2 research outputs found

    Peranan Al-Juzuli (M. 870H) dalam penyatuan ummah berdasarkan Kitab ʿAkidah Al-Juzuli [The Role Of Al-Juzuli (D. 870H) in the unification of the ummah based on ʿAkidah Al-Juzuli]

    No full text
    Muhammad bin Sulayman al-Juzuli al-Sousi merupakan seorang ulama terkemuka Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah al-Asha’irah pada abad ke-9 Hijrah. Beliau meneruskan kesinambungan tarekat al-Shadhiliyyah yang diasaskan oleh Abu al-Hassan al-Shadhili (m. 656H) dan merupakan seorang sarjana yang banyak memberikan sumbangan kepada Islam khususnya dalam bidang tasawwuf dengan penulisan magnum opusnya iaitu kitab Dala’il al-Khayrat yang menjadi wirid di seluruh dunia dan beberapa penulisan yang lain. Beliau diiktiraf sebagai seorang tokoh sufi dan akidah yang terkemuka dalam kalangan sarjana Islam sehingga ke hari ini dan ketokohan beliau terserlah melalui tarekat beliau iaitu tarekat al-Juzuliyyah yang diikuti oleh ramai ulama khususnya di Maghribi. Namun begitu, perbincangan berkaitan sumbangan beliau dalam menyatupadukan ummah khususnya melalui kitab ‘Akidah al-Juzuli dilihat masih kurang diberi tumpuan oleh pengkaji muta’akhirin. Justeru itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji sumbangan beliau dari aspek peranan kitab ini dalam penyatuan ummah dan kesannya terhadap Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah al-Asha’irah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah pengumpulan data menggunakan metodologi kajian kepustakaan dan kajian ini memilih kitab ʿAkidah al-Juzuli sebagai sumber utama. Manakala kaedah penganalisaan data pula menggunakan metodologi analisis kandungan iaitu dengan merujuk kepada karya turāth para ilmuwan Islam untuk mendapatkan huraian sebenar berkaitan peranan dan sumbangan al-Juzuli dalam penyatuan ummah. Dapatan kajian mendapati bahawa Muhammad bin Sulayman al-Juzuli merupakan seorang ulama akidah terkenal yang telah memberikan sumbangan besar terhadap penyebaran mazhab al-Ash’ari di dunia barat Islam. Pemikiran akidah yang ditonjolkan oleh beliau dapat dijadikan sebagai iktibar dan rujukan umat Islam khususnya dalam menyatupadukan umat Islam yang akhir-akhir ini dilihat semakin berpecah

    Rheological and thermodynamic behaviour of PSf/ZnO: Effect of zinc oxide

    Get PDF
    Zinc oxide synthesis normally involve zinc precursor and reduction during the preparation. To improve the dispersion of nanoparticle, the ZnO synthesis is the most promising option since the particles can stabilize in dope solution. However, the process of ZnO synthesis required the addition of polar precursor and reduction agents which are expected to influence the rheological and phase inversion properties of membrane dope solution. It is worth to mention that the rheological properties and phase inversion behaviour of the dope solutions play a critical role in determining the membrane morphology and separation performance. The PSf/ZnO dope solution was prepared via in-situ synthesis using three different precursors and reducing agents. The concentration was varied from 0 wt. %, 1 wt.% and 2 wt.% before dissolving in N-Methyl-2-pyrrolidone (NMP) as it will completely dissolved together. Three different precursors used were Zinc Chloride, Zinc Nitrate and Zinc Acetate while Sodium Borohydride, Hydrazine Hydrate and Urea are three different reduction agents. The thermal stability of the dope solutions was analyzed using cloud test measurement and the rheological properties were measured using viscometer toward the viscosity of the dope solution. Thermodynamic stability analysis denotes that that the hydrazine hydrate has the lowest water percentage for 15 wt.% of PSf which is 3.30 %. Meanwhile, zinc acetate with hydrazine hydrate have the lowest water percentage for 15 wt.% PSf which is 1.59 %. This also shows that the zinc chloride binodal line nearly to the solvent/polymer axis which might resulted on faster demixing rate and miscibility gap become shorter. Urea is nearest to binodal line. Viscosity test results to highest viscosity of urea as reducing agent in dope solution. Moreover, it shows that the PSf/ZnO solution have Newtonian behaviour. As the concentration of Zinc Oxide increases, the viscosity increases at the room temperature
    corecore