9 research outputs found

    Masyarakat multietnik di Malaysia dan Britain

    Get PDF
    Malaysia dan Britain merupakan dua negara yang amat berbeza terutama jika dilihat dari aspek geografi, struktur sosial dan sistem ekonominya. Bagaimanapun, di samping perbezaan-perbezaan yang jelas ini terdapat sedikit persamaan antara kedua-dua negara iaitu dari segi komposisi penduduknya yang bercorak multietnik. Apa yang lebih menarik ialah tentang sejarah kewujudan masyarakat multietnik di kedua-dua negara ini yang mempunyai sedikit perkaitan antara satu sama lain jika dilihat dalam konteks peranan kolonial British itu sendiri. Masyarakat multietnik di Malaysia terbentuk kerana kesan daripada penjajahan British. Manakala di Britain pula, kewujudan masyarakat multietnik adalah kerana British ingin menunjukkan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab sosial ke atas negara- negara yang pernah mereka jajah. British memberikan peluang kepada rakyat dari negara yang pernah mereka jajah untuk datang ke Britain mengisi peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dan seterusnya diberikan taraf kerakyatan iaitu sebagai warganegara British

    Persepsi penagih, ibubapa dan masyarakat terhadap dadah

    Get PDF
    Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan kepada para peserta seminar mengenai sebahagian daripada penemuan hasil kajian yang telah dilakukan pada tahun 2000 mengenai peranan dan tanggungjawab ibu bapa atau keluarga dan masyarakat terhadap aspek pencegahan dan pemulihan dadah di negeri Johor serta mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penagih melibatkan diri dalam gejala penagihan. Responden kajian terdiri daripada 413 orang penagih lelaki dan 110 orang penagih wanita, 500 orang ibu bapa atau ahli keluarga penagih, 100 orang wakil masyarakat bagi setiap daerah di negeri Johor dan 85 orang pegawai di Pusat Serenti Tampoi, Muar, Kemumin dan Kelantan. Masalah penagihan dadah di Malaysia bukanlah satu masalah yang baru, malah telah berbangkit sejak empat dekad yang lalu, namun ianya semakin serius dan membimbangkan pelbagai pihak sehingga ke hari ini. Permasalahan dadah merupakan satu fenomena yang kompleks kerana ianya berkaitan dengan pelbagai isu, seperti isu pencegahan, undang-undang dan hukuman, penguatkuasaan, pemulihan dan lain-lain. Permasalahan dadah juga merupakan isu yang kompleks kerana ianya melibat pelbagai pihak secara langsung ataupun tidak langsung, seperti, para penagih, pengedar dadah, keluarga, ibu bapa, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain. Namun, kertas kerja ini hanya membentangkan dapatan mengenai persepsi penagih, ibu bapa atau keluarga dan masyarakat terhadap dadah. Persepsi tersebut adalah penting sebagai sebahagian daripada input untuk membantu pihak-pihak yang berkaitan untuk memahami sebahagian daripada permasalahan dadah di negara ini yang kemudiannya dapat digunakan untuk membantu usaha merangka strategi bagi membenterasnya dari semasa ke semasa

    Pembangunan ekonomi dalam hubungan Etnik

    Get PDF
    Konsep pembangunan membawa maksud yang amat luas sama ada dari segi pengertiannya mahupun pelaksanaannya. Ini berikutan dengan pengertian pembangunan itu sendiri mengikut bidang-bidang yang diperbincangkan. Ada yang membincangkannya dari perspektif politik dan ada yang membincangkannya mengikut perspektif ekonomi dan sosial. Oleh itu kepelbagaian bidang ini telah menghasilkan pelbagai bentuk pengertian yang amat luas dan kompleks. Bab ini menbincangkan pembangunan ekonomi negara dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Antara perkara yang dibincangkan ialah sejarah perkembangan ekonomi Malaysia yang telah melalui beberapa perubahan bermula daripada era pra-penjajah sehingga kini. Penumpuan diberikan kepada dasar-dasar pembangunan ekonomi negara seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Dasar-dasar ekonomi tersebut bukanlah hanya tertumpu kepada pembangunan ekonomi semata-mata tetapi juga penekanan diberikan pada aspek keadilan sosial bagi semua kaum di Malaysi

    Pengenalan kepada penulisan ilmiah

    Get PDF
    Pengenalan kepada penulisan ilmiah merupakan sebuah karya yang memerihalkan tentang konsep, pendekatan dan tatacara penulisan secara ilmiah. Karya ini merupakan hasil gagasan dan gabungan idea lapan orang tenaga pengajar Universiti Teknologi Malaysia yang berpengalaman dalam pengajaran penulisan ilmiah pada peringkat pengajian tinggi. Karya seumpama ini amat penting untuk dijadikan panduan serta rujukan pensyarah dan pelajar agar mutu penulisan ilmiah dapat dikawalselia dan dipelihara. Setiap pelajar di institusi pengajian tinggi akan berhadapan dengan tatacara berfikir, berbicara dan menulis secara ilmiah. Namun begitu, penulisan ilmiah adalah teras kepada penglahiran dan penterjemahan pemikiran pelajar menerusi teks penulisan hasil daripada proses pembelajarannya di universiti. Oleh itu, penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh seseorang pelajar mestilah dapat memberi gambaran tentang sikap, keindahan dan kualiti pemikiran ilmiah yang dimilikinya. Kertas kerja ilmiah, laporan industri, projek sarjana muda dan tesis merupakan tugasan yang mesti dihasilkan oleh pelajar di sepanjang pengajiannya di institusi pengajian tinggi. Justeru itu, pada tahap awal kesemua tugasan tersebut menghendaki pelajar untuk memahami tatacara asas untuk menghasilkan suatu teks penulisan ilmiah yang bermutu. Keseluruhan bab dalam karya ini telah digarap dan dicerakinkan secara komprehensif dan bersistem bagi memudahkan pembaca memahami secara mekanis dan teknikal tatacara penulisan ilmiah yang bermutu. Selain itu, contoh sebuah penulisan ilmiah turut disertakan bagi memudahkan pemahaman pembaca. Akhirnya, karya ini amat sesuai di baca oleh semua pelajar di institusi pengajian tinggi, maktab perguruan dan sesiapa saja yang berminat untuk memperbaiki mutu penulisan ilmiah. Semoga karya ini dapat mencetuskan budaya berfikir, berbicara dan menulis secara ilmiah dalam komuniti institusi pengajian tinggi dan masyarakat amnya

    Gaya persembahan dan kemahiran penulisan

    Get PDF
    Sesebuah penulisan yang terhasil adalah untuk tujuan berkomunikasi, menyatakan idea dan perasaan daripada minda penulis kepada pembaca. Oleh itu gaya penulisan mestilah sesuai dengan bentuk fakta dan khalayak pembacanya. Di samping itu penulis wajar peka tentang rekabentuk penulisan seperti konsistensi, pemilihan saiz huruf, jarak, penggunaan penomboran, kutipan dan bentuk-bentuk pcrenggan. Kemahiran menulis pula mesti dikuasai yang meliputi aspek penggunaan tatabahasa yang betul, kejelasan, ketepatan, kesesuaian serta mengelakkan daripada berlaku pengulangan. Walaupun idea yang mahu disampaikan oleh penulis amat menarik tetapi hasil penulisan akan menjadi hambar jika penulis gagal menitikberatkan kedua-dua aspek di atas dalam penulisannya

    Pluraliti budaya dan etnik di alam melayu zaman awal

    Get PDF
    Usaha mengenali masyarakat serta budaya Melayu lama banyak bergantung kepada catatan pelayar, pedagang, pengembang agama, pengembara, dan teks-teks Melayu lama. Kita sedia mengetahui bahawa sejarah masyarakat Melayu adalah merupakan sejarah kelas yang memerintah dan dengan itu memperlihatkan suatu perspektif yang bersifat elitist dan hierarchical serta konservatif. Ini menjadikan kajian masyarakat Melayu sebagai suatu static morphology . Pendekatan yang biasa digunakan untuk menghuraikan kehidupan masyarakat Melayu tradisional ialah pendekatan sejarah sosial. Pendekatan ini mampu menghuraikan sejarah kehidupan masyarakat Melayu dengan melihat kepada proses kehidupan seharian. Pendekatan ini membincangkan tentang teori penentangan struktural. Teori ini telah dimulakan oleh Evans Pritchard dalam kajiannya tentang masyarakat Nuer di Mesir ( The Nuer , 1972) yang menghuraikan bagaimana orang Nuer ini menganggap diri mereka sebagai kelompok eksklusif berbanding dengan jiran mereka iaitu orang Dinka
    corecore