2 research outputs found

    Kekuatan Mental Pemain Bola Sepak Piala Malaysia Musim 2007/2008

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kekuatan mental dan kemahiran mental yang dimiliki oleh pemain bola sepak Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia Musim 2007/2008. Sampel terdiri daripada pemain bola sepak Malaysia dari sebelas pasukan yang terlibat dalam kejohanan tersebut (n=165: 15 orang pemain setiap pasukan). Instrumen yang digunakan untuk mengukur kekuatan mental ialah Psychological Performance Inventory (PPI) yang dihasilkan oleh Loehr (1986) yang menyenaraikan tujuh faktor kekuatan mental iaitu 1) keyakinan diri; 2) kawalan tenaga negatif; 3) kawalan tumpuan; 4) kawalan visual imageri; 5) motivasi; 6) kawalan tenaga negatif; dan 7) kawalan tingkah laku. Perbezaan tahap kekuatan mental antara pemain dari kumpulan umur yang berbeza, kategori pemain iaitu pemain kebangsaan dan bukan kebangsaan serta status pemain iaitu pemain profesional dan amatur diukur. Analisis ANOVA sehala dan perbandingan pelbagai Pos Hoc Tukey’s digunakan untuk menentukan perbezaan tahap kekuatan mental dengan kumpulan umur pemain. Keputusan analisis diskriptif menunjukkan bahawa tahap kekuatan mental pemain bola sepak Malaysia berada pada tahap sederhana dan lemah. Analisis ANOVA sehala mendapati perbezaan yang signifikan antara dua dimensi kekuatan mental iaitu faktor kawalan visual imageri F(3,165)=3.36, p.05). Hasil analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan kekuatan mental di antara pemain kebangsaan dan bukan kebangsaan (p>.05). Manakala bagi status pemain juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan kekuatan mental di antara status pemain profesional dan amatur (p>.05). Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kekuatan mental pemain bola sepak Malaysia adalah pada tahap yang sederhana dan rendah. Ini bermakna kekuatan mental dan kemahiran mental pemain perlu diberikan latihan dengan lebih tersusun dan terancang untuk meningkatkan semula kekuatan mental pemain bagi menghadapi perlawanan

    Amalan sains sukan dalam pelaksanaan kokurikulum sukan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

    No full text
    Program ini menumpukan kepada tiga perkara utama iaitu; pertama, menyediakan satu modul khas untuk pelaksanaan kokurikulum sukan dalam sistem MRSM; kedua, memberikan latihan dan kemahiran kepada guru MRSM tentang sains sukan; dan ketiga, memberikan pendedahan dan kemahiran sains sukan kepada pelajar MRSM dalam kokurikulum sukan. Kursus Training of Trainer (T.O.T) 1 dan 2 telah dilaksanakan diperingkat guru penasihat kokurikulum MRSM. Diakhir program ini diharapkan seramai 46 orang Jurulatih Utama (J.U) MRSM, sekurang-kurangnya 470 (10 orang guru penasihat X 47 MRSM) orang guru dan 9400 (20 orang pelajar X 47 MRSM) orang pelajar MRSM akan menerima manfaat dari segi kemahiran dan pengetahuan dalam sains sukan modul kokurikulum MRSM. Pemantauan yang dilakukan mendapati bahawa; guru penasihat amat aktif dan mendapat banyak pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk melatih dan menguruskan kokurikulum sukan. Pengurusan MRSM amat menyokong dan mencadangkan agar semua guru MRSM diberikan T.O.T Modul Sains Sukan ini. Secara tidak langsung, program ini akan membantu memupuk amalan sains sukan dan gaya hidup sihat di kalangan guru dan pelajar MRSM. Modul Kurikulum Sains Sukan di MRSM akan bertindak sebagai rujukan dan panduan dalam sistem pendidikan MRSM pada masa hadapan
    corecore