182 research outputs found

    Cooperative learning in process dynamics & control course for undergraduate chemical engineering students

    Get PDF
    titute in the country, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) is aggressively encouraging teaching staff to enhance teaching and learning to produce graduates who are relevant in today’s highly competitive world. To achieve this goal, grassroots awareness and training campaign, followed by encouragements are rigorously made. Active learning techniques, especially the Cooperative Learning (CL) and Problem Based Learning (PBL) are currently being promoted across all disciplines as well as levels of studies. This effort which was initiated by a group of enthusiastic teaching staff received a welcome endorsement from the highest level of university administrative key personnel. A special task force called CL-PBL Support Group was then set up to facilitate the promotion of CL and PBL practices across the board. At implementation level, faculty-based core groups were set up and trained to acquire and apply the necessary knowledge and teaching skills pertaining to these active learning approaches. This paper describes strategies and efforts to convince and encourage the implementation of active learning techniques among teaching staff and administrators, especially those in the engineering and engineering-related faculties. Training and support provided to academic staff are also discussed. Finally, factors that influence the success of university-wide implementation will be included

    Promoting active learning in Universiti Teknologi Malaysia: A bottom-up, top-down approach

    Get PDF
    Being a leading technological higher education institute in the country, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) is aggressively encouraging teaching staff to enhance teaching and learning to produce graduates who are relevant in today’s highly competitive world. To achieve this goal, grassroots awareness and training campaign, followed by encouragements are rigorously made. Active learning techniques, especially the Cooperative Learning (CL) and Problem Based Learning (PBL) are currently being promoted across all disciplines as well as levels of studies. This effort which was initiated by a group of enthusiastic teaching staff received a welcome endorsement from the highest level of university administrative key personnel. A special task force called CL-PBL Support Group was then set up to facilitate the promotion of CL and PBL practices across the board. At implementation level, faculty-based core groups were set up and trained to acquire and apply the necessary knowledge and teaching skills pertaining to these active learning approaches. This paper describes strategies and efforts to convince and encourage the implementation of active learning techniques among teaching staff and administrators, especially those in the engineering and engineering-related faculties. Training and support provided to academic staff are also discussed. Finally, factors that influence the success of university-wide implementation will be included

    Komunikasi bahasa Melayu-Jawa dalam media sosial

    Get PDF
    Di Malaysia, masih terdapat masyarakat Jawa yang menggunakan bahasa Jawa dalam pertuturan seharian. Ragam bahasa yang lazim digunakan ialah ragam Jawa ngoko (bahasa kasar). Walaupun bahasa Jawa masih dituturkan, namun penggunaannya semakin berkurangan. Salah satu faktor penggunaan bahasa Jawa yang semakin berkurang ini adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi telah mempengaruhi masyarakat Jawa untuk beralih menggunakan bahasa Melayu. Kebanyakan orang Jawa daripada generasi ketiga sudah tidak menggunakan bahasa Jawa dalam interaksi lisan mereka tetapi memilih menggunakan bahasa Melayu. Kemunculan media sosial telah mewujudkan wadah baru dalam berkomunikasi dalam kalangan masyarakat Jawa daripada generasi ketiga. Dengan wujudnya media baru ini, maka proses komunikasi mereka juga turut berubah. Penggunaan aplikasi sosial seperti WhatsApp telah mengubah lanskap komunikasi dengan memberi ruang yang luas kepada bahasa ibunda mereka (bahasa Jawa) untuk berkembang. Kajian ini mendapati penggunaan bahasa Jawa ini digunakan sepenuhnya dalam sesuatu perbualan dan kadang kala diselangselikan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial. Penguasaan kedua-dua bahasa yang baik dalam penutur bahasa Jawa menjadikannya lebih mudah untuk kedua-dua bahasa ditukar kod, iaitu daripada bahasa Jawa kepada bahasa Melayu dan bahasa Melayu kepada bahasa Jawa. Di samping itu, terdapat juga penukaran kod daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dan juga Arab. Justeru dengan adanya penggunaan media social dan aplikasi sebagai medium berkomunikasi seperti whatsApp, maka penggunaan bahasa Jawa telah meningkat dan seterusnya akan membantu melestarikan bahasa Jawa

    Aspek kala dalam nahu Melayu abad ke-17: perspektif orang Belanda

    Get PDF
    Bahasa Melayu tidak mempunyai sistem kala seperti bahasa Latin, Inggeris, dan Belanda. Dalam bahasa Melayu, kala atau waktu sesuatu pekerjaan dilakukan sering kali tidak dinyatakan, kerana pendengar boleh menentukan waktunya berdasarkan hubungan dan konteks sesuatu ujaran. Namun, dalam pemerhatian awal oleh orang Belanda, bahasa Melayu dilihat dari perspektif yang sama dengan bahasa Belanda. Bahasa Melayu juga dianggap mempunyai penanda kata kerja seperti bahasa Belanda. Berdasarkan jadual-jadual yang dipaparkan dalam bukunya Spareck ende woord-boeck, Fredrick Houtman cuba menunjukkan bahawa kata kerja dalam bahasa Melayu juga boleh dijadikan penanda kala. Makalah ini membincangkan jadual konjugasi Frederick Houtman dengan memberi tumpuan terhadap aspek kala dari perspektif sejarah linguistik. Model Climate of Opinion Koerner akan digunakan untuk menghuraikan aspek kala tersebut. Dapatan memperlihatkan bahawa pemaparan jadual konjugasi tersebut adalah sejajar dengan suasana keintelektualan pada abad ketujuh belas. Pada abad ini penulis nahu memberi penekanan kepada aspek konjugasi disebabkan oleh pengaruh daripada bahasa Latin. Penulisan ini juga sejajar dengan perkembangan penulisan nahu di dunia, atau dengan lain perkataan penulisan ini adalah sejajar dengan suasana keintelektualan pada masa itu. Oleh sebab bahasa Latin adalah lingua academica pada waktu itu, maka pengaruhnya tidak dapat dielakkan. Justeru ini menjadikan bahasa Melayu sejajar dengan bahasa lain di dunia, terutama bahasa Latin sebab Latin bermakna nahu

    Analisis lakuan tutur dalam ruangan status Facebook

    Get PDF
    Kajian ini meneliti fungsi komunikasi melalui lakuan tutur yang disampaikan oleh pengguna media sosial melalui ruangan/aktiviti kemas kini status (update status). Kajian ini memfokuskan kepada media sosial iaitu facebook dengan anggapan medium ini merupakan rangkaian sosial secara online yang paling popular dalam kalangan pengguna media sosial. Dalam media sosial, ruangan dan pengemaskinian status aktiviti harian dianggap sebagai rutin oleh individu untuk berkomunikasi dengan jaringan sosial mereka. Ruang status dianggap sebagai jurnal personal yang mana individu merakamkan apa sahaja aktiviti, peristiwa dan pengalaman yang berlaku kepada mereka dan persekitaran mereka pada setiap hari. Dengan berbuat demikian, individu akan menggunakan pelbagai jenis lakuan bahasa. Maka konteks bagi aktiviti pengemaskinian status adalah forum rangkaian sosial dan aktiviti menulis serta mengemas kini status merupakan satu lakuan sosial (social action) yang menggunakan bahasa bagi melaksanakan sesuatu lakuan. Bahasa yang digunakan untuk mengungkap pelbagai emosi dan perasaan, memulakan perbahasan atau menghina seseorang merupakan lakuan tutur iaitu ujaran digunakan untuk melakukan sesuatu. Justeru, kajian ini akan menggunakan kaedah analisis kandungan dengan mengambil sampel ‘posting status’ dan analisis berdasarkan kerangka lakuan tutur Searle (1969). Kajian ini mendapati status yang dihantar bukan sahaja menunjukkan kategori khusus lakuan tutur namun kebanyakan status menunjukkan kategori gabungan beberapa lakuan tutur dalam satu status. Kategori lakuan tutur yang ditemui dalam ruangan status facebook ialah representatif, ekspresif dan direktif. Kajian ini menunjukkan bahawa apa sahaja status yang dihantar sama ada dalam bentuk penyataan, berita, petikan atau jenaka adalah juga memperlihatkan suatu lakuan tutur yang hendak disampaikan dan dikongsi bersama dalam rangkaian sosial mereka

    Analisis lakuan bahasa direktif guru pelatih dalam komunikasi di bilik darjah

    Get PDF
    Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pelbagai lakuan bahasa digunakan oleh guru pelatih untuk menyampaikan isi pelajaran. Antara lakuan bahasa yang kerap digunakan dalam kalangan guru pelatih sewaktu mengajar ialah lakuan bahasa direktif. Lakuan bahasa direktif ialah ujaran yang digunakan membuat si pendengar melakukan sesuatu. Sehubungan itu, kajian ini meneliti bentuk lakuan bahasa direktif guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam komunikasi di bilik darjah sewaktu mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kajian secara kualitatif ini menggunakan teknik rakaman melibatkan tiga orang guru pelatih tahun akhir IPGM sebagai responden kajian. Ujaran lakuan bahasa direktif telah ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis menggunakan teori lakuan pertuturan dan komunikasi oleh Bach dan Harnish (1979). Kajian menunjukkan ujaran direktif responden terdiri daripada subkategori lakuan bahasa direktif permintaan, pertanyaan, keperluan, larangan, permisif dan nasihat. Kajian ini juga mendapati, dalam subkategori lakuan bahasa direktif, ujaran direktif berbentuk keperluan yang terdiri daripada ayat suruhan paling kerap diujarkan oleh guru pelatih. Hal ini kerana direktif keperluan dapat menyerlahkan kewibawaan dan ketegasan si penutur kepada pihak pendengar. Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa guru pelatih IPGM mempunyai kecekapan pragmatik dalam komunikasi di bilik darjah terutama sewaktu memberikan arahan kepada murid

    Identity and intercultural competence: probing student experiences in Malaysian campuses

    Get PDF
    This study offers a Malaysian perspective on identity and intercultural competence. We examine how ethnically diverse students in Malaysian campuses make sense of their identities and intercultural competence. Using communication theory of identity as the underlying theoretical framework, we explore their discourse on identity and intercultural competence based on their experiences with cultural others. We collect data from in-depth interviews with selected participants. The study reveals two themes: the affiliation nature of identity and the dynamic nature of identity. The analysis contributes to enriching current understanding of intercultural competence that takes into account identity and intercultural experiences in Malaysia

    Reconceptualizing intercultural competence: A phenomenological investigation of students’ intercultural experiences

    Get PDF
    This paper investigates the notion of intercultural competence from the perspective of students in a Malaysian university.In-depth interviews involving fifteen culturally diverse students were conducted.Students reflected their lived experiences with cultural others and shared their perceptions of competent communication. Using phenomenological analysis of the interview data, two core themes that encompass intercultural competence emerged: acquiring cultural understanding and respecting cultural differences. These core themes indicate that intercultural competence is viewed as a relational process that must include both communication partners to mutually achieve appropriate and effective behaviors.The findings contribute into rethinking the Western perspective by bringing forth a relational perspective into the corpus of intercultural competence

    Dieksis sosial dalam interaksi masyarakat Melayu Kedah

    Get PDF
    Penggunaan kata aku, saya, kamu, engkau, dia, mereka dan awak adalah salah satu aspek deiksis sosial yang secara umumnya bermaksud pemilihan dan penggunaan kata nama yang bersesuaian bagi merujuk seseorang atau diri sendiri. Deiksis sosial sebahagiannya dibina melalui elemen deiksis orang. Justeru makalah ini bertujuan untuk menjelaskan dieksis sosial dalam interaksi yang berlaku dalam masyarakat Melayu Kedah khususnya di Kampung Kubang Lintah, mukim Lepai, daerah Kota Setar (DKKS). Pengumpulan data kajian ini adalah secara rakaman perbualan yang berlaku spontan. Informan merupakan penutur dialek Kedah. Kajian ini telah mengaplikasikan pendekatan kualitatif mengikut kerangka analisis deiksis seperti yang dikemukakan oleh Huang (2014). Kajian ini menunjukkan dieksis social berkait rapat dengan dieksis perorangan yang diungkapkan melalui kata ganti nama diri. Keperihalan keadaan seperti intonasi, keadaan peserta deiksis, matlamat pengucapan dan sebagainya merupakan rujukan yang terpenting yang dilihat antara sumbangan pembentukkan struktur dan makna kepada sesebuah elemen diektik yang diinterpretasikan. Implikasinya, DKKS yang merupakan subdialek Kedah dilihat mempamerkan elemen pemakaian deiksis yang tersendiri yang bukan sahaja cenderung dibina melalui bahasanya tetapi juga melibatkan konseptual yang lebih meluas. Hasil analisis membuktikan setiap penutur deiksis memainkan peranan sebagai penyumbang seperti mana yang diilustrasikan melalui pengujaran yang terhasil

    Investigation Study of Effectiveness Solar Renewable Energy Installation at on Site Installation

    Get PDF
    This paper presents the installation study of solar renewable energy at UMS peak. The single line diagram for the renewable energy study will be design and explain thoroughly in this paper, the design will be based on off grid system photovoltaic. The expected solar power generation will be calculated and the efficiency of the system will be discussed. The efficiency of energy storage capacity also will be discussed in this paper
    corecore