31 research outputs found

    Penganggaran fungsi permintaan wang di Malaysia menggunakan pendekatan simetri dan asimetri: perbandingan indeks penjumlahan mudah dan divisia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menganggar fungsi permintaan wang yang menggunakan agregat monetari penjumlahan mudah M1 dan M2 serta agregat kewangan berwajaran divisia DM1 dan DM2. Kedua-dua kewangan divisia bagi wang sempit (narrow money) DM1 dan kewangan divisia bagi wang luas (broad money) DM2 dibina menggunakan kaedah penganggaran diskrit masa Tornquist (1936) dan Theil (1967). Indeks divisia dikatakan lebih baik daripada indeks penjumlahan mudah kerana mengambilkira perbezaan tingkat kecairan dan kos bagi setiap aset dalam agregat kewangan dengan memberikan wajaran yang berbeza mengikut tingkat kecairan. Tidak seperti kajian sebelum ini, kajian ini menganggarkan fungsi permintaan wang bersifat asimetri dengan menggunakan kaedah ‘Non-Linear Autoregressive Distributed Lag’ (NARDL). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara permintaan wang bagi kedua-dua jenis agregat kewangan dengan tingkat pendapatan, kadar bunga, serta kadar inflasi. Kajian ini turut menyokong wujudnya kesan asimetri dalam fungsi permintaan wang di Malaysia. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penting bagi pembuat dasar mengambilkira kesan asimetri dalam tingkat pendapatan bagi menentukan hubungan permintaan wang dengan penentunya di Malaysia

    Monetary and fiscal regimes policy rules in a discrete time model

    Get PDF
    This paper determines how fiscal policy rule interacts with monetary policy rule affect the conditions of equilibrium determinacy when moving from continuous to discrete time. The monetary authority follows an interest rate-targeting rule while the fiscal authority follows a debt-targeting rule. It is shown that the local determinacy of an equilibrium path is determinate under the active monetary/passive fiscal regime, while the examination of other regimes is shown to be indeterminate. These findings are in stark contrast with the case of the continuous time model, suggesting that the timing assumptions play an important role in determining local equilibrium

    Kesan pelaburan langsung asing terhadap pertumbuhan ekonomi: perbandingan antara negara berpendapatan tinggi dengan sederhana menggunakan pendekatan kointegrasi asimetri

    Get PDF
    Walaupun peranan pelaburan langsung asing (FDI) terhadap pertumbuhan ekonomi telah banyak dibahaskan, namun begitu penyelidikan perbandingan antara negara berpendapatan tinggi dengan sederhana berdasarkan pendekatan kointegrasi asimetri adalah terhad. Oleh itu, kertas ini mengkaji kesan pelaburan langsung asing terhadap pertumbuhan ekonomi dengan membandingkan antara negara berpendapatan tinggi dengan sederhana menggunakan data siri masa dari tahun 1970 sehingga 2014. Kertas kerja ini menggunakan prosedur Johansen (1988) untuk kointegrasi simetri, manakala ujian kointegrasi ambang yang dicadangkan oleh Enders dan Siklos (2001) digunakan untuk kointegrasi asimetri. Hasil kajian mendapati keputusan asimetri menunjukkan negara-negara maju seperti Jepun dan Korea mempunyai pekali penyelarasan jangka panjang yang bersifat asimetri dan sisihan negatif bertindak lebih cepat apabila terdapat sisihan jangka panjang. Berbeza pula dapatan dengan negara sedang membangun seperti Malaysia dan Indonesia di mana pelarasan keseimbangan jangka panjang adalah bersifat simetri. Hal ini menunjukkan bahawa pekali pelarasan adalah sama tidak kira jika kesilapan keseimbangan positif atau negatif. Secara keseluruhan, keputusan kajian menunjukkan semua negara mempunyai hubungan jangka panjang antara FDI dan pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, keputusan ini penting bagi penggubal dasar untuk memahami hubungan antara pelaburan langsung asing dengan pertumbuhan ekonomi, terutamanya berkaitan dengan kesan asimetri. Pembuat dasar perlu mengambil perhatian dengan sebarang kejutan yang akan berlaku kepada ekonomi

    Krisis subprima dan kemeruapan harga saham mengikut sektor ekonomi di Bursa Malaysia

    Get PDF
    Kertas ini bertujuan untuk mengkaji kemeruapan harga saham mengikut sektor ekonomi di Bursa Malaysia di samping mengenal pasti saham di sektor ekonomi yang meruap secara berkelangsungan. Kaedah ekonometrik siri masa iaitu model ARCH dan GARCH telah digunakan untuk menentukan tahap kemeruapan harga saham dalam tiga tempoh iaitu sebelum, semasa dan selepas krisis subprima. Harga saham dalam sektor kewangan menunjukkan kemeruapan yang berkelangsungan bagi tempoh sebelum dan semasa krisis. Manakala, harga saham di sektor pengeluaran industri merupakan sektor yang paling stabil dalam tempoh semasa krisis. Dapatan model EGARCH pula menunjukkan bahawa hanya harga saham di sektor pembinaan yang meruap secara berpanjangan semasa krisis. Implikasi dasar daripada kajian ini menjelaskan pelabur berpotensi seharusnya memilih saham di sektor pengeluaran industri sebagai portfolio pelaburan mereka kerana mempunyai kemeruapan yang secara relatifnya lebih stabil berbanding dengan sektor yang lain. Strategi pelaburan yang mempelbagaikan portfolio pelaburan dapat mengurangkan elemen risiko dan menjana pulangan

    Halaju wang di Malaysia: bukti empirik

    Get PDF
    Purpose - This paper aims to examine the volatility of money velocity and also estimate the velocity of money function in Malaysia by using quarterly time series data. Design/Methodology/Approach - This study employed recent econometric techniques such as volatility model in ARCH and GARCH frameworks, Johansen co integration test, and Vector Error Correction Model (VECM). Findings - The results showed that the velocity of money for M1 (V1) and M2 (V2) are volatile and persistence rather than M3 (V3). The Johansen co-integration test result indicated that the existence of long-run relationships between velocity of money V1, V2 and V3 on the dependent variables, such as bond interest rate,deposit rate, and income. Furthermore, the VECM result showed that the changes in dependent variables such as bond interest rate, deposit rate, and income do significantly influence the changes in velocity of money for V2 and V3 in the long run. Conversely, in the short run, a change in the national income has only significantly caused changes in the velocity of money V2 and V3, while the interest rate is significant in causing the velocity of money V3. Originality/Value - This paper explores extensively the modern econometric techniques in investigating the issue of volatility and velocity of money in Malaysia. Paper type - Research paper

    Penentu aliran pelaburan portfolio asing di Malaysia: suatu kajian panel ARDL

    Get PDF
    Pelaburan portfolio asing memainkan peranan penting sebagai pembekal dana kepada pembangunan ekonomi di sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pergerakan modal tersebut dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang boleh dikategorikan sebagai faktor penarik dan faktor penolak. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara empirikal faktor penentu pelaburan portfolio asing (FPI) di Malaysia. Model penentu pelaburan portfolio adalah berdasarkan kepada pendekatan imbangan portfolio and teori pariti kadar bunga yang dilindungi (covered interest rates parity - CIRP). Antara faktor-faktor yang telah dianggar dalam model penentu pelaburan portfolio adalah kadar bunga asing dan domestik, kadar tukaran asing benar, pendapatan negara asing, pendapatan domestik, dan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI). Jangkamasa kajian bermula dari suku pertama tahun 1991 sehingga suku keempat tahun 2012, yang merangkumi pergerakan modal antarabangsa daripada sembilan buah negara pelabur utama. Model penentu pelaburan portfolio asing telah dianggar dengan menggunakan kaedah data panel Pooled Mean Group (PMG) dan Mean Group (MG) yang dicadangkan oleh Pesaran et al. (1999). Hasil kajian mendapati kadar tukaran asing benar, kadar bunga asing dan KLCI sangat mempengaruhi aliran pelaburan portfolio bersih di Malaysia. Oleh itu, dalam usaha untuk menarik FPI di Malaysia, kestabilan dalam kadar bunga domestik, kadar pertukaran asing dan pasaran saham perlulah diberikan perhatian oleh pihak berkuasa untuk meningkatkan daya saing negara dalam menarik pelaburan portfolio antarabangsa

    The velocity of money in Malaysia : empirical evidence

    Get PDF
    This paper aims to examine the volatility of money velocity and also to estimate the velocity of money function in Malaysia by using the quarterly time series data. This study employed the recent econometric techniques such as volatility model in ARCH and GARCH framework, Johansen co integration test and Vector Error Correction Model (VECM). The results show that the velocity of money for M1 (V1) and M2 (V2) are volatile and persistence rather than M3 (V3). The Johansen co integration test result indicates that the existence of long run relationship between velocity of money V1, V2 and V3 on the dependent variables, such as bond interest rate, deposit rate and income. Furthermore, the VECM result showed that the changes in dependent variables such as bond interest rate, deposit rate and income are significantly to influence the changes in velocity of money for V2 and V3 in the long run. Conversely, in the short run, a change in the national income has only significantly to cause the changes in the velocity of money V2 and V3, while the interest rate has significant effect to cause the velocity of money V3.Velocity of money, volatility, time series techniques

    Public Debt and Budget Deficit Threshold Levels on New Fiscal Sustainability Indicator

    Get PDF
    Fiscal sustainability can be determined and assessed using financial technology (FinTech). Consequently, a new indicator of fiscal sustainability can be constructed. This study also estimates threshold levels of public debt and budget deficit by considering institutions for 88 developing and 35 developed countries in 2014 and 2017. The principal component analysis (PCA) and the cross-section threshold regression are employed. The main findings revealed that the threshold levels of public debt-to-GDP ratio for developed and developing countries in 2014 were 100.37% and 63.04%, while that in 2017 were 90.09% and 84.28%, respectively. Moreover, the threshold levels of budget deficit-to-GDP ratio for developed and developing countries in 2014 were -3.04% and -1.24%, while those in 2017 were -0.97% and -5.75%, respectively. Therefore, policymakers should emphasize a certain public debt and budget deficit level to warrant a fiscally sustainable level.JEL Classification: C13, E62, H60 How to Cite:Cahyadin, M., Sarmidi, T., Khalid, N. & Law, S. H. (2023). Public Debt and Budget Deficit Threshold Levels on New Fiscal Sustainability Indicator. Signifikan: Jurnal Ilmu Ekonomi, 12(1), 97-116. https://doi.org/10.15408/sjie.v12i1.31005

    Halaju wang di Malaysia : bukti empirik

    Get PDF
    This paper aims to examine the volatility of money velocity and also to estimate the velocity of money function in Malaysia by using the quarterly time series data. This study employed the recent econometric techniques such as volatility model in ARCH and GARCH framework, Johansen co integration test and Vector Error Correction Model (VECM). The results show that the velocity of money for M1 (V1) and M2 (V2) are volatile and persistence rather than M3 (V3). The Johansen co integration test result indicates that the existence of long run relationship between velocity of money V1, V2 and V3 on the dependent variables, such as bond interest rate, deposit rate and income. Furthermore, the VECM result showed that the changes in dependent variables such as bond interest rate, deposit rate and income are significantly to influence the changes in velocity of money for V2 and V3 in the long run. Conversely, in the short run, a change in the national income has only significantly to cause the changes in the velocity of money V2 and V3, while the interest rate has significant effect to cause the velocity of money V3

    Halaju Wang di Malaysia: Bukti Empirik

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menguji kemeruapan (volatility) halaju wang disamping menganggar fungsi halaju wang di Malaysia dengan menggunakan kaedah ekonometrik siri masa iaitu model ARCH dan GARCH, ujian kointegrasi Johansen dan ujian model vektor pembetulan ralat (VECM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa halaju wang M1 (V1) dan halaju wang M2 (V2) mempunyai kemeruapan yang berkelangsungan (persistence) berbanding dengan kemeruapan halaju wang M3 (V3). Keputusan ujian kointegrasi Johansen pula menunjukkan kewujudan hubungan jangka panjang antara halaju wang V1, V2 dan V3 dengan pemboleh ubah bebas yang terdiri daripada kadar bunga bon, kadar bunga deposit dan pendapatan negara. Selain itu, ujian VECM menunjukkan bahawa perubahan pemboleh ubah bebas iaitu kadar bunga bon, kadar bunga deposit dan pendapatan negara signifi kan menjadi penyebab kepada perubahan halaju wang V2 dan V3 dalam jangka panjang. Sebaliknya, dalam jangka pendek didapati perubahan pendapatan negara hanya signifi kan menjadi penyebab kepada perubahan halaju wang V2 dan V3 sahaja. Pengaruh kadar bunga hanya signifi kan menjadi penyebab jangka pendek kepada halaju wang V3 sahaja. Kajian ini memberikan beberapa implikasi penting kepada dasar kewangan negara.
    corecore