unknown

Biodiversiti serangga ranting di Rezab Hidupan Liar Endau Kluang, Johor

Abstract

Kajian inventori serangga ranting telah dijalankan di Hutan Simpan Endau-Kluang, Johor semasa Inventori Biodiversiti Rezab Hidupan Liar Endau-Kluang, Johor pada 28 Oktober hingga 1 November 2008. Persampelan telah dilakukan secara pencarian oportunistik di sepanjang trail-trail kajian. Sebanyak 18 spesies (42 individu) telah berjaya direkodkan yang merangkumi empat famili iaitu Heteronemiidae, Aschiphasmatidae, Phasmatidae dan Bacillidae. Daripada jumlah ini Famili Heteronemiidae merupakan famili dominan (83 %) dengan kepelbagaian spesies yang paling tinggi iaitu 15 spesies. Manakala tiga famili yang lain direkodkan sebanyak satu spesies bagi setiap famili. Famili Heteronemiidae merupakan famili yang terbesar dalam order Phasmida. Kebanyakan spesies dari famili tersebut biasanya dapat ditemui di mana-mana hutan tropika. Spesies yang paling tinggi kelimpahan ialah Abrosoma johorensis diikuti oleh Lonchodes sp, Prisomera malaya, Diesbachia tamyris dan Pylaemenes mitratus. Senarai serangga ranting yang diperolehi dalam kajian ini merupakan senarai yang pertama kali dilaporkan bagi kawasan Rezab Hidupan Liar Endau-Kluang, Joho

    Similar works