14 research outputs found

    Persembahan bangsawan di Sarawak

    Get PDF

    Kumpulan dekon: Saya dari Tanjung Penaga

    Get PDF

    Makna dan fungsi busana dalam Naskhah Melayu Syair Agung

    Get PDF
    Analisis terhadap Naskhah Melayu Syair Agung (seterusnya NMSA) menemui sejumlah kata merujuk kepada busana yang merangkumi pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Apabila merujuk kepada konsep busana Melayu yang telah dihasilkan oleh sebilangan pengkaji busana sehingga ke hari ini, didapati NMSA banyak memaparkan gambaran busana yang mempunyai persamaan daripada makna dan fungsi, sementara beberapa gambaran busana lain pula mempunyai makna dan penggunaan yang berbeza atau kerapkali juga tidak wujud atau mungkin tidak lagi digunakan dalam konteks semasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gambaran busana dalam NMSA dan menghuraikan fungsi, penggunaan dan jenisnya dalam konteks naskhah dan semasa. Analisis teks tertumpu kepada kata yang mewakili beberapa jenis busana daripada kategori pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Kajian mendapati sebahagian besar gambaran busana dalam naskhah ini mempunyai fungsi dan persamaan makna sebagaimana digunakan dalam teks busana moden, dan tidak kurang juga yang sudah lenyap, tidak mempunyai makna atau tidak ditemui makna dalam penggunaan semasa

    The challenges of used extensive reading in teaching Malay as a foreign language

    Get PDF
    The ML (Malay Language) is one of the foreign languages taught to students at the DMIT (Department of Malay-Indonesian Translation & Interpretation), HUFS (Hankuk University of Foreign Studies), Yongin Campus. The students here are required to learn both the Malay and Indonesian languages, which are under the same parent language. The students found that it is difficult to identify the differences between the two languages, because most of the linguistic features are highly similar. It is much easier to explain the differences in terms of the terminology and spelling, but trying to explain the writing style or the structure of a sentence is a more challenging task. Thus, ER (extensive reading) activities were undertaken with a view to expose the students to the ML by using various forms of written materials. ER was also a means for students to experience restricted communication in Malay, because the students had very limited opportunities to use the ML outside the classroom. The materials used in this activity were made available for the students in printed form or accessible via the internet. Sub-activities besides reading were conducted in the classroom to complement the lecture. The contact hours were 80 minutes per week and the activity was conducted for seven weeks. Reading is done either individually or as a group depending on the type of material, length and difficulty, or the students’ level of proficiency. Some of the problems or constraints in conducting ER activities include the difficulty in finding materials which are suitable for both learning and maintaining the students’ interest in the reading materials provided

    Teater Eksperimental Melayu : Satu Kajian Bentuk Dan Struktur Teks Dramatic [PL5131.3. F287 2007 f rb]

    Get PDF
    Kajian ini adalah tentang bentuk dan struktur teks-teks dramatik teater eksperimental Melayu (TEM) yang dihasilkan dalam tahun 1980 dan 1990-an. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti ciri-ciri komponen yang membentuk teks-teks dramatik dan pola penstrukturannya. This study is concerned with the forms and structures of dramatic texts from experimental Malay theatres (TEM) produced during the 1980’s and 1990s. The objective of this study is to identify the characteristics of the various components, which make up these dramatic texts as well as the structural polar

    Bahasa dan feminisme dalam filem Shuhaimi Baba

    Get PDF
    Kajian ini adalah tentang aspek kebahasaan dan feminisme dalam filem Melayu bergenre seram, yang diarahkan oleh salah seorang pengarah wanita prolifik di Malaysia. Pengarahan seorang wanita mempunyai kemungkinan untuk bernuansakan feminisme dalam persembahannya. Hal tersebut, dalam konteks kajian ini, akan diteliti daripada aspek pemilihan perkataan dan ayat-ayat yang membentuk dialog para watak. Bahasa atau dialog dalam filem penting dalam menyampaikan sesebuah penceritaan yang dibantu oleh aspek-aspek perfileman yang lain, termasuklah sinematografi, kesan bunyi dan muzik, simbol visual dan serta estetika. Shuhaimi Baba adalah antara pengarah filem tersohor di Malaysia yang telah mengarah dan menerbitkan filem-filem penting dalam industri perfileman Malaysia serta telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beberapa filem beliau telah mengangkat dan meletakkan wanita dan imejnya sebagai subjek penceritaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek bahasa dalam konteks feminisme yang digunakan dalam filem Shuhaimi Baba berjudul Pontianak Harum Sundal Malam I (2004). Bahasa feminisme dalam konteks kajian ini adalah bahasa yang dituturkan oleh watak-watak dalam filem Shuhaimi Baba yang memperlihatkan tentang kekuasaan wanita. Gambaran tersebut dipaparkan melalui pertuturan dialog watak dan antara watak-watak yang dicipta serta melalui visual yang merangkumi segala aspek yang dapat dilihat oleh penonton. Kajian ini menggunakan kaedah analisis tekstual dan pendekatan feminisme pascamoden (postmodern feminism). Bahasa dalam filem ini memaparkan wanita yang mempunyai keperibadian yang kuat, kuasa dan pembuat keputusan

    Pembangunan Kemahiran Kepimpinan pelajar melalui latihan lakon teater

    Get PDF
    Kajian ini melihat bagaimana kesan pendekatan persiapan latihan pelakon dalam membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan pelajar. Ia dijalankan kepada 35 responden terdiri pelajar institusi pengajian tinggi selama 14 minggu. Kaedah kajian menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data kajian dipungut melalui dua kaedah iaitu temubual kumpulan fokus dan hasil soal selidik sebelum dan selepas pelaksanaan modul. Analisis dapatan bagi temubual kumpulan fokus dijalankan menggunakan teknik pengekodan mengikut sub atribut yang digariskan dalam kemahiran kepimpinan dengan merujuk kepada Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Manakala data soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan Ujian T-Test bagi melihat perbandingan sebelum dan selepas pelaksanaan latihan pelakon terhadap responden yang terlibat. Hasil analisis kedua-dua kaedah menunjukkan terdapat peningkatan dalam pembangunan kemahiran kepimpinan dalam kalangan responden terlibat setelah melalui latihan persiapan pelakon

    Islam dalam persembahan dikir Al-Burdah oleh pertubuhan badan kesenian dan kebudayaan Kampung Sessang, Sarawak

    Get PDF
    Kajian ini bertitik tolak daripada tanggapan umum yang menganggap bahawa Dikir Al-Burdah di Sarawak merupakan satu kegiatan seni persembahan yang berkaitan dengan Islam. Tanggapan ini terkandung dalam tulisan-tulisan awal yang rata-rata mengaitkan Dikir Al-Burdah dengan tradisi al-Qasidah al-Mimiyah oleh al-Busiri@al-Busairi, iaitu seorang ulama tasawuf di Mesir. Perkataan “burdah” itu juga turut dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w. Tidak kurang penting ialah fokus tulisan-tulisan awal yang lebih membicarakan soal sejarah, latar belakang, bentuk serta fungsi persembahan Dikir Al-Burdah di Sarawak. Kecenderungan ini mengundang satu penelitian terhadap Dikir Al-Burdah di Sarawak khususnya soal kaitannya dengan Islam, selain mencatatkan kegiatan semasa Dikir Al-Burdah di Kampung Sessang, Sarawak. Justeru, kajian ini diusahakan untuk merealisasikan tiga objektif, iaitu mencatatkan kegiatan semasa Dikir Al-Burdah di Kampung Sessang, menganalisis lirik Dikir Al-Burdah menurut kerangka Formalisme, dan merumuskan soal perkaitan antara Dikir Al-Burdah di Sarawak dengan Islam. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif, khususnya kaedah wawancara dan kaedah analisis isi kandungan. Hasil kajian mendapati kegiatan persembahan Dikir Al-Burdah di Kampung Sessang, Sarawak pada masa kini dijalankan secara aktif oleh Pertubuhan Badan Kesenian dan Kebudayaan yang ditubuhkan pada 2010. Pertubuhan ini turut mempersembahkan lagu dalam bahasa Melayu yang dinukilkan sendiri oleh ahli pertubuhan tersebut, antaranya bertajuk “Zikir Al-Burdah” dan “Pemimpin”. Analisis mendapati bahawa lirik lagu “Zikir Al-Burdah” mengutarakan mesej tentang kemuliaan para rasul, manakala lirik lagu “Pemimpin” mengutarakan mesej tentang peri pentingnya kepemimpinan yang adil. Kedua-dua mesej ini didapati sejajar dengan ajaran Islam

    Eksploitasi maksim Grice lambang kehalusan berbahasa masyarakat Melayu: analisis dalam filem Dayang Senandong (1965)

    Get PDF
    Eksploitasi adalah istilah yang digunakan oleh Grice (1975) untuk merujuk pelanggaran maksim perbualan yang dilakukan penutur. Dalam Prinsip Kerjasama yang diasaskan oleh Grice (1975), terdapat empat maksim yang perlu dipatuhi oleh penutur bagi membantu menghasilkan komunikasi yang jelas selain mengurangkan salah faham. Namun, maksim ini sering dieksploitasi oleh penutur untuk menghasilkan implikatur. Eksploitasi maksim sering terjadi dalam komunikasi masyarakat Melayu sebagai satu lambang kehalusan berbahasa masyarakat Melayu. Fokus utama kajian ini adalah menganalisis ujaran yang terhasil daripada eksploitasi maksim Grice dalam komunikasi masyarakat Melayu dengan menggunakan filem sebagai sumber data. Bagi tujuan ini, analisis dilakukan pada dialog filem Melayu bertajuk Dayang Senandong yang diterbitkan pada tahun 1965. Filem ini dipilih kerana ia merupakan filem yang mempunyai satu gambaran dan panduan yang kukuh terhadap budaya dan bahasa masyarakat Melayu zaman dahulu. Prinsip Kerjasama Grice (1975) dan Teori Relevans (1986) telah diterapkan dalam penganalisisan data yang terpilih. Berdasarkan data yang terkumpul terdapat 16 ujaran yang mengeksploitasi maksim Grice iaitu maksim kualiti, kuantiti, dan cara. Manakala, maksim hubungan tidak dieksploitasi dalam dialog filem tersebut. Eksploitasi maksim dalam komunikasi masyarakat Melayu melalui filem ini jelas membuktikan nilai kehalusan berbahasa masyarakat Melayu dengan penggunaan implikatur yang memerlukan pemahaman makna yang mendalam bagi menyampaikan sesuatu mesej dengan tepat

    Seni persembahan Dikir Al-Burdah oleh Pertubuhan An-Nur, Kampung Melango Baru, Saratok, Sarawak

    Get PDF
    Kajian ini bertitik tolak daripada pengamatan terhadap korpus ilmiah yang cenderung mengaitkan Dikir Al-Burdah di Sarawak dengan Islam. Dalam konteks perkaitan ini, kajian ini turut mendapati bahawa kegiatan Dikir Al-Burdah yang dijalankan di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak sehingga kini dan sepanjang yang diketahui, masih belum lagi diteliti serta dicatatkan secara ilmiah. Dengan latar belakang ini, kajian ini diusahakan bagi merealisasikan tiga objektif. Pertama, mencatatkan perkembangan semasa dalam kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak. Kedua, menganalisis tema dalam lirik lagu Dikir Al-Burdah. Ketiga, merumuskan soal kesejajaran antara Dikir Al-Burdah di Sarawak dengan Islam. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif secara khusus iaitu kaedah wawancara dan kaedah analisis isi kandungan. Pengamatan mendapati bahawa kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak yang pada masa kini giat dijalankan oleh Pertubuhan An-Nur. Analisis mendapati bahawa lirik lagu Dikir Al-Burdah yang dikaji menggarap tema kewajiban solat dan tema taubat. Kedua-dua tema ini didapati seiring dengan ajaran Islam sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan dapatan-dapatan ini, kajian ini merumuskan bahawa seni persembahan Dikir Al-Burdah di Sarawak yang dikaji menyerlahkan ciri-ciri keislaman
    corecore