative and quantitative and to get the finding in this research, researcher need to combine between two type of data collection. The finding in this research is researcher want to conclude zakat is one of media to help awnaf to make a better life and grow economic and entreprenuerships

    Hubungkait peranan pihak kerajaan dan pihak industri : pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi, Kedah

    Get PDF
    Kajian ini dilaksanakan bagi menganalis hubungkait hubungan antara pihak kerajaan dengan pihak industri dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi. Kajian ini juga bagi menjawab persoalan kajian ini iaitu adakah wujud hubungan peranan antara pihak kerajaan dan pihak industri dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi. Satu set kaji selidik telah diedarkan kepada 400 penduduk tempatan yang berkerja di sekitar Pekan Kuah dan Pantai Chenang di Pulau Langkawi pada bulan Oktober 2013 dan hasil set soalan kaji selidik yang telah dijawab oleh penduduk tempatan akan dianalisis dengan mengunakan analisis SEM Amos bagi melihat hubungkait peranan pihak kerajaan dengan pihak industri.Analisis ini adalah menerusi perisian SEM Amos 19. Pelbagai soalan terdapat dalam set soalan kaji selidik dan antara soalan yang ditanya adalah maklumat peribadi penduduk tempatan dan juga berkaitan dengan peranan pihak kerajaan dan industri dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi. Hasil kajian telah mencapai objektif apabila menunjukkan wujud hubungkait peranan atara pihak kerajaan dengan pihak industri dalam membangunkan ekopelancongan di Pulau Langkawi. Kesimpulannya hubungan peranan antara pihak kerajaan dengan pihak industri adalah perkara yang menyumbang kepada pembangunan ekopelancongan yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa

    Permodenan politikal dalam sektor ekopelancongan di Pulau Langkawi, Kedah

    Get PDF
    Kajian ini dilaksanakan bagi menganalisis hubungkait peranan antara pihak kerajaan dan pihak industri serta pihak masyarakat dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi. Pulau Langkawi merupakan destinasi ekopelancongan yang mendapat perhatian pelancong dari dalam dan juga luar negara. Satu set kaji selidik telah diedarkan kepada 400 pelancong yang datang ke Pulau Langkawi pada bulan Oktober 2013. Set soalan kaji selidik yang dijawab oleh pelancong akan dianalisis mengunakan kolerasi Spearman untuk melihat hubungan peranan pihak kerajaan, pihak industri dan pihak masyarakat yang mana ianya adalah persoalan dan objektif kajian ini. Kolerasi ini dianalisis menerusi perisian SPSS 21. Pelbagai soalan terdapat dalam set soalan kaji selidik itu dan antara soalan adalah maklumat peribadi pelancong dan juga berkaitan dengan peranan pihak kerajaan, pihak industri dan pihak masyarakat dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan peranan antara ketiga-tiga pihak dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi dan kesimpulannya peranan yang dimainkan oleh setiap pihak adalah berhubungan secara langsung dalam membangunkan industri ekopelancongan dari semasa ke semasa
    corecore