3 research outputs found

    Pengekalan dan Pemuliharaan Landskap Budaya: Identiti Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

    Get PDF
    Hari ini, identiti kampung Melayu semakin luput dalam usaha mencapai aspirasi Negara Maju – 2020. Tradisi dan cara hidup komuniti berterusan diancam oleh tekanan pembangunan negara yang menuju ke arah urbanisasi dan industrialisasi. Ke dua aspek tersebut yang membawa nilai-nilai baru dan asing kian menghakis dan menjadi ancaman kehilangan identiti kampung. Contohnya kemasukan aplikasi teknologi moden dan bahan bina yang bukan sahaja bercanggah dengan karektor vernakular kampung, bahkan turut merosakkan nilai ekologi landskap sensitif, pandangan panoramik serta estetika di kawasan kampung. Tambahan lagi sikap komuniti tempatan sendiri yang masih kabur mengenai kepentingan pemeliharaan landskap budaya. Menyedari hakikat ini, maka kajian dilakukan bertujuan untuk mencari pendekatan yang berkesan dalam pemeliharaan identiti luar bandar. Kajian meliputi rujukan penulisan berkaitan karektor-karektor landskap budaya Melayu serta konsep pengekalan dan pemuliharaannya. Kajian kes luar bandar Negara Amerika Syarikat turut dikaji bagi memahami pendekatan komprehensif yang digunakan sehingga berjaya mengekalkan identiti silam mereka sehingga kini. Kajian memfokuskan sebuah kampung di Negeri Terengganu iaitu kampung Pulau Duyong yang terkenal dengan kemahiran pertukangan bot secara tradisional. Di sini kajian meliputi penganalisisan sikap dan persepsi komuniti setempat terhadap persekitaran melalui kaji selidik serta temubual. Kajian terhadap karektor-karektor landskap budaya yang mempengaruhi pembentukan identiti kampung turut dilakukan. Di akhir kajian, saranan pengekalan dan pemuliharaan identiti landskap budaya dirumuskan. Justeru, dalam menyeimbangkan antara dua aktiviti yang bertentangan iaitu warisan tradisi dan pembangunan moden; pendekatan pengekalan dan pemuliharaan landskap budaya adalah penting dirumuskan dengan mengambilkira aspek sosio budaya, ekonomi serta semangat setempat sesuatu tempat. Kerjasama dari semua pihak iaitu sektor swasta, pihak berkuasa tempatan dan komuniti adalah juga penting bagi meminimumkan “kepupusan” karektor-karektor landskap budaya. Seterusnya menjamin pemanjangan hayat karektor-karektor tersebut agar dapat dihayati dan dinikmati hingga ke generasi akan datang

    Pendekatan permakultur bagi mewujudkan gunatanah pertanian lestari di Malaysia: Kajian kes di Kuala Ping, Terengganu

    Get PDF
    Meskipun pertanian modern berasas kimia telah meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani Malaysia, namun ia juga telah mengakibatkan impak negatif terhadap alam sekitar kawasan luar bandar di Malaysia. Permakultur menawarkan alternatif kepada pertanian kimia yang tidak mesra alam ini kerana ia diinspirasikan oleh etika alam sekitar, teknologi pertanian hijau, dan prinsip peri pentingnya memelihara keharmonian antara manusia dan alam. Dengan menggunakan Kuala Ping sebagai contoh, kajian ini menunjukkan bagaimana penggunaan permakultur boleh membawa kepada gunatanah pertanian yang lestari di Malaysia. Ia menunjukkan bagaimana reka-bentuk semula landskap pertanian di Kuala Ping dengan cara permakultur dapat memelihara dan mengekalkan keutuhan ekosistem tempatan sambil secara sistematik mengintegrasikan alam sekitar dan penghuninya menerusi penggunaan teknologi pertanian hijau. Gagasan sentral permakultur ialah menggalakkan penggunaan sumber semulajadi yang sediada bagi menghasilkan produk makanan berkualiti, menyediakan rekabentuk rumah kediaman yang bersesuaian dengan sumber asli sediada, dan menjimatkan penggunaan tenaga
    corecore