16 research outputs found

    Pembinaan Negara dalam Tikus Rahmat dan perlembagaan persekutuan: suatu kajian perbandingan

    Get PDF
    Tikus Rahmat ialah sebuah karya sastera satira Melayu yang menceritakan tentang kejayaan sebuah masyarakat tikus membina sebuah negara bernama Tikusia Raya, manakala Perlembagaan Persekutuan ialah sebuah perlembagaan yang diguna pakai di negara Malaysia. Kedua-dua teks ini dibandingkan dengan menggunakan pendekatan keselarian, bertujuan meneliti perkara-perkara yang digemblengkan dalam proses pembinaan “negara”. Sehubungan dengan tujuan kajian, istilah “negara” diberikan takrifan yang menyeluruh. Daripada perspektif sosial, antara perkara yang digemblengkan dalam kedua-dua teks ialah hak asasi, agama/ “kepercayaan” dan bahasa rasmi. Seterusnya, daripada perspektif ekonomi, antara perkara yang digemblengkan dalam kedua-dua teks ialah perbendaharaan dan program pembangunan negara. Akhir sekali, daripada perspektif politik, antara perkara yang digemblengkan dalam kedua-dua teks ialah nama negara, ibu negara, wilayah dan perlembagaan, pilihan raya dan parlimen. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat keselarian dalam hal pembinaan “negara” dalam kedua-dua teks

    Novel-Novel Zailiani Taslim: Analisis Kehendak Remaja

    Get PDF
    Zailiani Taslim telah muncul sebagai salah seorang penulis Malaysia yang secara konsisten menghasilkan karya dalam genre sastera remaja. Karya-karya penulis ini dalam genre berkaitan memperlihatkan penampilan remaja secara berkesan dalam masyarakat yang diwakilinya. Kajian ini melibatkan enam buah novel beliau iaitu Jambatan Kasih, Dari Padang Hijau, Semesra Kota Ku, Ladang, Keringat Dan Ginta, Meredah Onak dan Hempasan Ombak. Memandangkan novel remaja turut menyumbang kepada pembangunan diri remaja, maka kajian ini bermatlamat untuk melihat kehendak-kehendak yang ingin dipenuhi oleh remaja dalam kehidupan mereka. Untuk melihat kehendak-kehendak ini secara sistematik, maka teori Hierarki Kehendak Manusia yang dicetuskan oleh Abraham H. Maslow digunakan. Dalam konteks ini, aspek watak dan perwatakan remaja tidak diketepikan. Keputusan kajian mendapati bahawa watak-watak memperagakan nilai-nilai positif yang konsisten dalam mencapai kehendak-kehendak mereka. Semua watak mencapai tiga peringkat pertama hierarki kehendak iaitu peringkat kehendak fisiologi, peringkat kehendak keselamatan dan peringkat kehendak kasih sayang dan keinginan dimiliki, empat daripada enam watak mencapai peringkat penghargaan kendiri dan tiada seorang pun mencapai peringkat penyempurnaan kendiri

    Generation gap in Hatimu Aisyah by Zurinah Hassan: a matter of emotional distance

    Get PDF
    This research aims to discuss ‗generation gap‘ as a matter of emotional distance, as portrayed in the novel Hatimu Aisyah by Zurinah Hassan. The term ‗generation gap‘ is usually associated with the difference in beliefs, thoughts, values and tastes of two different generations, particularly between the old generations and the younger ones. The differences thus cause difficulties in communication, inflict conflicts, and furthermore, may initiate emotional distance between the two generations. The research outlines three objectives to achieve, (1) to identify the characters conflicting with the issues of generation gaps in Hatimu Aisyah by Zurinah Hassan; (2) to classify causes of conflicts pertaining the issues of generation gaps in Hatimu Aisyah by Zurinah Hassan, and (3) to relate the issues of generation gap with social changes in Hatimu Aisyah by Zurinah Hassan. This research employs close reading method. The primary source is the novel Hatimu Aisyah by Zurinah Hassan, first published by Dewan Bahasa dan Pustaka in 1991. The secondary sources include journals, books, articles, references or other sources that enable further understanding on the issues highlighted in the primary source. To clarify further on the issues of generation gaps, the research also employs the theory of Psychosocial Stages of Development by Eric H. Erikson. Erikson outlines eight confronting stages in one‘s life, namely (1) infant (basic trust vs basic mistrust), (2) toddler (autonomy vs shame & doubt), (3) preschooler (initiative vs guilt), (4) school-ager (industry vs inferiority), (5) adolescent (identity vs role confusion), (6) young adult (intimacy vs isolation), (7) middle age (generativity vs stagnation) and (8) older adult (ego-integrity vs despair). The results later indicate that there are four groups of\ people conflicting with the issues of generation gaps, each represented by Aisyah‘s mother (grandmother), Aisyah (mother), Jamilah, Latifah, Hamid, Aziz and Rohani (sons and daughters) and Azizah, Rodiah and Anisah (granddaughters). The causes of conflicts are due to perception of these generations on (1) the types of education they received, (2) the influence of modernization and (3) the decline of traditional customs. It is later clear that the more the younger generations accustomed to the social changes, the wider the gap would be expanded, thus the more possibilities emotional distance occur among the older generations who are still bound to the inheritance

    Elements of patriotism in "Pahlawan Pasir Salak" novel

    Get PDF
    This study focuses on the elements of patriotism in the novel "Pahlawan Pasir Salak" by Mohd Ismail Sarbini. This novel is a compulsory Bahasa Melayu text used as a Literature Component for Form Two. The setting of this novel is during the British Colonial Era. There are seven elements of patriotism adopted as the basis for the study which are Personal Patriotism, Official Patriotism, Icon Patriotism, Symbolic Patriotism, Capital Patriotism, Environment Patriotism and Symbolic Nationalists Patriotism. According to the study, the personal, icons, symbolic nationalist as well as capital patriotism is found to be very dorminant through the characters and certain events occurring in this novel. These patriotism elements are very important to be instilled in the next generation of our country that is emerging in the golden era for the betterment of the nation

    Bagaimana kami Menulis Karya Remaja

    Get PDF
    Penerbitan buku ini diharapkan dapat menjadi tapak pemula baharu kepada kerja kajian kesusasteraan remaja di Malaysia. Adalah diharap buku ini bukanlah yang terakhir seumpamanya diterbitkan kerana sesungguhnya kesusasteraan remaja mempunyai wawasan yang lebih besar pada tahun yang mendatang ini. Dari aspek kuantiti, perkembangan kesusasteraan remaja dapat dilihat daripada pertambahan bilangan penulis dan judul karya. Dari aspek kualiti, perkembangan yang sama dapat dinilai daripada pertambahan bilangan peraduan menulis karya remaja dan hadiah sastera, serta pemilihan karya remaja sebagai teks sastera di sekolah. Selain itu, karya remaja turut diterima sebagai satu cabang akademik melalui kajian karya remaja dan kursus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara. Bertolak daripada perkembangan inilah, soal golongan ‘remaja’ yang dirujuk dalam karya menjadi satu daripada permasalahan yang berbangkit dalam penulisan dan penerbitan karya remaja

    Unsur eufemisme dalam dialog novel Songket Berbenang Emas

    Get PDF
    Makalah ini meneliti penggunaan unsur eufemisme dalam dialog novel Songket Berbenang Emas. Novel ini merupakan teks KOMSAS yang digunakan di sekolah-sekolah di negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bermula 2016. Sebagaimana kelaziman novel yang menyerlahkan unsur dialog, didapati sebanyak 8 unsur dialog berdasarkan unsur eufemisme yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas adalah menepati Prinsip Kesopanan Leech (1983). Namun, kajian ini hanya menampilkan enam unsur dialog yang menepati maksim Leech. Prinsip Kesopanan Leech menekankan tingkah laku dan persoalan beradab yang menghubungkan dua pihak dalam sesuatu proses komunikasi, iaitu antara diri sendiri yakni penutur dengan orang lain yakni pendengar. Proses komunikasi yang terjadi adalah hasil daripada konflik dan membawa kepada pengakhiran yang baik kepada watak utama dan juga watak sampingan, kerana unsur santun berbahasa yang dituturkan. Hal ini kerana proses komunikasi yang menjaga santun bahasa akan memberikan impak secara emosi kepada pendengar dan juga penutur itu sendiri. Kajian ini mendapati bahawa watak utama dan watak sampingan dalam novel Songket Berbenang Emas ini menyerlahkan tingkah laku dan adab dalam proses komunikasi sebagaimana tuntutan agama Islam dan masyarakat Melayu yang sopan

    The change of one translator's style and cognition: a speech-act report verb study of allan barr's two translations of yu hua's works

    Get PDF
    This article aims to explore the changes in a translator’s style with time and translation practice. Allan Barr was selected as the research subject, considering that his five translations of famous writer Yu Hua's works lasted for 16 years. Instead of focusing on one translator's consistent stylistic features throughout all his or her translations by comparing their translations with others, this study demonstrated the shift of a translator’s style through the revised source-oriented model for the study of the style. A systematic analysis was conducted on the quantitative and qualitative data regarding the English translations for the most frequent speech-act report verbs collected from the parallel corpus. The self-established corpus comprises Barr's earlier translation of “Boy in the Twilight: Stories of the Hidden China” (Yu, 2014), which was completed in 2003. This was followed by his later translation for “The April 3rd Incident: Stories” (Yu, 2018), which was completed in 2018. Notably, Barr's understanding of style and translation ideology may change with time and translation practice, as indicated by the significant difference in the frequency of the speech-act report verbs with the same semantic meanings in ST and TT. This condition was also indicated through the distinguished motivations to change the semantic meaning of the speech-act verbs in the ST between Barr's earlier and subsequent translations. Subsequently, it was found that the method of corpus-based translator's style study can be applied to investigate how social and cognitive factors motivate a translator to change his or her translation ideology and strategies

    Makna ayat tanya dalam novel Lentera Mustika

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis ayat tanya yang terkandung dalam novel Lentera Mustika, penulisan Nisah Haron terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. (2009). Aspek-aspek yang ditumpukan dalam kajian ini ialah berfokuskan kepada kepelbagaian jenis dan makna ayat tanya yang telah dipilih. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan dan kaedah analisis kandungan teks. Kaedah penyelidikan kepustakaan digunakan bagi mengumpul maklumat yang berkaitan dengan makna dan ayat tanya. Kaedah anlisis teks pula digunakan bagi menganalisis ayat tanya berdasarkan teks kajian yang dipilih. Hasil analisis mendapati ayat tanya dalam konteks wacana mempunyai kepelbagaian makna dan fungsi, bukannya sekadar ayat tanya yang hanya terdiri daripada bentuk dan jenis-jenisnya sahaja. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi satu fahaman dan idea baharu terhadap kepelbagaian jenis dan makna ayat tanya. Seterusnya akan melenyapkan tanggapan sebilangan pihak yang beranggapan ayat tanya hanya dikaitkan dengan persoalan yang memerlukan jawapan

    Dinamika perubahan masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah karya SN Zurinah Hassan

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dinamika masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah (2016) karya SN Zurinah Hassan pada zaman sebelum dan selepas merdeka. Dari sudut pandang protagonisnya, iaitu Aisyah, masyarakat Melayu pada zaman sebelum merdeka digambarkan sangat mematuhi adat dan kepercayaan tradisional, dan menjauhi pantang larang. Akan tetapi, susulan peranan kerajaan dalam menjalankan pembangunan-pembangunan sosial, ekonomi dan politik yang berlaku dalam segenap bentuk kehidupan. Sehubungan itu, kajian ini akan memanfaatkan teori sosiologi sastera yang digagaskan oleh Hippolyte Taine yang menjelaskan bahawa masyarakat dalam novel dapat dijelaskan melalui faktor bangsa, persekitaran dan zaman. Kajian ini menggariskan tiga objektif untuk dicapai. Pertama, mengklasifikasikan perubahan-perubahan masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah. Kedua, menganalisis perubahan-perubahan masyarakat Melayu dalam novel Hatimu Aisyah. Dan ketiga, menghubungkaitkan dinamika masyarakat Melayu dengan kemajuan-kemajuan sosial, ekonomi dan politik yang terdapat dalam novel Hatimu Aisyah. Kajian ini mendapati bahawa perubahan-perubahan ini bertolak daripada sikap masyarakat Melayu yang mula mengutamakan pencapaian akademik, peluang pekerjaan yang lebih baik, dan sikap baharu terhadap nilai-nilai tradisional. Perubahan-perubahan ini berlaku kerana masyarakat Melayu yang berpendidikan mempunyai maklumat tentang perubahan-perubahan yang berlaku di seluruh dunia dan tidak ingin ketinggalan

    Dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia

    Get PDF
    Tujuan kajian ini ialah untuk meneliti dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia, bermula dari tahun-tahun 1950-an hingga tahun-tahun 2000-an. Kajian ini dijalankan bertolak daripada pemahaman bahawa garapan tema dalam novel remaja berkemungkinan besar dipengaruhi oleh berbagai-bagai peristiwa yang berlaku dalam masyarakat (iaitu faktor-faktor luaran teks). Antara peristiwa yang berlaku dalam masyarakat Malaysia ini ialah perkembangan pendidikan di Malaysia,perubahan dasar kerajaan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, masalahmasalah dalam dunia penerbitan buku, peranan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, peranan pendidik, ahli politik dan sasterawan, masalah kegawatan sosial remaja, kepentingan peraduan mengarang dan hadiah sastera dan sebagainya. Terdapat tiga objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Pertama, untuk menganalisis tema-tema dalam novel remaja Malaysia. Kedua, untuk menghuraikan tema dalam novel-novel remaja Malaysia yang dikaji dengan faktor-faktor luaran teks pada dekad penukilannya. Dan akhir sekali, untuk mensintesiskan dinamika tema dalam novel-novel remaja di Malaysia yang dikaji dan hubungannya dengan faktor-faktor luaran teks. Kajian ini keseluruhannya tertumpu kepada 30 buah novel remaja Malaysia, tetapi hanya lima buah novel dipilih bagi mewakili setiap dekad. Kriteria-kriteria pemilihan bahan kajian ialah sesebuah novel remaja itu sama ada pernah memenangi peraduan mengarang atau hadiah sastera, atau digarap oleh seorang novelis yang produktif dan prolifik dalam penulisan novel remaja, serta pernah memenangi peraduan mengarang atau hadiah sastera, atau pernah menerima sambutan khalayak (critical reception). Untuk mencapai tiga objektif yang digariskan, kajian itu menggemblengkan beberapa prinsip Sosiologi Sastera yang digagaskan oleh Hippolyte Adolphe Taine, Georg Lukacs, Lucien Goldmann dan Alan Swingewood. Daripada prinsip-prinsip ini, Sosiologi Sastera menunjukkan bahawa sesebuah novel remaja dapat diteliti sebagai sebuah dokumen sosial dan novelisnya pula dapat dilihat sebagai sumber makna. Kajian ini juga menggemblengkan beberapa alat penceritaan seperti watak dan perwatakan, plot, konflik, gaya bahasa dan sebagainya untuk menghuraikan tema dalam novel-novel remaja Malaysia yang dipilih. Kajian ini seterusnya menemui beberapa dapatan penting. Pertama, antara tema yang selalu digarap dalam novel remaja Malaysia ialah kegigihan dalam kehidupan, kecekalan dalam menangani cabaran, pencegahan jenayah, kasih sayang, perbezaan kelas sosial, dakwah Islamiah, masalah sosial remaja, sains dan teknologi, kepentingan pendidikan kepada masyarakat, kerjasama dalam masyarakat, konflik percintaan dan seni dan budaya. Kedua, tema-tema yang digarap adalah berkait rapat dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Ini dengan sendirinya mendorong novelis untuk memanfaatkan perubahan-perubahan ini dalam penulisan novel-novel remaja Malaysia. Akhir sekali, adalah jelas ditemui dinamika tema dan hubungannya dengan faktor-faktor luaran teks. Novelis-novelis didapati cenderung untuk membincangkan persoalanpersoalan yang lumrah seperti pendidikan, pembangunan masyarakat, kekeluargaan dan nilai-nilai Islam dan moral. Pada masa yang sama, mereka juga cenderung untuk membincangkan persoalan-persoalan yang kontemporari seperti kelas sosial, sejarah,perpaduan kaum, advencer, konflik percintaan dan masalah kegawatan sosial remaja. Dapatan-dapatan ini dengan jelas membuktikan bahawa wujudnya dinamika tema dalam novel-novel remaja Malaysia dengan hubungannya dengan faktor-faktor luaran teks
    corecore