2 research outputs found

    Penambahbaikan modul pendidikan Islam dengan mengaplikasi penyerapan unsur sains kesihatan

    Get PDF
    Pendidikan Islam perlu seiring bergerak bersama arus transformasi pendidikan negara sejajar dengan peranan Pendidikan Islam yang sangat penting dalam membentuk keperibadian individu, masyarakat dan negara. Sehubungan itu, para guru Pendidikan Islam disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk belajar. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan hasil analisis bagi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif bagi meningkatkan minat belajar dalam kalangan pelajar. Keperluan terhadap penambahbaikan modul Pendidikan Islam yang sedia ada dengan mengaplikasikan Penyerapan Unsur Sains Kesihatan juga akan dibincangkan

    Keperluan pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu

    Get PDF
    Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan menyatukan ilmu sains kesihatan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini bertujuan meneroka pendapat pelajar dan guru Pendidikan Islam sekolah menengah serta pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang keperluan pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) Tingkatan Satu. Kajian kes Eksploratori ini menggunakan kaedah Persampelan Bertujuan yang melibatkan 5 orang pelajar Tingkatan 2, 3 orang guru, serta seorang pegawai Bahagian Pendidikan Islam, KPM sebagai responden kajian melalui kaedah temu bual semistruktur. Kajian mendapati bahawa semua informan menerima cadangan pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam dengan berpendapat bahawa pengintegrasian Sains Kesihatan sebagai inovasi dalam Pendidikan Islam, bersifat kesepaduan ilmu, mampu menarik minat belajar, menggalakkan berfikir aras tinggi, menghubungkaitkan ilmu Islam dengan urusan kehidupan harian, bersesuaian dengan psikologi pelajar serta sesuai dengan saranan KPM. Oleh itu, pendekatan ini diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam kerana merentas kurikulum selari dengan saranan KPM yang menyepadukan ilmu Islam dengan kehidupan harian. Implikasi kajian ini ialah guru Pendidikan Islam dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran, menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, bersesuaian dengan umur pelajar Tingkatan Satu sebagai awal remaja, dapat meningkatkan tahap minat belajar dengan mengamalkan perkara yang dipelajari dengan betul
    corecore