6 research outputs found

    Ciri morfologi diagnosis debunga Bruguiera, Ceriops, Kandelia dan Rhizophora (Rhizophoraceae) di Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Famili Rhizophoraceae ialah famili tumbuhan utama di hutan paya bakau dengan 16 genus dan 120 spesies dan di Semenanjung Malaysia terdapat tujuh genus dan 17 spesies. Kajian palinologi masih kurang dijalankan di hutan paya bakau untuk melihat kepentingan ciri morfologi debunga dan adaptasinya terhadap persekitaran. Objektif kajian ini ialah untuk menyenaraikan ciri umum, variasi dan ciri diagnosis morfologi debunga antara spesies dan genus dalam famili Rhizophoraceae di Semenanjung Malaysia. Kaedah kajian melibatkan teknik asetolisis, pencerapan di bawah mikroskop cahaya dan mikroskop imbasan elektron. Keputusan kajian menunjukkan terdapat dua kelas debunga iaitu tri-zono-kolpat dan tri-zono-kolporat. Kesemua spesies kajian mempunyai debunga bersaiz kecil (10-25 ฮผm) dan mempunyai debunga bentuk sferoid kecuali Rhizophora x lamarckii dengan bentuk subprolat. Dua corak hiasan eksin ditemui pada genus Bruguiera iaitu skabrat-perforat (B. cylindrica, B. parviflora. B. hainesii dan B. sexangula) dan psilat-skabrat (B. gymnorhiza). Genus Ceriops dan Rhizophora stylosa mempunyai hiasan eksin perforat manakala R. apiculata dan R. mucronata mempunyai corak eksin perforat-retikulat. Kekunci dikotomi pengecaman spesies dan genus telah dibina berdasarkan keputusan kajian. Secara kesimpulan, ciri morfologi debunga mempunyai nilai taksonomi terutamanya untuk pembezaan dan pengecaman spesies dan genus bagi famili Rhizophoraceae

    Pollen morphology and harmomegathic characters of Byttneria Lรถfl. species (Sterculiaceae S. S: subfam. Byttnerioideae)

    Get PDF
    A palynological study was conducted on seven species of Byttneria Lรถfl. The objectives of this study was to understand the variation in micromorphological and harmomegarthic characteristics of pollen in Byttneria species in Malaysia and Singapore. In doing so, more information on the species of Sterculiaceae s.s family can be added. Dried pollen samples of seven Byttneria species were selected in this study, namely B. scabrida Ridl., B. pilosa Roxb., B. elliptica Pohl, B. curtisii Oliv., B. reinwardtii Korth., B. maingayi Mast. and B. jackiana Wall. Methods involved were acetolysis techniques, single-grain technique, and observation under light microscope and scanning electron microscope. Common characters shared by all studied species were porate pollen class, triporate aperture, and triangular outline. Variation in pollen characteristics includes ratio of exine thickness, pollen size, pore width and height, amb; shape and measurements. These characters are valuable in assisting identification of taxa group that can be used to differentiate between species in the genus. This study proved that pollen morphological characteristics of Byttneria have taxonomic values in identification and differentiation of species in subfamily Byttnerioideae and Sterculiaceae s. s

    Kesedaran dan kelakuan pelajar prasiswazah terhadap aktiviti plagiat dalam penulisan akademik

    Get PDF
    Makalah ini membincangkan tahap kesedaran dan kelakuan pelajar prasiswazah di universiti terhadap aktiviti plagiat dalam penulisan akademik. Objektif kajian adalah untuk menilai pengetahuan dan pemahaman pelajar mengenai plagiat, termasuk jenis-jenis plagiat yang biasa dilakukan oleh pelajar, tahap keseriusan dan kekerapan perlakuan setiap jenis plagiat. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang mempunyai tiga bahagian. Responden kajian terdiri daripada pelajar prasiswazah, dari tahun pertama hingga tahun akhir pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan, hampir 80% para pelajar prasiswazah mempunyai kesedaran dan mengetahui implikasi aktiviti plagiat, namun begitu mereka mengaku masih melakukan plagiat dalam penulisan akademik. Dapatan dominan menunjukkan empat jenis plagiat dalam takrif serius iaitu pencurian, penyalinan kata demi kata, penulisan hantu dan plagiat lain, manakala aktiviti plagiat seperti parafrasa palsu, parafrasa gelap dan kitar semula dianggap tidak serius kerana mendapat maklum balas yang rendah daripada pelajar. Signifikan kajian ini ialah, dapat membantu pihak universiti untuk mengadakan kursus-kursus penulisan akademik yang beretika supaya peratus plagiat dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan seterusnya dapat mengelakkan hal ini daripada berlaku

    Morfologi trikom pada petal dan sepal spesies terpilih Acanthaceae di Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Acanthaceae merupakan famili tumbuhan angiosperma di bawah order Lamiales yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 4000 spesies sama ada spesies tropika atau subtropika. Spesies daripada famili ini ditemui di pelbagai habitat dan mempunyai pelbagai morfologi serta corak taburan geografi. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai ciri anatomi bagi Acanthaceae masih dangkal sehingga ke hari ini. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti jenis trikom yang hadir pada permukaan epidermis adaksial dan abaksial sepal dan juga petal bunga bagi beberapa spesies terpilih daripada Acanthaceae di Semenanjung Malaysia. Kajian ini melibatkan pengumpulan sampel di lapangan, penyediaan spesimen baucer, teknik kajian epidermis petal, cerapan di bawah mikroskop cahaya dan juga cerapan di bawah mikroskop imbasan elektron. Tiga puluh jenis trikom dicerap dalam kajian ini dan daripada jumlah tersebut, 23 jenis trikom dicerap hadir pada permukaan epidermis petal manakala 17 jenis trikom dicerap hadir pada permukaan epidermis sepal. Jenis trikom yang direkodkan ialah trikom ringkas unisel dan ringkas multisel, trikom kelenjar kapitat dan kelenjar peltat serta juga trikom berlengan. Keputusan kajian ini menunjukkan kehadiran dan jenis trikom pada permukaan sepal dan petal mempunyai nilai taksonomi yang berguna untuk tujuan pembezaan dan pengecaman spesies. Maklumat ciri morfologi trikom yang diperoleh daripada kajian ini merupakan maklumat baharu ciri anatomi bunga bagi Acanthaceae

    Pollen morphology of selected species of Ruellioideae (Acanthaceae) in Peninsular Malaysia

    Get PDF
    The pollen morphology of eight species in subfamily Ruellioideae (Acanthaceae) from Peninsular Malaysia were investigated using light and scanning electron microscopes. Species studied are Hemigraphis alternata (Burm. f) T. Anderson, Hemigraphis reptans (G. Forst.) T. Anderson ex Hemsl., Hygrophila pusilla Blume ex Steud., Ruellia repens L., Ruellia simplex C. Wright, Ruellia tuberosa, L., Sanchezia speciosa Leonard and Strobilanthes crispa T. Anderson. The objective of this study is to assess the taxonomic value of pollen morphological characteristics. Findings in this study have shown some variations in the pollen morphology that can be used in species identification and classification. Pollen description includes pollen classes, shape, apertures, exine thickness and ornamentation. The results have demonstrated that pollen morphology characteristics have taxonomic significance and useful as additional data especially in species identification and classification in subfamily Ruellioideae

    Systematic significance of stipe anatomy in Peninsular Malaysian Blechnum L. (Blechnaceae) species

    Get PDF
    A study on the stipe anatomy was conducted on six taxa of Blechnum in Peninsular Malaysia namely B. finlaysonianum, B. fraseri, B. indicum, B. melanocaulon subsp. pallen, B. orientale and B. vestitum. The objective of this study is to investigate the variations in the stipe anatomical characteristics that can be used for species identification and classification. There are five stipe anatomical characteristics found in this study that can be used to distinguish the Blechnum species. The characters are stipe outlines, patterns of sclerenchyma cell layers present under epidermal cells, presence and absence of sclerenchyma cell layer encircled the vascular bundles, number of vascular bundles, and presence of auricles on the adaxial side of stipe. Similarities found in stipe anatomical characteristics in all Blechnum species studied are the Aspidium stele type and presence of sclerenchyma cell layers underneath the epidermal layer. The diagnostic anatomical characteristics found in this study is the absence of sclerenchyma cells layer ensheathing each vascular bundles in the steles of B. finlaysonianum. Therefore, the stipe anatomical characteristics can be used in the identification of species in the genus Blechnum
    corecore