6 research outputs found

    Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan Satu

    Get PDF
    Tujuan - Membina satu instrumen untuk menilai murid membolehkan murid Tingkatan Dua membuat penilaian kendiri ke atas pembelajaran geometri dan menentukan kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen berkenaan. Metodologi - Pembinaan instrumen adalah berpandukan Model Penilaian Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini melibatkan tiga fasa iaitu, kajian literatur, pembinaan instrumen kajian dan analisis kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Instrumen yang dibina adalah berbentuk rubrik dua lapis. Jadual Spesifikasi Instrumen digunakan dalam proses pembinaan item-item penilaian. Kemudian kesahan item disemak oleh panel pakar berkenaan. Data kuantitatif yang dikumpul dari kajian rintis dan kajian sebanar dianalisis dengan menentukan nilai pekali Cronbach Alpha. Pembinaan item merujuk kepada takrifan konstruk berasaskan kajian literatur. Kajian literatur menunjukkan terdapat lima konstruk iaitu, pengetahuan sedia ada murid, kefahaman murid dalam geometri, gaya pembelajaran murid, sikap pembelajaran murid serta pendekatan pengajaran guru. Sebanyak 79 item telah dibangunkan dalam instrumen ini. Kesemua lima panel pakar dalam bidang Pendidikan Matematik bersetuju bahawa instrumen yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang boleh diterima. Untuk menentukan pekali kebolehpercayaan instrumen, kajian ini telah dilaksanakan di tiga buah sekolah menengah dalam daerah Kuala Kangsar, Perak. Seramai 400 orang murid Tingkatan Dua dipilih sebagai sampel kajian. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS versi 20) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada hasil kajian. Dapatan - Kajian rintis dan kajian sebenar telah dijalankan dalam kajian ini. Tujuannya adalah untuk melihat kestabilan nilai Cronbach Alpha yang diperoleh melalui kajian rintis dan kajian sebenar. Bagi menentukan sama ada item yang dibina diterima atau disingkirkan, penyelidik membuat perbandingan nilai Cronbach Alpha jika item disingkirkan (Alpha If Item Deleted) bagi setiap item dengan nilai Cronbach Alpha bagi konstruk yang terlibat dalam instrumen tersebut. Selain itu, nilai Cronbach Alpha yang diperoleh daripada kedua-dua kajian diinterpretasi berdasarkan Jadual Nilai Kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi kelima-lima konstruk dalam kajian rintis berada antara 0.722 dan 0.945. Manakala, kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi kelimalima konstruk dalam kajian sebenar berada antara 0.813 dan 0.940. Tambahan pula, nilai keseluruhan Cronbach Alpha instrumen penilaian bagi kajian rintis dan kajian sebenar masing-masing menunjukkan 0.955 dan 0.946 yang berada pada tahap amat baik. Signifikan - Penghasilan instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri yang berpandukan Model KIPP dapat membantu murid mengetahui tahap penguasaannya terhadap topik-topik geometri yang dipelajari dan berusaha untuk membaiki kelemahan dalam pembelajaran mereka. Instrumen penilaian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan guru dalam membantu perancangan strategi pembelajaran dan pengajaran topik geometri yang lebih berkesan. Instrumen penilaian kendiri ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi melihat sejauh manakah hasil pembelajaran topik Geometri Tingkatan Satu telah tercapai dengan optimum bersesuaian dengan sasaran dan tujuan pembelajaran itu sendiri

    Model orientasi pembelajaran matematik berasaskan penyesuaian pelajar: pendekatan ‘structural equation model-partial least squares’

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk membina model orientasi pembelajaran matematik berasaskan penyesuaian dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Model Persamaan Berstrukutur-Kuasa Dua Terkecil Separa digunakan untuk menilai kebagusan item-item yang digunakan dari aspek kesahan serta kebolehpercayaan. Seterusnya, model orientasi pembelajaran matematik telah dihasilkan dalam kajian ini. Data diperoleh dengan mengedarkan instrumen kajian kepada 95 orang pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) major pendidikan Matematik di IPGM. Item kajian diterjemah dan diadaptasi daripada ‘Student Adaptation to College Questionnaire’ (SACQ) dan Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM). Penilaian kesahan dilakukan berdasarkan kepada kesahan konstruk dan kesahan menumpu item-item pengukuran. Seterusnya, kebolehpercayaan gubahan dinilai melalui ketekalan dalaman berdasarkan nilai alpha cronbach dan kesahan pembeza. Keputusan statistik menunjukkan bahawa nilai varians bagi orientasi pembelajaran matematik dipengaruhi oleh penyesuaian pelajar. Justeru, bagi memperbaiki orientasi pembelajaran matematik, dapatan kajian dan model yang dibina boleh digunakan oleh pihak IPGM, BPG, pensyarah dan seterusnya para pelajar sebagai rujukan

    MOTHER TONGUE-BASED BILINGUAL EDUCATION PRACTICE FOR TEACHING PRIMARY MATHEMATICS IN RURAL SCHOOL

    Get PDF
    In an ethnically diverse country like Malaysia, educators often argue about the best medium of instruction to be used in teaching mathematics especially in primary school. Therefore, the aim of this study was to investigate the effectiveness of teaching mathematics employing the pupils’ mother tongue as the medium of instruction in a rural primary school. Specifically, this quasi-experimental study was conducted to compare the effect of two treatments: using Bahasa Malaysia as the medium of instruction and using the pupils’ mother tongue as the medium of instruction in teaching a mathematics lesson on the topic of ‘Money up to RM1000’. The samples of this study consisted of two classes of Year 3 pupils from two rural schools in Kapit, Sarawak. Each class consisted of 16 pupils whose mother tongue was Bahasa Iban . Iban is one of the major ethnic groups in Sarawak. The class from the first school employed Bahasa Malaysia as the medium of instruction while the class from the second school employed Bahasa Iban as the medium of instruction. A pre-test and a post-test were administered to both classes before and after the study. The main finding from this study suggested a higher positive impact in learning mathematics for pupils using their own mother tongue as the medium of instruction. Thus, the incorporation of mother tongue in the primary mathematics classroom provides a better solution to aid rural pupils’ understanding and development of basic mathematical concepts. Moreover, this could be considered as a crucial platform in knowledge acquisition in a country with diverse ethnic groups

    Communicating mathematically : self regulating strategies and mathematics learning in secondary school

    No full text
    EThOS - Electronic Theses Online ServiceGBUnited Kingdo

    Utilizing Animal Characters of a Mobile Augmented Reality (AR) Reading Kit to Improve Preschoolers’ Reading Skills, Motivation, and Self-Learning: An Initial Study

    No full text
    This study developed and used a mobile Augmented Reality (AR) reading kit to help preschool students recognize alphabets and read simple words more effectively. This study was based on the quantitative approach involving an experimental methodology that used a one-group pretest-posttest design. In this study, the variables of interest to be measured were students’ reading skills, motivation, and self-learning. The learning treatment involved a series of reading sessions using the novel learning application that spanned three weeks, with each session lasting for two hours. The sample of this study comprised 60 preschool students, whose ages ranged from four to six, who were selected from three different preschools. The effectiveness of the novel-reading kit was evaluated in terms of students’ learning performance, learning motivation in reading, and self-learning. The data for the former were gathered from pre-testing and post-testing. At the same time, a survey was administered to the students to elicit their opinions and feedback on the last two factors. Furthermore, all descriptive and inferential statistical procedures have been selected to analyze the data. Specifically, a one-way analysis of variance (ANOVA) was applied to analyze the data, which demonstrated significant differences in the students’ reading skills, motivation, and self-learning before and after the learning interventions. These findings showed the students could recognize alphabets more accurately, read simple words more intelligently, become more motivated to read and be highly engaged in self-learning using the mobile AR reading kit
    corecore