2 research outputs found

    Komuniti remaja & permasalahan sosial: Peranan guru sebagai penolong bantu di sekolah

    Get PDF
    Remaja merujuk kepada zaman peralihan antara kanak-kanak dengan alam dewasa yang melibatkan perkembangan dan kedewasaan dari aspek fizikal/jasmani, psikologi/emosi, intelek, rohani/spiritual dan sosial. Atas sifat dan ciri yang ada inilah memudahkan pengaruh yang positif mahupun remaja menerjah masuk ke alam pemikiran dan membentuk sistem kepercayaan dan nilai tersendiri yang mungkin sukar dibetulkan. Bagi ahli psikologi, tugas utama remaja ialah pencerminan diri iaitu mengintegrasikan atau peyusunan semula diri seseorang untuk perkembangan diri. Guru sebagai Penolong Bantu di sekolah boleh menggunakan kemahiran kaunseling untuk mengenalpasti dan menguruskan permasalahan komuniti remaja di sekolah. Walaupun begitu terdapat beberapa personaliti guru yang perlu ada untuk menjadi Penolong Bantu yang baik

    Aplikasi pendekatan kaunseling pemusatan klien dalam menangani masalah emosi remaja di sekolah: Satu kajian kes

    Get PDF
    Rogers menegaskan bahawa manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari alternatif, boleh memahami diri sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan dan menghasilkan sesuatu, (Corey, 2000). Apabila kunselor dapat benar-benar menghubungi dan menyelami secara mendalam kehidupan klien yang sebenar, mengambil berat, memberi perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami klien maka besar kemungkinan klien akan mengalami perubahan yang ketara. Di dalam kertas kerja ini penulis akan menghuraikan latar belakang klien, senario masalah klien serta proses aplikasi teori Pemusatan Klien. Penganalisisan tajuk ini lenih menumpukan kepada peringkat-peringkat perkembangan sesi dan teknik-teknik yang sesuai digunakan
    corecore