3 research outputs found

    Biodiversiti serangga ranting di Rezab Hidupan Liar Endau Kluang, Johor

    Get PDF
    Kajian inventori serangga ranting telah dijalankan di Hutan Simpan Endau-Kluang, Johor semasa Inventori Biodiversiti Rezab Hidupan Liar Endau-Kluang, Johor pada 28 Oktober hingga 1 November 2008. Persampelan telah dilakukan secara pencarian oportunistik di sepanjang trail-trail kajian. Sebanyak 18 spesies (42 individu) telah berjaya direkodkan yang merangkumi empat famili iaitu Heteronemiidae, Aschiphasmatidae, Phasmatidae dan Bacillidae. Daripada jumlah ini Famili Heteronemiidae merupakan famili dominan (83 %) dengan kepelbagaian spesies yang paling tinggi iaitu 15 spesies. Manakala tiga famili yang lain direkodkan sebanyak satu spesies bagi setiap famili. Famili Heteronemiidae merupakan famili yang terbesar dalam order Phasmida. Kebanyakan spesies dari famili tersebut biasanya dapat ditemui di mana-mana hutan tropika. Spesies yang paling tinggi kelimpahan ialah Abrosoma johorensis diikuti oleh Lonchodes sp, Prisomera malaya, Diesbachia tamyris dan Pylaemenes mitratus. Senarai serangga ranting yang diperolehi dalam kajian ini merupakan senarai yang pertama kali dilaporkan bagi kawasan Rezab Hidupan Liar Endau-Kluang, Joho

    Cadangan Prosedur Operasi Standard (SOP) tangkapan dan tahanan inividu autisme untuk Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) di Malaysia

    Get PDF
    Individu autisme merupakan mereka yang mengalami kecelaruan perkembangan neuro dalam sistem saraf otak dan menyebabkan defisit yang signifikan terutama dalam interaksi sosial dan komunikasi. Situasi ini menjadikan mereka berperilaku berlainan dengan individu tipikal dan sebahagiannya cenderung kepada pelanggaran undang-undang tanpa disedari. Oleh itu di Malaysia, satu Prosedur Operasi Standard (SOP) Khas Autisme Polis untuk tangkapan dan tahanan individu autisme yang disyaki melanggar undang-undang, telah dikuatkuasakan pada tahun 2019 untuk jenayah di bawah bidang kuasa Persekutuan. Namun, belum terdapat SOP untuk tangkapan dan tahanan individu autisme yang disyaki melanggar undang-undang bagi kesalahan jenayah syariah di peringkat negeri. SOP yang berbeza itu perlu diwujudkan kerana struktur sistem perundangan di Malaysia memisahkan bidang kuasa jenayah di peringkat persekutuan dan negeri. Justeru, objektif kajian ini bertujuan mencadangkan garis panduan SOP tangkapan dan tahanan individu autisme yang disyaki melanggar undang-undang jenayah syariah untuk penguat kuasa agama (PPA) negeri-negeri di Malaysia. Metodologi kajian adalah melalui analisis dokumen, perbincangan meja bulat (RTD) dan perbincangan kumpulan fokus (FGD) bersama pengamal perundangan Islam, penguat kuasa agama, pakar autisme dan guru pendidikan khas di Malaysia. Data terkumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati cadangan garis panduan SOP tangkapan dan tahanan untuk individu autisme bagi kegunaan penguat kuasa agama ini perlulah diperinci dan sesuaikan dengan prilaku individu autisme melalui prosedur khusus, tahanan khusus, bukti dokumentasi serta rujukan undang-undang berkaitan

    People with Autism and The Propensity for Law-Breaking: A Special Education Teachers’ Perspective

    Get PDF
    Autism is a subtype of neuro-developmental disorders, that causes the afflicted person to have social skills deficit, which then manifests into their behaviours. Behaviours that are typical among persons with autism, such as obsessions with daily routine, difficulties in understanding abstract matters and codes of conduct may expose them to engage in indecent acts in public or exhibit other forms of risky behaviours that violate social norms and break the law. The objective of this research is to study the behaviour of persons with autism who tend to break the law based on the perspective of teachers at autism centres in Malaysia. Data were collected through focus group discussion (FGD) with 25 special education teachers who were directly involved in the process of early intervention and education of children with autism. Data obtained were then analyzed descriptively and thematic analysis was conducted to obtain the recurring themes. Results of FGD demonstrated that the frequently emerging themes of rule-breaking behaviors committed by persons with autism are physically hurting others, setting buildings on fire (arson), vandalism of public property, theft, sexual and cyber offences which are considered criminal acts under the Penal Code and the Shariah Criminal Offences State Enactment/Act. Most research participants, however, considered these behaviors to be part of the individual with autism behavior and thus do not consider them serious enough to report to law enforcement for investigation and prosecution. Thus, it is recommended that teachers, parents, and caretakers be more attentive to preventing high-risk behavior of persons with autism through ongoing early intervention programs tailored to meet the needs of persons with autism. Research findings can help society to better understand autistic behavior that needs timely intervention, so it will not lead to an investigation by the police or criminal prosecution
    corecore