16 research outputs found

    Kiasan dalam novel "Cinta Sang Ratu" dari sudut pragmatik

    Get PDF
    Ungkapan kiasan adalah ungkapan yang mengiaskan sesuatu pekara dengan pekara yang lain dan mempunyai makna tersendiri. Dalam karya kreatif, kiasan digunakan untuk menyampaikan mesej. Justeru objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kiasan yang terdapat dalam novel dan menganalisis makna kiasan menggunakan Teori Relevans. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat 3 jenis kiasan yang digunakan dalam novel Cinta Sang Ratu iaitu kiasan jenis simile, metafora dan personifikasi. Setiap jenis kiasan ini mempunyai definisi dan cirinya yang tersendiri serta mempunyai makna yang berbeza daripada makna literal ungkapan kiasan itu. Penggunaan ungkapan kiasan dalam novel berfungsi untuk menyampaikan makna dengan lebih berkesan kepada pembaca. Oleh itu kiasan ini perlu dihuraikan maknanya berdasarkan konteks

    Eksploitasi maksim Grice lambang kehalusan berbahasa masyarakat Melayu: analisis dalam filem Dayang Senandong (1965)

    Get PDF
    Eksploitasi adalah istilah yang digunakan oleh Grice (1975) untuk merujuk pelanggaran maksim perbualan yang dilakukan penutur. Dalam Prinsip Kerjasama yang diasaskan oleh Grice (1975), terdapat empat maksim yang perlu dipatuhi oleh penutur bagi membantu menghasilkan komunikasi yang jelas selain mengurangkan salah faham. Namun, maksim ini sering dieksploitasi oleh penutur untuk menghasilkan implikatur. Eksploitasi maksim sering terjadi dalam komunikasi masyarakat Melayu sebagai satu lambang kehalusan berbahasa masyarakat Melayu. Fokus utama kajian ini adalah menganalisis ujaran yang terhasil daripada eksploitasi maksim Grice dalam komunikasi masyarakat Melayu dengan menggunakan filem sebagai sumber data. Bagi tujuan ini, analisis dilakukan pada dialog filem Melayu bertajuk Dayang Senandong yang diterbitkan pada tahun 1965. Filem ini dipilih kerana ia merupakan filem yang mempunyai satu gambaran dan panduan yang kukuh terhadap budaya dan bahasa masyarakat Melayu zaman dahulu. Prinsip Kerjasama Grice (1975) dan Teori Relevans (1986) telah diterapkan dalam penganalisisan data yang terpilih. Berdasarkan data yang terkumpul terdapat 16 ujaran yang mengeksploitasi maksim Grice iaitu maksim kualiti, kuantiti, dan cara. Manakala, maksim hubungan tidak dieksploitasi dalam dialog filem tersebut. Eksploitasi maksim dalam komunikasi masyarakat Melayu melalui filem ini jelas membuktikan nilai kehalusan berbahasa masyarakat Melayu dengan penggunaan implikatur yang memerlukan pemahaman makna yang mendalam bagi menyampaikan sesuatu mesej dengan tepat

    European polygenic risk score for prediction of breast cancer shows similar performance in Asian women

    Get PDF
    Abstract: Polygenic risk scores (PRS) have been shown to predict breast cancer risk in European women, but their utility in Asian women is unclear. Here we evaluate the best performing PRSs for European-ancestry women using data from 17,262 breast cancer cases and 17,695 controls of Asian ancestry from 13 case-control studies, and 10,255 Chinese women from a prospective cohort (413 incident breast cancers). Compared to women in the middle quintile of the risk distribution, women in the highest 1% of PRS distribution have a ~2.7-fold risk and women in the lowest 1% of PRS distribution has ~0.4-fold risk of developing breast cancer. There is no evidence of heterogeneity in PRS performance in Chinese, Malay and Indian women. A PRS developed for European-ancestry women is also predictive of breast cancer risk in Asian women and can help in developing risk-stratified screening programmes in Asia

    Implikatur dalam filem patriotik

    Get PDF
    Implikatur dijelaskan sebagai penggunaan ujaran yang mengandungi makna tersirat. Implikatur terhasil apabila ujaran melanggar Prinsip Kerjasama Grice dan perlu dianalisis berdasarkan konteks untuk mendapatkan makna sebenar ujaran. Dalam kajian ini penyelidik telah menyenaraikan tiga objektif kajian iaitu mengenal pasti penggunaan implikatur dalam filem patriotik, menganalisis makna implikatur dalam filem patriotik berdasarkan Teori Relevans, dan menghuraikan tujuan penggunaan implikatur dalam dialog filem patriotik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan pustaka dan analisis teks. Sebanyak sembilan buah filem patriotik iaitu filem Sarjan Hassan (1958), Bukit Kepong (1981), Darah Satria (1983), Leftenan Adnan (2000), Embun (2002), Paloh (2003), 1957 Hati Malaya (2007), Tanda Putera (2013), dan Bravo 5 (2015) dijadikan bahan kajian. Pengkaji menyalin semula dialog dari filem yang dipilih bersumberkan cakera padat. Namun, hanya dialog yang mengandungi implikatur dijadikan data kajian. Ujaran dialog berimplikatur yang dianggap mempunyai makna tersirat, sesuai untuk dianalisis berdasarkan teori serta menepati objektif kajian dijadikan data kajian. Pemilihan petikan dialog dari filem patriotik adalah berdasarkan karya yang bermutu kerana filem yang dipilih pernah tercalon dan memenangi anugerah Festival Filem Malaysia, Festival Filem Antarabangsa dan Festival Filem Asia Pasifik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat penggunaan implikatur dalam dialog filem patriotik berdasarkan penelitian terhadap ujaran yang melanggar Maksim Kerjasama Grice dan menepati ciri implikatur itu sendiri seperti yang telah digariskan oleh ahli pragmatik sebelum ini. Hasil kajian juga mendapati bahawa penekanan konteks, kesan konteks dan usaha memproses penting bagi membantu dalam interprestasi makna implikatur. Penerapan Teori Relevans bukan sahaja dapat membantu dalam menginterprestasi makna ujaran malah dapat menunjukkan niat atau tujuan implikatur tersebut. Analisis makna implikatur ini dapat menjelaskan tujuan penggunaan implikatur dalam dialog yang terpilih. Penggunaan implikatur secara tidak langsung dapat mempamerkan nilai keintelektualan penutur dalam komunikasi

    Eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem Melayu

    Get PDF
    Eksploitasi merujuk kepada ujaran yang sengaja tidak mematuhi Maksim Prinsip Kerjasama (MPK) tetapi mematuhi Prinsip Kerjasama (PK). MPK membantu menghasilkan satu ujaran yang jelas dan dapat mengurangkan salah faham dalam komunikasi. Namun, MPK ini dieksploitasi oleh penutur untuk menghasilkan ujaran yang perlu diinterpretasi maknanya melangkaui makna harfiah. Interpretasi pada peringkat harfiah atau semantik sahaja tidak akan menunjukkan makna sebenar penutur dan berisiko menyebabkan salah faham. Analisis dilakukan terhadap dialog filem Melayu berdasarkan tiga objektif iaitu mengenal pasti eksploitasi MPK dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem, menganalisis perbualan masyarakat Melayu yang mengeksploitasi MPK menerusi filem menggunakan Teori Perbualan Grice dan Relevans dan menganalisis struktur perbualan secara langsung yang mengeksploitasi MPK dalam dialog filem Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dengan menggunakan Teori Perbualan Grice dan Teori Relevan dalam analisis data. Sebanyak 20 buah filem Melayu sekitar tahun 1950-an sehingga 1960-an dijadikan bahan kajian. Pemilihan 20 filem tersebut adalah kerana penggunaan implikatur secara meluas dalam dialog filem terpilih serta dialog terhasil daripada pemikiran, falsafah, estetika dan pegangan masyarakat Melayu. Analisis kajian mendapati bahawa eksploitasi MPK dikesan dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem terpilih. Sebanyak 981 ujaran dapat dikenal pasti sebagai eksploitasi MPK. Maksim Kualiti Prinsip Kerjasama (MKLPK) menunjukkan jumlah eksploitasi yang tertinggi iaitu sebanyak 603 ujaran. Kajian turut mendapati ujaran yang mengeksploitasi MPK ini dapat difahami dengan lebih tepat apabila pendengar menggunakan konteks andaian tentang dunia menerusi TPG dan perkaitan antara input dengan konteks seperti mana yang ditekankan dalam TR. Analisis eksploitasi MPK berdasarkan pendekatan pragmatik dilihat berwibawa menjelaskan makna sebenar implikatur yang tercetus. Selain itu juga, perbualan yang mengeksploitasi MPK dalam dialog filem Melayu juga memaparkan kepelbagaian struktur eksploitasi. Setiap struktur eksploitasi ini mempunyai ciri yang ketara dan berbeza untuk kesemua jenis MPK. Kepelbagaian struktur eksploitasi MPK ini dapat dilihat menerusi perkataan, frasa, atau ayat yang digunakan. Kajian ini membuktikan bahawa eksploitasi tidak menjejaskan proses penyampaian maklumat yang tepat dalam perbualan. Kehadiran eksploitasi MPK dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem dapat memperlihatkan lagi ciri berbahasa masyarakat Melayu yang tidak memenuhi panduan asas perbualan tetapi dapat menghubungkan konsep kerjasama iaitu memberikan sumbangan yang berkesan dalam perbualan

    Psychosocial outcome and health behaviour intent of breast cancer patients with BRCA1/2 and PALB2 pathogenic variants unselected by a priori risk.

    No full text
    There is an increasing number of cancer patients undertaking treatment-focused genetic testing despite not having a strong family history or high a priori risk of being carriers because of the decreasing cost of genetic testing and development of new therapies. There are limited studies on the psychosocial outcome of a positive result among breast cancer patients who are at low a priori risk, particularly in women of Asian descent. Breast cancer patients enrolled under the Malaysian Breast Cancer Genetic Study between October 2002 and February 2018 were tested for BRCA1, BRCA2 and PALB2 genes. All 104 carriers identified were invited by a research genetic counsellor for result disclosure. Of the 104 carriers, 64% (N = 66) had low a priori risk as determined by PENN II scores. Psychosocial, risk perception and health behaviour measures survey were conducted at baseline (pre-result disclosure), and at two to six weeks after result disclosure. At baseline, younger carriers with high a priori risk had higher Cancer Worry Scale scores than those with low a priori risk but all scores were within acceptable range. Around 75% and 55% of high a priori risk carriers as well as 80% and 67% of low a priori risk carriers had problems in the "living with cancer" and "children" psychosocial domains respectively. All carriers regardless of their a priori risk demonstrated an improved risk perception that also positively influenced their intent to undergo risk management procedures. This study has shown that with sufficient counselling and support, low a priori risk carriers are able to cope psychologically, have improved perceived risk and increased intent for positive health behaviour despite having less anticipation from a family history prior to knowing their germline carrier status

    Clustering of HR + /HER2− breast cancer in an Asian cohort is driven by immune phenotypes

    No full text
    Abstract Breast cancer exhibits significant heterogeneity, manifesting in various subtypes that are critical in guiding treatment decisions. This study aimed to investigate the existence of distinct subtypes of breast cancer within the Asian population, by analysing the transcriptomic profiles of 934 breast cancer patients from a Malaysian cohort. Our findings reveal that the HR + /HER2− breast cancer samples display a distinct clustering pattern based on immune phenotypes, rather than conforming to the conventional luminal A-luminal B paradigm previously reported in breast cancers from women of European descent. This suggests that the activation of the immune system may play a more important role in Asian HR + /HER2− breast cancer than has been previously recognized. Analysis of somatic mutations by whole exome sequencing showed that counter-intuitively, the cluster of HR + /HER2− samples exhibiting higher immune scores was associated with lower tumour mutational burden, lower homologous recombination deficiency scores, and fewer copy number aberrations, implicating the involvement of non-canonical tumour immune pathways. Further investigations are warranted to determine the underlying mechanisms of these pathways, with the potential to develop innovative immunotherapeutic approaches tailored to this specific patient population
    corecore