2 research outputs found

    Kaedah Fuzzy Delphi: Reka Bentuk Pembangunan Model Pedagogi Terbeza Berasaskan Elemen Proses Pengajaran dalam Mata Pelajaran Tilawah Al-Quran

    Full text link
    Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap keperluan elemen utama dan turutan kedudukan (ranking) keutamaan bagi setiap item dalam reka bentuk pembangunan Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen proses pengajaran bagi mata pelajaran tilawah al-Quran. Dalam kajian ini, kaedah Fuzzy Delphi digunakan dengan menggunakan tujuh skala likert. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mereka bentuk Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran tilawah al-Quran mengikut konsensus pakar. Oleh itu, pengkaji mendapatkan konsensus pakar seramai 16 orang pakar dari pelbagai bidang terutamanya bidang pedagogi dan tilawah al-Quran. Borang soal selidik kajian mengandungi 39 item yang melibatkan lima elemen utama iaitu (i) pengetahuan pedagogi kandungan, (ii) perancangan guru berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai dengan, (iii) keadilan kepada murid, (iv) pelaksanaan kaedah pengajaran dan (v) amalan guru dalam mengubah suai proses pengajaran dan pembelajaran. Data dianalisis dengan menggunakan penomboran segi tiga Fuzzy. Kedudukan (ranking) setiap item ditentukan dengan menggunakan Defuzzification Process. Dapatan kajian menunjukkan konsensus pakar terhadap semua item dalam elemen utama. Dapatan menunjukkan kesemua item diterima dan melepasi tiga syarat Fuzzy iaitu nilai threshold (d) tidak melebihi atau sama dengan 0.2, peratus kesepakatan pakar melebihi atau sama dengan 75% dan nilai Defuzzification (alpha cut) melebihi atau sama dengan 0.5. Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen proses pengajaran di harap dapat memberi idea baharu kepada sektor pendidikan khususnya guru Pendidikan Islam dalam mempelbagaikan metodologi pengajaran kepada murid yang pelbagai

    Kesan Kepercayaan dan Efikasi Kendiri ke Atas Pengajaran Pendidikan Islam Berintegrasikan KBAT di Malaysia: Satu Analisis Multilevel

    Full text link
    Kajian ini mengkaji hubungan antara kepercayaan, efikasi kendiri, dan pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Seramai 642 orang GPI dari 112 buah sekolah terlibat dalam tinjauan ini. Analisis secara multilevel dijalankan untuk meneroka bagaimana pemboleh ubah peringkat kumpulan (kepercayaan) memberi kesan ke atas pemboleh ubah peringkat individu (efikasi kendiri dan amalan pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT). Dapatan menunjukkan kepercayaan dan efikasi kendiri berhubung secara positif dan signifikan ke atas pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT. Dapatan kajian juga menunjukkan efikasi kendiri berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara kepercayaan dan pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT guru Pendidikan Islam. Implikasi dapatan kajian ini diharap dapat membantu memupuk sikap saling percaya dalam kalangan GPI dan komuniti sekolah serta membantu dalam memperbaiki amalan pengajaran mereka
    corecore