34 research outputs found

    Pemuliharaan warisan budaya melalui perundangan warisan dan agensi pelaksana di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini membincangkan tentang aspek pemuliharaan warisan budaya di Malaysia menerusi perundangan warisan. Warisan budaya yang pelbagai dimiliki dan diwarisi setiap etnik dan peribumi di Malaysia. Perundangan warisan melalui Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) digunakan untuk memberikan perlindungan dalam usaha mengekalkan warisan budaya negara. Akta Warisan Kebangsaan 2005 telah menjadi tunjung utama kepada perundangan yang berkaitan dengan warisan yang sedia ada seperti Akta Benda Purba 1976 (Akta 168), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 1972) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perundangan dan agensi pelaksanan warisan dapat memberi perlindungan yang sewajarnya terhadap warisan budaya di Malaysia. Perlindungan ini amat penting agar warisan budaya dapat dikekalkan untuk tatapan generasi seterusnya dan menjadi jati diri mereka. Dari segi metodologi, kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan etnografi. Teknik pemerhatian dan temu bual digunakan untuk memperoleh data kajian. Bagi teknik temu bual, maklumat diperoleh daripada individu-individu yang terbabit dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undangundang itu. Data-data yang telah dikumpulkan disaring dan dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati perundangan warisan yang tegas mampu memberi perlindungan yang sewajarnya terhadap warisan budaya di Malaysia. Perlindungan tersebut dapat memberikan kestabilan sosial, ekonomi dan politik. Justeru itu, kajian ini dapat memberi impak kepada masyarakat mengenai kepentingan warisan budaya yang perlu diberi perlindungan dan diwarisi generasi seterusnya sebagai kekuatan jati diri masyarakat

    Kontroversi program ā€œI Want To Touch A Dogā€ dalam media kontemporari daripada perspektif Melayu

    Get PDF
    Isu menyentuh anjing dalam program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya akhir tahun 2014 menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat Melayu Islam Malaysia. Isu semasa yang disiarkan oleh media massa kontemporari itu amat mengganggu sensitiviti agama dan emosi kebanyakan orang Melayu daripada segenap lapisan. Hal ini adalah disebabkan oleh pertentangan dengan nilai dan norma budaya Melayu. Oleh itu penelitian ini dijalankan untuk melihat survival pemikiran Melayu dalam mendepani penganjuran suatu perbuatan yang amat terlarang dalam konteks rasa, pemikiran, akhlak dan budaya Melayu. Melalui perkhidmatan media massa kontemporari data utama penelitian diambil. Kandungan berita-berita sensasi mengenai isu diteliti dan diinterpretasi menurut realiti Melayu Islam. Kajian menunjukkan peranan media massa dan ahli komuniti yang terdiri daripada pelbagai lapisan seperti pemimpin Melayu walaupun berbeza fahaman politik, ulama, tokoh masyarakat dan masyarakat umumnya bersatu hati dan tindakan untuk membendung isu ini daripada terus merebak

    Impak media baharu terhadap sistem nilai masyarakat Melayu di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan sistem nilai masyarakat Melayu kini akibat perkembangan teknologi media baharu. Kajian ini menggunakan teori modenisasi untuk menjelaskan perubahan teknologi dan globalisasi yang memberi impak kepada sistem nilai Melayu. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan untuk mencari maklumat sekunder, tambahan itu kerja lapangan digunakan seperti pemerhatian ikut serta, pemerhatian dan temu bual bagi mengutip data mentah kajian yang bersesuaian. Hasil kajian mendapati sistem nilai Melayu mengalami impak teruk berbanding dengan sistem nilai Barat yang dianggap maju dan moden. Sehubungan itu, kajian ini berhasil mengangkat kepentingan sistem nilai Melayu sebagai jati diri masyarakat Melayu kini atau Melayu moden

    Motif alam flora dalam seni ukiran logam halus Kelantan

    Get PDF
    Alam cukup kuat pengaruhnya dalam kehidupan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Hubungan erat antara masyarakat Melayu dengan alam persekitaran mereka telah membentuk satu pengaruh unik khususnya penggunaan unsur alam sebagai motif dalam aspek kesenian dan kebudayaan Melayu. Keupayaan mengolah unsur alam khususnya flora sebagai motif ragam hias yang cantik dan unik turut membuktikan keupayaan daya kreativiti yang tinggi dalam kalangan tukang-tukang ukir Melayu khususnya seni ukiran logam halus. Kajian ini meneliti pemilihan motif alam flora dalam seni logam halus emas dan perak di negeri Kelantan. Kajian ini juga meneliti kepelbagaian unsur alam flora yang digunakan sebagai motif dalam seni ukiran logam ini. Selain itu, kajian ini juga turut meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan unsur alam flora yang popular dalam seni ukiran logam ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan melibatkan kaedah temu bual bersama tukang ukir logam halus di Kelantan. Hasil kajian memperlihatkan terdapat lima motif utama alam flora yang sering digunakan dalam seni ukiran logam dan sejauhmana pengaruhnya dalam masyarakat. Antara motif yang digunakan ialah motif bunga, daun, pokok, pucuk dan tampuk buah. Setiap bahagian yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan ini menjadi satu inventori khusus berkaitan motif alam flora dan falsafah penggunaan khususnya dalam seni ukiran halus emas dan perak dalam masyarakat Melayu

    The Changes of Marital Customs and Traditions in the Melanau Community in Mukah, Sarawak

    Get PDF
    The Melanau community in Sarawak is one of the ethnicity which are uniquely rich in culture. The Melanau community also has a system of social status which are based on its practiced customs and beliefs. Within customs and beliefs of the Melanau community, ā€˜bangsa pikulā€™ indicates the rank system of a family's position which can be seen through marriage. The issue of this research is how changes occur in the community's marital custom of the Melanau community. The researchā€™s objective is to identify changes in the traditional marital customs of the Melanau community. This research adopts an ethnographic approach to obtain necessary data. The research was conducted in Mukah, Sarawak over a period of 14 days. The ethnographic approach that were conducted consists of field and literature studies. Field research method such as observation, participation and interviews were conducted to obtain data. The method of observation and participation is used to ensure that the data collected are suitable for this research. The interview method uses a semi-structured interview technique by interviewing some traditional practitioners and authoritative elders within the Melanau community. In order to further support this research, a library research such as journals, books and printed reports are produced as secondary materials. The finding of this research discovered that the changes in the marital customs and traditions of the Melanau community is through the inclusion of Islam and Christianity as well as the assimilation of culture. The Melanau community still practices their traditional customs based on new beliefs and their respective ā€˜bangsa pikulā€™. The results of this research clearly showed that the Melanau community still maintains and practices traditional marriage customs even though there has been adaptation and assimilation from external influences. Therefore, the contribution of this research expects to give knowledge to the younger generation regarding the customary system of marriage of the Melanau community, and to uplift the customs, identity of the Melanau community

    Elemen-elemen sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor

    Get PDF
    Kajian ini mengenai elemen-elemen sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. Masyarakat Boyan yang menetap di sini merupakan generasi kedua selepas ibubapa mereka migrasi atas faktor mencari kehidupan baharu. Generasi kedua masyarakat Boyan telah mengalami pertembungan budaya masyarakat tempatan. Namun, masyarakat Boyan masih dapat mengekalkan sosiobudaya. Pemasalahan kajian ini mengenai bagaimana masyarakat Boyan dapat mengekalkan sosiobudaya yang mereka mewarisi. Objektif kajian ini adalah menjelaskan elemen-elemen sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan ini amat sesuai dengan reka bentuk kajian yang bersifat etnografi. Pendekatan kualitatif menggunakan dua kaedah iaitu kajian lapangan dan kajian keperpustakaan. Kajian lapangan menggunakan beberapa teknik pemerhatian, pemerhatian ikut serta dan temu bual. Kajian keperpustakan pula menyokong dengan data bersifat sekunder. Kajian lapangan dijalankan di Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Selangor. Temu bual dijalankan terhadap 5 informan dalam kalangan masyarakat Boyan secara temu bual separa struktur. Data kajian ini di saring dengan menggunakan teknik tematik untuk memperolehi data yang benar dan sesuai. Hasil dapatan kajian ini menyatakan tentang elemen-elemen sosiobudaya yang diamalkan oleh masyarakat Boyan di kawasan lapangan. Hasil kajian memperlihatkan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor masih mengekalkan sosiobudaya yang dibawa dari kampung halaman. Justeru itu, sumbangan kajian ini menerapkan keperluan masyarakat untuk mengekalkan sosiobudaya bagi etnik atau bangsa agar identiti dan budaya etnik tidak dilupakan dan dihapuskan oleh peredaran zaman moden

    Tok Dalang Hussin Yusoff tokoh pedalangan wayang kulit Kelantan

    Get PDF
    Kajian ini mengenai Tok Dalang Hussin Yusoff, seorang dalang wayang kulit yang dahulu amat bergiat aktif dan terunggul dalam dunia pewayangan kulit. Beliau mempunyai kemahiran yang tiada tolok bandingnya dalam dunia persembahan seni dan wayang kulit. Beliau juga mempunyai kemahiran membuat dan bermain semua alat muzik dalam ensembel wayang kulit Kelantan seperti gendang, gedombak, gong dan serunai dan kemahiran menghasilkan patung wayang. Objektif kajian ini ingin merungkai kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh beliau dalam bidang perdalangan wayang kulit. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian lapangan dan kajian kepustakaan. Kajian lapangan terdiri daripada pemerhatian ikut serta dan temu bual separa strukur. Kajian temu bual separa struktur dilakukan ke atas beberapa tok dalang yang masih ada dan aktif dalam perdalangan wayang kulit. Kajian ini juga menggunakan analisis tematik dan analisis kandungan untuk memperolehi data yang betul. Hasil penemuan mendapati bahawa bakat yang ada, rajin, sentiasa berusaha, sikap ingin mengetahui sesuatu dan sentiasa melakukan latihan dapat melahirkan seorang tokoh pedalangan berkemahiran tinggi dan unggul. Hasil kajian mendapati Tok Dalang Hussin Yusoff merupakan seorang dalang yang berjaya dan memiliki kemahiran tinggi dalam bidang perwayang kulit. Justeru itu, kemahiran yang dimiliki oleh Tok Dalang Hussin Yusoff boleh dijadikan sebagai tanda aras untuk melahirkan seorang dalang berkemahiran tinggi dan unggul

    Adat Perpatih di Luak Johol, Negeri Sembilan: peranan Ibu Soko

    Get PDF
    Kajian ini mengenai peranan Ibu Soko dalam adat Perpatih di Luak Johol, Negeri Sembilan. Ibu Soko adalah satu panggilan yang digunakan dalam adat Perpatih yang merujuk kepada wanita yang paling berpengetahuan dan berpengalaman tentang perjalanan adat. Ibu Soko juga adalah inidividu yang tertua dalam suku yang tahu, faham serta hafal tentang adat. Kini peranan Ibu Soko semakin pudar dan ramai yang tidak mengenalinya. Objektif kajian ini menjelaskan peranan Ibu Soko pada masa kini. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah ini menggunakan teknik kajian lapangan dan kajian keperpustakaan. Kajian lapangan menggunakan cara pemerhatian serta melakukan temu bual berfokus. Kajian keperpustakaan pula digunakan bagi menambah dan menyokong data dalam bentuk sekunder. Data yang dikumpul perlu diproses dan disaring menggunakan teknik analisis tematik dan teknik interprestasi. Hasil penemuan data didapati bahawa terdapat tiga pecahan dalam peranan Ibu Soko iaitu peranan dalam masyarakat, organisasi dan individu. Sumbangan kajian ini diharapkan dapat menambah lagi kefahaman kepada pelbagai pihak terutama generasi muda, mengekalkan identiti serta jati diri dalam memahami dan menghargai adat agar tidak dilupakan dan ditelan zaman

    Elemen Cina Peranakan dalam tarian Menora di Kelantan

    Get PDF
    Kertas kerja ini membincangkan mengenai elemen Cina dalam tarian Menora di Kelantan. Menora merupakan teater tari tradisional rakyat yang biasanya dimainkan pada pesta-pesta berkaitan dengan upacara dan perayaan Budha yang diadakan di Wat Budha. Masyarakat cina tempatan apabila berkahwin dengan orang Siam di Kelantan telah membentuk satu komuniti yang dipanggil Cina Peranakan. Mereka mengamal cara hidupan masyarakat Siam sehingga berlaku asimilasi budaya Cina dan Siam. Penghubungan yang erat telah menghasilkan penglibatan masyarakat Cina Peranakan dalam apa jua upacara dan perayaan sehingga telah berlaku penyerapan masuk elemen budaya cina ke dalamnya. Penyerapan yang berlaku banyak berlaku terutamanya pada seni tradisi tradisional iaitu tarian Menora. Kajian ini dilakukan bagi untuk menganalisis elemen-elemen Cina dalam Menora. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti elemen-elemen cina dalam tarian menora. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian etnografi iaitu kajian lapangan dalam mengutip data-data kajian. Kajian lapangan dibahagikan kepada dua iaitu kajian lapangan dengan menggunakan teknik pemerhatian dan temubual secara berfokus. Bagi kajian di perpustakan dengan merujuk pada bahan-bahan bertulis dan bercetak untuk memperolehi maklumat untuk kajian. Teknik yang digunakan seperti analisis teks, bacaaan rapi dan wacana. Kertas kerja ini menggunakan teori asimilasi sebagai garis panduan dalam usaha mencari maklumat untuk kajian ini. Hasil dapatan mendapati bahawa wujudnya pengaruh Cina peranakan dalam seni tarian Menora. Justuru itu kajian ini diharap dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada bidang kajian etnografi yang berkaitan dengan Cina Peranakan

    Kefahaman pelajar Institut Pengajian Tinggi mengenai harta pusaka dalam Adat Perpatih

    Get PDF
    Kajian ini mengenai kefahaman kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) terhadap harta pusaka di Negeri Sembilan. Harta pusaka amat berkaitan dengan adat perpatih yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Pewarisan harta pusaka dalam adat perpatih berbeza dengan pewarisan harta pusaka negeri Melayu yang lain di Malaysia. Permasalahan kajian mengenai ketidakkefahaman kalangan pelajar di peringkat IPT terhadap pewarisan harta pusaka dalam adat perpatih. Objektif kajian ini menganalisis mengenai kefahaman kalangan pelajar di peringkat IPT terhadap pewarisan harta pusaka dalam adat perpatih. Metodologi kajian menggunakan dua pendekatan berasas campuran iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam usaha memperolehi data. Kedua kaedah ini menggunakan kajian lapangan dan kajian kepustakaan. Kajian lapangan menggunakan beberapa teknik pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Kajian lapangan dijalankan di kawasan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Teknik temu bual separa struktur digunakan terhadap informan yang terpilih. Borang soal selidik telah diedarkan kepada seramai 326 responden. Kajian ini juga disokong dengan data sekunder yang diperolehi kajian kepustakaan. Data kajian diproses dan disaring menggunakan teknik analisis tematik dan analisis SPPS. Hasil dapatan mendapati di kalangan pelajar IPT masih ada yang tidak sepenuhnya memahami tentang pengamalan harta pusaka dalam Adat Perpatih. Justeru, kajian ini diharap dapat menambahkan lagi kefahaman pelajar mengenai harta pusaka dalam Adat Perpatih
    corecore