3 research outputs found
Solar Powered Street Lighting
Solar Powered Street Lights is a project that can help Universiti Sains Malaysia School of Electrical & Electronic (SEE) in electricity cost savings by implementing the use of existing solar PV system. Because the cost of electricity to the national grid Tenaga Nasional Berhad (TNB), which continues to increase, the system is able to maximize cost savings for SEE. Solar energy collected during the day will be converted into electricity to charge the battery. Electricity charged will be connected and used to power the lights around the SEE parking area at night. Taking into account all important aspects that help to optimize energy saving, this system is proven to reduce electricity costs. System data such as the power consumption by the load, battery charging rates,
and other relevant data is measured. From the measured data, calculations and analysis were performed to determine the actual performance of the system. Proper wiring
connections between solar PV systems and light poles grid around the SEE parking lot
have been executed. Appropriate types of light bulbs have also been installed on light poles around the SEE parking lot. This type of light bulbs consumes electricity at a rate that is not too high and generate an appropriate level of visibility at night. As a result, the implementation of this system could save as much as RM 462.86 for the cost of monthly electricity bills incurred by the SEE
Tinjauan ke atas hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan dalam kalangan pelajar baharu di institut pengajian tinggi (IPT)
Pelajar-pelajar peringkat universiti khususnya pelajar tahun pertama yang
baru menyambung pengajian di universiti cenderung untuk mempunyai masalah dalam
menjalani kehidupan baharu mereka. Hal ini mempunyai perkaitan dengan tahap motivasi
pelajar yang berkait dengan perubahan dalam gaya kehidupan seharian mereka
Tinjauan terhadap motivasi dan transformasi budaya kehidupan dalam kalangan pelajar baharu di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM
Pelajar peringkat universiti khususnya pelajar tahun pertama yang
menyambung pengajian di universiti cenderung untuk mengalami masalah dalam
menjalani kehidupan baharu mereka. Hal ini berkait dengan tahap motivasi pelajar
terhadap perubahan gaya kehidupan seharian mereka. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti hubungan antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan
pelajar di peringkat universiti. Seramai 194 orang pelajar tahun pertama yang
mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional, FPTV, UTHM dipilih
sebagai responden dalam kajian ini. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah
berbentuk tinjauan yang melibatkan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi.
Satu set soal selidik telah diedar bagi mendapatkan data dalam kajian yang dijalankan
ini. Data yang dikumpul daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Science School (SPSS) versi 24 secara deskriptif yang
melibatkan pengiraan kekerapan, peratusan, dan min bagi mengenal pasti tahap faktor
diri, ibu bapa dan masyarakat yang mendorong motivasi serta faktor sosial dan
masyarakat yang mendorong transformasi budaya kehidupan pelajar. Data deskriptif
yang diperoleh menunjukkan nilai min bagi pembolehubah motivasi berada pada tahap
tinggi dan pembolehubah transformasi budaya kehidupan juga pada tahap tinggi.
Seterusnya, analisis statistik inferensi telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti
hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar dengan
merujuk kepada ujian Spearman’s Rank Correlation. Hasil dapatan menunjukkan nilai
korelasi berada pada nilai positif yang kuat. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan
tahap motivasi pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
UTHM mempunyai hubungan yang kuat dengan transformasi budaya kehidupan
mereka