research

Komuniti remaja & permasalahan sosial: Peranan guru sebagai penolong bantu di sekolah

Abstract

Remaja merujuk kepada zaman peralihan antara kanak-kanak dengan alam dewasa yang melibatkan perkembangan dan kedewasaan dari aspek fizikal/jasmani, psikologi/emosi, intelek, rohani/spiritual dan sosial. Atas sifat dan ciri yang ada inilah memudahkan pengaruh yang positif mahupun remaja menerjah masuk ke alam pemikiran dan membentuk sistem kepercayaan dan nilai tersendiri yang mungkin sukar dibetulkan. Bagi ahli psikologi, tugas utama remaja ialah pencerminan diri iaitu mengintegrasikan atau peyusunan semula diri seseorang untuk perkembangan diri. Guru sebagai Penolong Bantu di sekolah boleh menggunakan kemahiran kaunseling untuk mengenalpasti dan menguruskan permasalahan komuniti remaja di sekolah. Walaupun begitu terdapat beberapa personaliti guru yang perlu ada untuk menjadi Penolong Bantu yang baik

    Similar works