118 research outputs found

    Masculinised (American) Eyes, Feminised (Malaysian) Dreams? A Psychoanalytic Study of Robert Raymer's Collection of Short Stories in Lovers and Strangers Revisited.

    Get PDF
    Pennsylvania-born Robert Raymer moved to Malaysia more than 20 years ago (1985) and since then has written several stories by using Malaysia, especially Penang, as their major setting. Married to two Malaysians - not simultaneously (his ex-wife was a Malay and his present is a Sarawakian - from East Malaysia)

    Konflik semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam filem seram kontemporari Melayu: kajian kes filem Senjakala

    Get PDF
    Filem seram kontemporari Melayu secara tidak langsung sering memaparkan konflik di antara hubungan ibu dan anak perempuan sebagai (representasi) konflik semiotik dan simbolik. Konflik ini sering terjadi dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam naratif filem seram. Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan watak wanita dalam filem seram di Malaysia, namun masih kurang yang menekankan kepada konflik alam semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan. Justeru, artikel ini akan meneliti konflik semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam filem seram kontemporari Melayu, Senjakala (2011) arahan Ahmad Idham. Dengan menggunakan teori feminis psikoanalisis terutamanya konsep Abjection yang diketengahkan oleh Julia Kristeva (1982), kaedah analisis tekstual diguna pakai untuk merungkai konflik alam semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan. Analisis mendapati filem ini cuba membawa lari tanggapan tradisional ideologi patriarki bahawa semua perkara di dalam dunia ini adalah stabil dan boleh diuruskan. Maka dengan adanya konflik semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan ini, ia memberi ruang kepada wanita untuk berkuasa dan mengganggu-gugat ideologi dominan ini. Konflik semiotik dan simbolik ini membuktikan bahawa ideologi dominan patriarki tidak sestabil seperti yang dikatakan

    Mencabar ideologi maskulin: wanita dan saka dalam filem seram di Malaysia

    Get PDF
    Masyarakat Melayu melihat saka sebagai jin yang dipelihara dari zaman nenek moyang untuk melindungi keluarga atau membantu mereka membuat kerja-kerja berat. Saka kemudian diturunkan kepada waris yang lebih muda yang ada pertalian darah dengan pemilik asal saka terbabit seperti anak dan cucu. Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan dengan watak wanita dalam filem seram di Malaysia, namun masih kurang yang menekankan kepada hubungan watak wanita dan saka. Justeru, artikel ini akan meneliti watak wanita dan saka dalam dua filem seram di Malaysia iaitu filem Suhaimi Baba Waris Jari Hantu (2007) dan filem Ahmad Idham Senjakala (2011). Dengan menggunakan teori feminis psikoanalisis terutamanya konsep Abjection yang diketengahkan oleh Julia Kristeva (1982), kaedah analisis tekstual akan diguna pakai untuk mencari makna dan ideologi yang lahir dari pembinaan hubungan antara wanita dan saka

    Exploitation and new orientalism in Sam Kadi’s the citizen

    Get PDF
    September 9 /2011 (henceforth 9/11) is a global cultural moment as it redefines the way America interprets the world and the way the world interprets the US. This is especially true in the representation of Arabs in Hollywood films as the Arabs were seen as the culprit of the momentous event. It inevitably cements the idea that the Arab as the other, this has become a fundamental structure of the American psyche. Pre 9/11, Hollywood has produced a significant amount of films covering Arab characters in a variety of Arab stereotypes, which were limited to what was known from the stories of the orientalist European and their legends about the mysterious East. We argue that while the negative stereotype continues in post 9/11 films, the ideological workings, however, are different. We have observed that Hollywood post 9/11 are keener to hire Arab actors to play Arab characters, which usually were played by Pakistani or non-Arab actors. Therefore, this paper examines the exploitation of Arab characters played by Arab actors in Hollywood films post 9/11 by focusing on The Citizen (2012) directed by Sam Kadi. Employing New Orientalism theory, this paper uses textual analysis as the method, focusing on how the Arab Characters are being exploited in this film

    Malaysian Film Industry in transformation:challenges and potential

    Get PDF
    The aim of this paper is to discuss the challenges and potentials of the Malaysian film industry from the perspective of the industry players such as filmmakers and producers. Malaysian film industry is a relatively small industry that caters to the need of a population of only about 27.5 millions. In the context of globalization, this small local market presents a challenge for the government in promoting the industry as part of a creative industry with great economic potential. With the influx of films from abroad, especially from Hollywood, the industry is struggling to the hilt to survive, as the bigger portion of the audience prefers Hollywood to local productions. For the government, one way of achieving this is to promote local films at the international level. To understand this situation from inside the industry itself, this paper, using data from in-depth interviews with 10 industry players, discusses the challenges faced by the respondents and how they perceive the potential of Malaysian films to travel globally

    Pengaruh adat resam, kepercayaan dan kebudayaan terhadap pembinaan Rumah Melayu tradisional.

    Get PDF
    Rumah Melayu amat diutamakan bukan sahaja sebagai tempat tinggal dan kegiatan kehidupan, malah menjadi lambang kesempurnaan hidup orang Melayu. Ciri-ciri rumah tradisional Melayu bukan sahaja pada bahagian-bahagian rumah tapi juga dalam upacara, bahan, nama dan kedudukan rumah itu. Rumah tradisional Melayu merupakan kediaman keluarga, tempat bermusyawarah, tempat beradat berketurunan dan tempat berlindung. Bentuk rumah tradisional Melayu ditentukan oleh bentuk atapnya. Kunci utama untuk mewujudkan rumah dengan ciri-ciri yang diingini adalah musyawarah dan bergotong-royong yang diterjemahkan dalam upacara-upacara, ukuran, bahagianbahagian dan hiasan rumah. Pelbagai upacara yang umum dilakukan sepanjang pembinaan, antaranya Beramu, Mematikan Tanah, dan Menaiki rumah. Tujuannya adalah untuk menjaga orang-orang yang terlibat dalam pembinaan rumah itu supaya memenuhi harapan, terhindar dari malapetaka dan tidak diganggu “penunggu hutan”. Peralatan yang digunakan dalam upacara ini mengandungi ciri-ciri yang mempunyai maksud dan nilai-nilai dalam kebudayaan Melayu. Tempat untuk mendirikan rumah, arah rumah itu menghadap, jenis kayu yang tidak baik untuk dijadikan bahan rumah juga digariskan menurut tradisi Melayu. Ukuran binaan juga dipercayai dapat menentukan baik buruknya sebuah rumah yang diukur menggunakan anggota tubuh si pemilik seperti tinggi dan hasta, serta ukuran berdasarkan banyaknya ‘kasau’ dan ‘gelegar’. Ukuran tinggi rumah ialah tinggi badan lelaki (suami), manakala pada ukuran besar rumah adalah ukuran tangan perempuan (isteri). Dalam rumah tradisional Melayu terdapat beberapa jenis tiang dengan nama dan fungsinya yang tertentu. Pada rumah tradisional Melayu, tangga depan, susunan anak tangga, cara mengikat tali tangga dikatakan mengandungi makna tertentu. Bendul disebut batas adat, kerana batas tetamu lelaki dibenarkan masuk apabila di rumah tersebut tidak ada lelaki. Demikianlah sekadar sepintas pandang tentang Pengaruh Adat Resam, Kepercayaan dan Kebudayaan terhadap Pembinaan Rumah tradisional Melayu

    Susuk, wanita dan abjection dalam filem seram kontemporari Melayu

    Get PDF
    Filem seram kontemporari Melayu menggunakan susuk sebagai satu elemen seram. Disebabkan populariti penggunaan susuk ini di kalangan masyarakat Melayu, pengamalan pemakaian susuk ini telah diangkat sebagai salah satu subjek dalam naratif filem-filem seram kontemporari Melayu. Susuk didefinisikan sebagai bendasing yang dimasukkan ke dalam tubuh badan sama ada dengan menggunakan mantera dan bagi pelbagai tujuan. Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan watak wanita dalam filem seram di Malaysia, namun masih kurang yang menekankan kepada hubungan watak wanita dan susuk. Justeru, artikel ini meneliti watak wanita dan susuk dalam dua filem seram kontemporari Melayu iaitu filem Susuk (2008) arahan Amir Muhammad dan Naeim Ghalili dan filem Sumpahan Kum Kum (2012) arahan Ismail Bob Hashim. Dengan menggunakan konsep abjection dari teori psikoanalisis feminisme yang diketengahkan oleh Julia Kristeva (1982), kaedah analisis tekstual diguna pakai untuk mencari makna dan ideologi yang lahir dari pembinaan hubungan antara wanita, susuk dan genre filem seram. Analisis dibahagikan kepada dua iaitu watak dan perwatakan dan teknik perfileman. Analisis mendapati kedua-dua filem ini mampu mencabar ideologi patriarki yang menetapkan semua perkara di dalam dunia ini adalah stabil dan perlu distabilkan. Maka dengan adanya susuk, ia memberi ruang kepada wanita untuk mengganggu-gugat kestabilan sistem patriaki ini. Susuk dan watak wanita dalam filem-filem seram ini membuktikan bahawa ideologi dominan patriarki tidak sestabil seperti yang dikatakan

    Kesedaran generasi muda terhadap patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia.

    Get PDF
    Tahap kesedaran generasi muda masa kini terhadap patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia dikatakan semakin kurang dan terhakis. Dalam kajian dibuat, 500 sampel telah diambil dari 8 negeri mengikut zon iaitu Utara, Timur, Tengah, Selatan dan Zon Sabah dan Sarawak. Sampel kajian adalah 44% lelaki dan 56% perempuan yang kesemuanya adalah pelajar dari IPTA dan IPTS yang memberi impak yang besar kepada keluarga dan rakan sebaya. Faktor utama yang memberi kesan ialah keselamatan, ekonomi, tahap umur dan tahap pendidikan serta persekitaran dalam memberi penilaian tahap patriotisme. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat faktor utama yang menyumbang kepada tahap perpaduan dan patriotism iaitu keselamatan, ekonomi, umur dan pendidikan. Patriotisme dan perpaduan adalah dua perkara yang amat penting yang saling kait-mengait di antara satu dengan yang lain yang membina sebuah negara yang maju, harmoni dan aman. Kajian ini telah berjaya membangunkan satu Model 3P (Patriotisme, Perpaduan, Pembangunan) untuk menilai kesedaran generasi muda terhadap patriotisme dan perpaduan nasional

    Exploring global decolonising projects and English studies in the 21st century : a thematic analysis

    Get PDF
    Decolonisation projects have proliferated with the increasing awareness of the hegemony that comes with globalisation. Decolonising English studies (both language and literature) is nothing new and often manifested at the implementation levels with the use of local literary texts and localised Englishes in the classroom. What collective voice has decolonising English studies achieved in relation to other decolonising projects, however, has not been fully scrutinised. The aim of this paper is to review past studies on some areas affected by the decolonising project and to try establishing its relationship to English studies itself. The overarching concern is expressed by these research questions: 1) What are some examples of decolonisation projects that can be found?; 2) What are the common themes of past studies on decolonisation projects?; And 3) How are these past studies contributing to the decolonisation of English studies? To achieve this, the review of literature is organised thematically to create links and synthesis. This paper adopts the definitions of decolonisation by Meera Ashar (2015) and Shahjahan et al. (2022). The thematic analysis reveals three main themes which are privileging indigenous knowledge, a re-evaluation of the curriculum, and the questioning of the epistemology of knowledge itself, with the first two themes bookending the last theme. We conclude that English studies should be coded as a tool of cultural-political literacy that is useful in helping us make sense of how inequalities are being reproduced via literary texts and the English language. This finding contributes toward an alternative understanding of the evolution in pedagogy and the innovative approaches in English studies so that its cultural imperialism is eliminated while providing a vanguard of possible retheorisation

    Establishing an effective internal control system for fraud prevention: a structured literature review / Nor Hafizah Abdul Rahman ... [et al.]

    Get PDF
    This study presents a structured literature review of an effective internal control system. The purpose of this study is to explore and review articles in the field of internal control effectiveness using the Guthrie, Ricceri and Dumay (2012)’s framework. The literature indicates that effective internal control can reasonably reduce business risks and prevent occurrence of fraud. This paper reports findings, based on articles on internal control effectiveness published from 2000 to 2018. The review process was conducted in five stages, (1) formulation of research objectives to determine the classifications, boundaries, and definition; (2) the selection of journals; (3) the examination of the title and abstract of selected articles; (4) pilot test and adapted classification and (5) the classification to establish a range of descriptive statistics in order to understand the patterns emerging from the reviewed articles. The finding provide a basis for several aspects of future research of internal control effectiveness in assessing business risks for prevention of fraud
    corecore