4 research outputs found

    Determination of Chlorophyll-A and Total Suspended Sediment Using Airborne Remote Sensing Data

    Get PDF
    The objective of this study are to derive the pattern of Chlorophyll-a (Chl-a) and Total Suspended Sediments (TSS) distribution as well as to built and integrate the Chl-a and TSS graphical models to a sub-system that can be utilized to generate the distribution maps of those parameters. The Chl-a and TSS modeling were generated from MASTER airborne data over the Kuala Terengganu coastal region. They were extracted by the empirical approach where the recorded reflectance of MASTER data was coincided to in situ data during the overpass. A linear coefficient of correlation R2 gained for Chl-a was 0.5839 from the band ratio of 1/2 and for TSS was 0.4382 from the band 8. This weak interaction was resulted due to the limited sampling points and restricted sea surface region in the study area. These models were then integrated into IMAGINE image processing software through an automated processing sub-system that was created to hold on Chl-a and TSS modeling

    Penghakiman Tribunal Antarabangsa untuk Undang-Undang Laut (ITLOS) dalam isu penambakan wilayah di Singapura

    Get PDF
    Penambakan wilayah adalah satu teknik yang merujuk kepada kerja-kerja pengorekan pasir di sesuatu lokasi, dan pasir itu kemudiannya ditimbus ke lokasi tertentu di pinggir pantai bagi meninggikan aras permukaan dasar laut sehingga menjadi tapak muka bumi yang baru. Di antara negara yang sangat giat melakukan aktiviti penambakan wilayah di rantau Asia Tenggara ialah Singapura. Kajian ini menumpukan analisis prosiding penambakan wilayah Singapura di Tribunal Antarabangsa untuk Undang-Undang Laut (ITLOS) yang melibatkan negara jiran terdekatnya Malaysia. Pengumpulan maklumat primer dilaksanakan secara pemerhatian terus di lapangan dan juga membuat beberapa temubual mendalam. Manakala maklumat sekunder diperolehi melalui kajian kepustakaan. Hasil akhir kajian kumpulan pakar bebas (GOE) telah mengesahkan dakwaan awal kerajaan Malaysia bahawa, kerja-kerja penambakan wilayah Singapura di Tuas dan Pulau Tekong telah menyebabkan beberapa impak negatif seperti pencemaran di perairan laut Malaysia dan menyempitkan laluan perkapalan di Selat Johor. Justeru permohonan provisional measures kerajaan Malaysia sememangnya mempunyai asas kes yang sangat kukuh. Pada 26 April 2005, kedua-dua wakil kerajaan telah menandatangani perjanjian bersama secara rasmi untuk menamatkan pertelingkahan di dalam isu penambakan wilayah ini. Walaubagaimanapun, isu tuntutan kerajaan Malaysia di Titik 20 tidak dibincangkan di dalam prosiding ini, namun kedua-dua pihak bersetuju agar rundingan diplomatik yang berasingan di adakan bagi tujuan tersebut pada masa akan datang

    “Realpolitik” hubungan Singapura-Amerika Syarikat dalam konteks penambakan wilayah di Singapura

    Get PDF
    Penambakan wilayah adalah satu teknik yang merujuk kepada kerja-kerja pengorekan pasir di sesuatu lokasi. Kemudiannya pasir berkenaan ditimbus ke lokasi tertentu di pinggir pantai bagi meninggikan aras permukaan dasar laut sehingga menjadi tapak muka bumi yang baru. Di antara negara yang sangat giat melakukan aktiviti penambakan wilayah di rantau Asia Tenggara ialah Singapura. Ini adalah kerana Singapura mempunyai bidang tanah yang kecil, kawasan pantai yang terhad dan mempunyai populasi penduduk yang semakin meningkat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan bilateral antara Singapura dengan Amerika Syarikat, dan mengenalpasti kerjasama militarinya yang berkaitan dengan aktiviti penambakan wilayah di Singapura. Pengumpulan data primer dilaksanakan secara pemerhatian terus di lapangan dan melalui beberapa sesi temubual mendalam. Pengumpulan data sekunder diperolehi daripada pelbagai sumber seperti artikel jurnal tersohor, akhbar, laman internet yang dipercayai dan laporan kerajaan. Kajian ini mendapati bahawa langkah yang diambil oleh Singapura untuk menambak wilayah ini bukanlah disebabkan peningkatan populasi penduduknya semata-mata. Tatkala Amerika Syarikat kelihatan agresif melaksanakan strategi pivot to Asia Pacific, Singapura pula sebenarnya mengalu-alukan kehadiran kuasa militari Amerika Syarikat ke rantau ini. Justeru kajian ini menyimpulkan bahawa jaringan kerjasama militari Singapura- Amerika Syarikat adalah signifikan di dalam aktiviti penambakan wilayah Singapura di mana ianya memenuhi kepentingan realpolitik Amerika Syarikat di rantau ini

    Correlation analysis of Singaporean land reclamation towards its national population

    Get PDF
    Land reclamation is a technique that refers to sand dredging in a given location and the sand is then placed at another location by the shores to elevate the seabed surface level until it becomes a new landscape. Among the countries that actively embark into land reclamation activities in the South East Asian region is Singapore. This is because, Singapore is one of the countries which experience land insufficiency and have a limited coastal area. This study has focused the pattern of Singaporean population, and to identify its relevance to the land reclamation objectives. The collection of primary information was done through direct site observation, and through several interviews. Meanwhile, the collection of secondary materials was done using the library study method in relevant premises. The step taken by Singapore to reclaim its territories is not only because of the increased population alone. This study finds that the number of Singaporean native citizens’ population has declined over the years based on the total fertility rate (TFR) of its natives. This is due to the fact that although Singapore has implemented land reclamation up until today, the latest statistics of population issued by the National Population and Talent Division, Prime Minister’s Office in Singapore has recorded a drop of the TFR for its people to 1.19 point, and stays under the level of 2.10 point for the past 30 years. Thus this study has found that, there is no any relationship can be established between the land reclamation activities towards its population issues in Singapore
    corecore