16 research outputs found

    Elemen multimodaliti dalam karya kartun menerusi mod linguistik dan mod visual

    Get PDF
    Dalam kartun, makna dan mesej dihasilkan sama ada melalui dua mod semiotik, iaitu lisan dan visual atau semata-mata melalui mod visual.  Interaksi antara bahasa dan imej kartun sering dianggap sebagai cara yang langsung dan mudah diproses untuk menyampaikan mesej. Kajian ini bermatlamat untuk menunjukkan bahawa makna dan mesej kartun tidak selalu mudah untuk difahami sepenuhnya, oleh sebab itu pembaca harus memerhatikan maklumat bahasa dan visual bagi setiap kartun.  Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti mod linguistik dan mod visual yang terdapat dalam kartun bagi menyampaikan makna serta mesej yang tersurat mahu pun yang  tersirat.  Untuk tujuan ini, dua teori digunapakai; teori Sistemik Fungsional Linguistik oleh Halliday (1994) bagi menganalisis mod linguistik dan pendekatan multimodal oleh Kress dan Van Leeuwen (1996, 2006) bagi menganalisis mod visual atau imej dalam kartun. Data kajian diperoleh daripada buku kartun Usik-Usik (Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan). Dapatan kajian menunjukkan bahawa teks bahasa merupakan mod linguistik yang bertindak sebagai elemen multimodal yang berkesan dan menjadi pelengkap kepada mod visual yang terdapat pada karya kartun.  Seterusnya, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa peranan mod  linguistik adalah untuk menyediakan konteks dalam karya kartun sebagai maklumat tambahan  supaya pembaca dapat memahami mesej yang hendak disampaikan dengan lebih jelas

    Tahap minat dan penerimaan murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran gamifikasi dalam subjek bahasa Melayu sekolah rendah

    Get PDF
    Bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru mestilah terkini dengan inovasi teknologi semasa bagi melahirkan murid yang berkebolehan abad ke-21. Bahan PdP berasaskan gamifikasi ialah sejenis bahan PdP abad ke-21 yang menggabungkan kandungan pembelajaran dengan mekanik permainan. Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana minat dan penerimaan murid terhadap penggunaan bahan PdP berasaskan gamifikasi dalam PdP Bahasa Melayu. Dalam kajian ini, metodologi kajian kuantitatif telah digunakan. Kajian ini melibatkan 120 orang murid tahun lima dari sebuah sekolah rendah. Persampelan rawak mudah bertujuan digunakan untuk memilih responden. Dapatan kajian mendedahkan bahawa murid sekolah rendah mempunyai tahap minat yang tinggi, iaitu dengan tafsiran min 3.96. Selain itu, tahap penerimaan murid terhadap bahan berasaskan gamifikasi juga menunjukkan tafsiran min yang tinggi, iaitu 3.92. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan PdP berasaskan gamifikasi adalah positif di sekolah rendah tersebut. Implikasi kajian ini akan membuka ruang kepada kajian mengenai reka bentuk pembelajaran Bahasa Melayu berasaskan gamifikasi yang mempunyai prospektif tinggi untuk diplikasikan dalam konteks PdP Bahasa Melayu

    Strategi pengukuran upaya berbahasa menerusi kesantunan berbahasa sebagai indikator profesionalisme guru pelatih berasaskan skala morfofonetik, sosiolinguistik dan sosiopragmatik (Linguistic politeness as an indicator of trainee teacher professionalism: a language ability measurement strategi based on morphophoetic, sociolinguistc and sociopragmatic scales)

    Get PDF
    Purpose - The aim of this study was to identify Malaysian trainee teachers’ language ability through their use of high and cultured Malay language (HCML) as a politeness feature, as measured by morphophonetic, sociolinguistic and sociopragmatic scales in a Trainee Teacher Professionalism Indicator. Methodology - Respondents were nine Malay language trainee teachers from five selected secondary schools in the state of Perak.A qualitative approach was used to gain in-depth understanding of their HCML ability. A teaching observation and facilitation checklist incorporating morphophonetic, sociolinguistic and sociopragmatic scales was developed based on Brown and Levinson’s (1987) conceptual framework. Data was collected during classroom observations of the nine trainee teachers. Recordings of these sessions totalling 540 minutes were transcribed and analysed.Findings - The study found some disregard for morphophonetic aspects of language use, especially in articulating particular words in standard Malay pronunciation. There was also evidence of inattention to sociolinguistic rules, i.e., looseness due to code mixing. These non-adherence issues should be addressed in an appropriate manner so that both the language ability and level of professionalism of trainee teachers can be enhanced. In the sociopragmatic aspect, however, all 15 linguistic politeness sub-strategies of Brown and Levinson’s Positive Politeness Strategy (1987) were found to be practiced, indicating that the teacher trainees’ language ability was positive, and fulfilled the professionalism indicator. Significance - This study contributes towards the development of a teacher professionalism indicator for trainee teachers in the researchers’ own institution and elsewhere from the perspective of HCML ability, that may be used to evaluate linguistic politeness during teaching practice, especially among Malay language trainee teachers

    Analisis keupayaan pelajar dalam pembinaan semula kurikulum Bahasa Melayu asas bagi pelajar antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Get PDF
    Kurikulum merupakan satu elemen terpenting dalam acuan pendidikan bagi sesebuah komuniti. Kurikulum menjadi prinsip dan prosedur bagi perencanaan, implementasi, evaluasi dan pengelolaan suatu rancang-bangun sesuatu program pendidikan. Namun demikian, dalam misi untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui sektor pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, penyusunan kurikulum pengajaran dan pembelajaran Asas Bahasa Melayu masih memerlukan penambahbaikan. Antara permasalahan yang dikenal pasti ialah keupayaan pelajar yang berbeza terhadap penguasaan asas bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan tokoh, pakar atau pengamal kurikulum asas Bahasa Melayu untuk pelajar asing di universiti awam dan swasta bagi membina semula Kurikulum Asas Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Model Taba dipilih kerana model ini sesuai dengan reka bentuk metod pengajaran berdasarkan autonomi guru berbanding dengan lima model kurikulum yang lain. Teknik Delphi digunakan dalam kajian bagi mendapatkan data. Teknik ini dijalankan melalui beberapa pusingan temu bual terhadap informan kajian bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap (1) keperluan pengasingan kelas mengikut keupayaan pelajar dan (2) keperluan mengadakan ujian penempatan bagi mengenal pasti tahap keupayaan pelajar dalam Kurikulum Asas Bahasa Melayu. Dapatan kajian mendapati pendapat informan tidak senada tentang keperluan pengasingan kelas berdasarkan tahap keupayaan pelajar kerana faktor kemudahan yang tidak mencukupi. Dapatan kajian juga mendapati bahawa wujud keperluan mengadakan pentaksiran awal atau ujian penempatan pelajar bagi pelajar antarabangsa. Implikasi kajian menunjukkan bahawa aspek keupayaan pelajar perlu diberi perhatian dalam membentuk kurikulum pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing

    A comprehensive review on pre-university student essay writing: Issues and recommendations

    Get PDF
    The purpose of this comprehensive review is to discuss the issues that pre-university students often face when writing essays and to propose an alternative approach to implementing the teaching of essay writing such as the use of thinking maps. The focus of this study is to look at the writing status of pre-university in Malaysia as well as the suggestions proposed by researchers through the articles highlighted. Highlights of the study found that one of the key issues that hindered pre-university students from writing essays was the failure of students to master the writing skills and the choice of teacher teaching strategies. In addition, it also indicated that both of these issues have caused students failure to perform well in essay writing. The study also suggests the use of thinking maps in the teaching and learning process of writing essays. Thinking maps are also effective in helping and enhancing students ‘achievement in essay writing. The implications of the study indicate that pre-university students are facing difficulty in producing high-quality essays and that the use of thinking maps can be used as support materials to help students write good essays

    Analisis pelaksanaan elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah Orang Asli

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diamalkan oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam pedagogi Bahasa Melayu dan mengukur elemen KBAT berdasarkan Skala Ketelusan Kognitif (Cognitive Research Trust- CoRT) di sekolah-sekolah Orang Asli (sekolah menengah) di Perak. Kajian kualitatif ini dijalankan berdasarkan: Skala Ketelusan Kognitif (Cognitive Research Trust -CoRT) oleh Edward de Bono (1973) yang melibatkan enam jenis CoRT, iaitu CoRT 1 (Breadth -Keluasan persepsi), CoRT 2 (Organisastion -Organisasi berfikir), CoRT 3 (Interaction -Interaksi), CoRT 4 (Critical Thinking and Argument -Argumen berfikiran kritis dan kreatif), CoRT 5 (Information and Feeling -Maklumat dan Perasaan), dan CoRT 6 (Action -Tindakan). Seramai enam orang guru daripada tiga buah sekolah menengah Orang Asli di Perak terlibat dalam proses pencerapan PdPc dan temu bual. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini melibatkan senarai semak PdPc, dan temu bual yang melibatkan soalan berstruktur dan tidak berstruktur. Hasil kajian mendapati bahawa Skala Ketelusan Kognitif dapat menjadi peranti efektif dalam mengukur elemen KBAT dalam pedagogi Bahasa Melayu. Guru-guru telah memilih teknik berfikir yang sesuai yang dapat diaplikasikan bagi mencungkil aspek berfikir dalam setiap perkara yang dinyatakan pada skala CoRT 1 hingga CoRT 6. Berdasarkan pengamalan CoRT dalam PdPc, kajian ini telah menentukan aras skor sebagai pengukur KBAT melalui titik hubungan antara strategi peranti dan teknik berfikir. Analisis juga menunjukkan kebanyakan guru yang terlibat menggunakan CoRT pada aras yang sederhana. Kajian ini menawarkan sumbangan mengukur KBAT menggunakan skala pengukuran yang lebih telus dan berpiawai. Penguasaan KBAT dapat diteliti dalam komunikasi guru dan diukur berlandaskan skala dan peranti berfikir yang relevan dan efektif

    Menangani kekaburan kemahiran prosedur dan terminologi awal matematik: Pendekatan leksis berdasarkan teori prosodi semantik (Addressing the ambiguity of mathematical procedural skills and terminologies: A novel lexical approach based on the prosodic semantic theory)

    Get PDF
    Tujuan- Kajian ini bertujuan mengenal pasti pedagogi guru awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan mengenal pasti sejauh manakah pendekatan leksis berdasarkan Teori Prosodi Semantik dapat menjelaskan kekaburan kemahiran prosedur dan terminologi awal Matematik.Metodologi- Kajian ini melibatkan 20 orang guru dan 60 orang kanak-kanak yang berumur 4 tahun. Sebanyak 4 lokasi kajian dipilih, iaitu di PAPN Bercham, PAPN Sg. Siput, PAPN Teluk Intan dan PAPN Besout 1. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan senarai semak pencerapan dan pemudahcaraan (PdPc). Proses pencerapan PdPc hanya melibatkan 8 orang guru yang terpilih secara rawak. Kajian ini juga mengaplikasikan korpus daripada Pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk meneliti kolokasi kata dan konteks berkaitan leksikal padanan, kumpul, mengasingkan dan banding.Dapatan- Hasil kajian mendapati bahawa PdPc, guru mengajar konsep padanan dengan menjelmakan perkataan cari yang sama, pilih yang sama, sama tak bentuk, sama dengan, dan tarik, manakala konsep kumpul dijelmakan dengan leksikal seperti mengikut yang sama, dan ambil semua. Seterusnya konsep asing dijelmakan dengan leksikal kira, cuba kira, ambil, masukkan, cari dan mana. Seterusnya, konsep membanding diajarkan dengan menyebut leksikal bezakan dan yang mana. Pendekatan leksis berasaskan Teori Prosodi Semantik dapat menunjukkan konteks awal Matematik, iaitu konsep padanan, kumpul, asing dan membanding dengan tepat dari pelbagai perspektif kolokasi.Signifikan- Kajian ini mengetengahkan pendekatan leksis yang dapat menawarkan strategi baharu dalam pengajaran awal Matematik berteraskan Teori Prosodi Semantik

    Proses pembentukan makna simpulan bahasa "kepala angin" menggunakan prinsip metafora integrase

    Get PDF
    Proses pembentukan makna simpulan bahasa berlaku dengan lebih kompleks di dalam empat domain mental manusia menggunakan strategi metafora integrasi sebagai alternatif baharu kajian metafora. Data metafora yang dipilih ialah simpulan bahasa kepala angin yang menduduki kekerapan tertinggi, iaitu sebanyak 531 data. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk menganalisis proses pembentukan makna simpulan bahasa "kepala angin" menggunakan prinsip integrasi. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif berlandaskan pendekatan korpus berkomputer. Dua korpus pangkalan data berkomputer yang dipilih ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordane Project (MCP). Data yang dipilih dianalisis menggunakan prinsip integrasi yang diubah suai daripada Teori Blending yang diperkenalkan oleh Fauconnier dan Turner (2002). Untuk mendapatkan data simpulan bahasa yang berkaitan dengan "kepala", concordans unit leksikal "kepala" dijana daripada korpus DBP dan MCP yang berjumlah 12,227 daripada lebih enam juta himpunan data. Pendekatan analisis deskriptif korpus berkomputer digunakan untuk menghurai data "kepala". Dapatan kajian membuktikan bahawa makna simpulan bahasa berlaku dengan tertib melalui empat ruang mental pemikiran Melayu, iaitu ruang input 1, ruang input 2, ruang generik dan ruang integrasi. Sesungguhnya, kajian ini menambah baik maklumat baharu dalam bidang linguistik kognitif tentang keunikan pemikiran Melayu yang asas

    Kesan Pendekatan Model Stad Terhadap Pencapaian Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Menengah Berketurunan Cina Di Malaysia

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan pelaksanaan pendekatan pembelajaran koperatif model STAD dalam usaha untuk membantu murid meningkatkan peningkatan pencapaian dalam penulisan karangan Bahasa melayu Peringkat sekolah menengah. Kaedah eksperimen kuasi digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 56 orang murid Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah kebangsaan (Cina) di Kuala Lipis, Pahang, Malaysia. Kajian kuantitatif  ini menggunakan instrumen berbentuk praujian dan pascaujian serta soal selidik bagi menganalisis dan menginterpretasi data yang diperoleh. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan terdiri daripada 29 orang murid, manakala kumpulan rawatan terdiri daripada 27 orang murid. Kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran konvensional, manakala kumpulan rawatan pula mengikuti pembelajaran secara koperatif model STAD. Untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam praujian dan pascaujian penulisan karangan murid, ujian t digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagi kedua-dua ujian dalam kumpulan kawalan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam praujian dan pascaujian bagi kumpulan rawatan. Dapatan kajian turut mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam pascaujian bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Hasil soal selidik mendapati semua sampel menyatakan bahawa pendekatan koperatif model STAD dapat memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan memberikan kesan positif kepada murid bagi meningkatkan pencapaian dalam penulisan karangan. Dapatan ini menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif model STAD dapat meningkatkan skor min karangan murid secara signifikan berbanding dengan kaedah pembelajaran tradisional. Kesimpulannya, kajian ini dapat membuktikan bahawa pendekatan koperatif model STAD adalah berupaya meningkatkan kualiti karangan murid

    Analisis gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Cina di universiti swasta dalam subjek bahasa kebangsaan A berdasarkan model Grasha-Riechmann yang diperluas

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan bagi subjek Bahasa Kebangsaan A berdasarkan gaya pembelajaran Grasha-Riechmann (1996) yang diperluas di Universiti Swasta. Kajian kuantitatif ini dijalankan berdasarkan gaya pembelajaran pelajar diperluas yang menglibatkan lapan jenis elemen gaya pembelajaran, iaitu gaya pembelajaran berdikari, penghindaran, bekerjasama, bergantung, persaingan, penyertaan, pengalaman dan pemerhatian. Seramai 242 orang pelajar berbangsa Cina yang mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan A di IPTS dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan borang soal selidik bagi memperoleh data daripada responden. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25 untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran paling dominan diamalkan oleh pelajar dalam proses pembelajaran Bahasa Kebangsaan A ialah gaya pembelajaran bekerjasama, diikuti oleh berdikari, penyertaan, bergantung, pemerhatian, pengalaman, persaingan dan yang paling terendah sekali ialah penghindaran. Hasil kajian mengikut jantina pula mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan dalam kalangan pelajar lelaki adalah gaya pembelajaran bekerjasama (M=3.753, SP=0.55564) manakala gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan dalam kalangan pelajar perempuan adalah gaya pembelajaran penyertaan (M=3.6887, SP=0.47636). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pensyarah perlu memberi penekanan terhadap gaya pembelajaran bekerjasama dalam kalangan pelajar kerana gaya ini merupakan gaya pembelajaran yang paling dominan dalam kalangan pelajar IPTS ketika mempelajari Bahasa Kebangsaan A
    corecore