29 research outputs found

    Kesolvenan dan kecekapan teknikal syarikat insurans hayat di Malaysia

    Get PDF
    Purpose - The paper sought to identify the effieciency level of the insurer and investigated the relationship between efficiency and solvency, particularly companies in the life insurance sector. This study also attempted to examine the relationship between size and solvency Design/Methodology/Approach - Efficiency level or score for all life insruance companies were derived from the stochastic frontier analysis(SFA). In addition, panel data analysis was used to investigate the relationship between size and efficiency score with solvency of the insurer. Two year data,ranging from 2003 to 2004, were used in this study. Findings - The results proved that the majority of life insurers do not operat in-line with the efficiency frontier and this was because of the inefficiency in handling resources (technical inefficiency). The study also discovered that size and efficiency are significantly related to life insurer solvency. The model which was developed can be used in assisting several parties such as consumers, life insurers, and policy makers to improve the existing insurance system.Originality/Value - The paper used a different approach to measure efficiency, which was a parametric approach as compared to a non-parametric approach, namely Data envelopment analysis (DEA). Exploring the possibility of incoporating effciency scores as one of the determinant for solvency would be beneficial to the life insurance industry players. Paper type - Research Paper

    The relationship between price volatility, maturity and volume of trade of the Malaysian bond market

    Get PDF
    Kajian ini cuba membuat eksplorasi ke atas kesan tempoh matang dan volum dagangan ke atas kemeruapan pasaran bon Malaysia. Bon MGS, Cagamas clan Korporat yang aktif didagangkan merupakan data yang digunakan di dalam kajian ini. Perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah ini seterusnya dicerap dengan menggunakan analisa regresi. Tempoh kajian ini dibahagikan kepada tiga tempoh iaitu tempoh krisis (Mac 1996-Jun I997), tempoh semasa krisis sebelum pegging (Julai 1997-Ogos 1998) dan tempoh krisis selepas pegging (September 1998-Mac 1999). Adalah didapati bahawa tidak wujud perhubungan di antara kemeruapan harga dan tempoh matang bagi bon MGS dan Cagamas tetapi bagi bon Korporat, perhubungan di antara pemboleh ubah tersebut adalah positif dalam semua tempoh masa. Keputusan kajian juga menunjukkan bagi bon Korporat apabila volum dagangan dimasukkan ke dalam persamaan regresi, perhubungan di antara tempoh matang dan kemeruapan harganya menjadi tidak signifikan kecuali bagi tempoh semasa krisis sebelum pegging

    Tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar universiti awam: kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia

    Get PDF
    Literasi kewangan adalah sangat penting dalam pembuatan keputusan kewangan oleh seseorang individu sebagai antara usaha untuk mencapai kesejahteraan kewangan. Dengan meningkatnya kemungkiran bayaran pinjaman pelajar dan perkaitannya dengan tahap literasi kewangan di Malaysia dan juga di peringkat global, maka kajian ini bertujuan menyelidiki tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar di universiti awam dengan mengambil pelajar terpilih dari Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu salah sebuah universiti awam di Malaysia sebagai sampel kajian. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap literasi kewangan dalam kalangan mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara purata pelajar di UKM memiliki tahap literasi kewangan yang sederhana. Hasil analisis regresi berbilang pembolehubah dan ANOVA satu-hala menunjukkan bahawa jenis fakulti dan prestasi akademik mempengaruhi tahap literasi kewangan pelajar. Faktor-faktor lain termasuk maklumat penajaan (penaja dan jumlah penajaan yang diperoleh per semester), maklumat ibubapa (pendapatan,pekerjaan dan kelayakan akademik ibu bapa), faktor demografi (jantina, bangsa), tempat tinggal, kelayakan akademik pelajar untuk memasuki universiti dan tahun pengajianadalah tidak siknifikan. Hasil kajian ini mencadangkan agar usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengetahuan kewangan perlu dipertingkatkan lagi dalam kalangan pelajar universiti. Dapatan daripada faktor-faktor yang mempengaruhi tahap literasi kewangan dapat membantu penggubal polisi, para pentadbir dan pendidik mengetahui aspek atau komponen penting yang perlu diambil kira dalam program pendidikan yang berkait dengan meningkatkan literasi kewangan

    Underinsurance in Malaysia: the application of the Monte Carlo simulation

    Get PDF
    This study seeks to estimate the extent of underinsurance among Malaysian families in 2012. Underinsurance is quantified by the extent to which the citizens in a country are inadequately covered by the life insurance protection. To measure underinsurance, we use the concept of the life insurance protection gap as proposed by Swiss Re (2004). The mortality protection gap is the difference between the resources needed and the resources available. The resources needed refer to the resources the surviving dependents require for income replacement, debt repayment and other major expenses. The resources available refer to those resources actually available to the dependents from financial assets, social security and life insurance coverage. The data collected are simulated using the Monte Carlo simulation process. Statistical analysis of the results of the simulation runs indicates that, on average, the extent of underinsurance in Malaysia is about RM500,000 per household

    Two-stage DEA method in identifying the exogenous factors of insurers’ risk and investment management efficiency

    Get PDF
    The objective of this study was to identify the exogenous variables of risk and investment management efficiency by using a two-stage data envelopment analysis (DEA) method. The first stage involves obtaining the efficiency scores of risk and investment management via DEA that requires only the traditional inputs and outputs. In the second stage, the Tobit regression analysis is conducted in which the efficiency score obtained from the first stage is treated as a dependent variable, while the exogenous factors are considered to be independent variables. The exogenous factors consist of operating systems, organizational form, consumer preference and size. The results showed that the mutual company as well as the takaful system demonstrate better risk management performance than their stock and conventional system counterparts. In addition, size is also a significant indicator for risk management efficiency in which the larger insurer/takaful operator exhibits better risk management performance than the smaller one. However, consumer preference is found to be insignificantly correlated with the efficiency of risk management. In contrast, with risk management, organizational form, operating system and size are not indicators of the investment management efficiency, but consumer preference is significantly and positively associated with investment management efficiency

    Aplikasi skor-Z Altman dalam menganggar kesolvenan pengendali takaful di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengira tahap kesolvenan pengendali takaful di Malaysia dengan menggunakan Skor-Z Altman. Beberapa penganggar kesolvenan telah pun dibangunkan dan diguna pakai dalam industri, antaranya termasuk Margin Kesolvenan (Margin of Solvency [MOS]), Modal Berasaskan Risiko (Risk-Based Capital [RBC]), Keupayaan Membayar Tuntutan (Claim Paying Ability [CPA]) dan Penarafan CAMEL (CAMEL Rating). Masalah maklumat tidak simetri yang sememangnya wujud dalam industri insurans (takaful) sekaligus menyebabkan maklumat daripada pengukuran-pengukuran ini lebih bersifat tertutup. Akibatnya, pengguna dan pemegang polisi sendiri tidak maklum tentang tahap kesolvenan penanggung insurans dan pengendali takaful yang berada di pasaran bagi membantu membuat pilihan yang tepat untuk mendapatkan perlindungan. Kajian ini akan mengenal pasti tahap kesolvenan pengendali-pengendali takaful di Malaysia untuk tempoh tiga tahun yang bermula dari tahun 2012-2014. Selain itu, pengendali takaful akan ditarafkan berdasarkan skor kesolvenan yang diperolehi. Skor kesolvenan dalam kajian ini berdasarkan kepada empat nisbah di bawah Skor-Z Altman (bukan pembuatan) iaitu nisbah kecairan, nisbah keuntungan, nisbah leveraj dan nisbah kesolvenan. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara purata pengendali takaful berada dalam keadaan ‘berjaga-jaga’ pada sekitar tahun 2012 dan 2013. Pada tahun 2014 pula, secara purata pengendali takaful berada dalam keadaan ‘petanda buruk.’ Seterusnya penarafan dibuat berdasarkan keputusan skor yang diperolehi. Pada tahun 2012, AmFamily Takaful Bhd menduduki tempat yang teratas manakala Syarikat Takaful Malaysia Bhd menduduki tempat terbawah dalam kalangan pengendali takaful. Sementara itu, pada tahun 2013, pengendali takaful yang menduduki tempat teratas ialah Hong Leong MSIG Takaful Bhd manakala di tempat terbawah masih lagi Syarikat Takaful Malaysia Bhd. HSBC Amanah Takaful Sdn Bhd pula menduduki tempat pertama pada tahun 2014 manakala Takaful Ikhlas Sdn Bhd menduduki tempat yang terakhir. Secara keseluruhan, pengendali takaful yang berstatus asing lebih baik berbanding pengendali takaful tempatan. Hasil kajian diharapkan dapat memberi maklumat kepada pihak yang berkepentingan seperti masyarakat umum dan pengendali takaful tentang kebarangkalian kesolvenan yang dihadapi dan kedudukan setiap pengendali takaful berbanding dengan yang lain. Bagi masyarakat umum, skor kesolvenan yang diperoleh mungkin boleh dijadikan rujukan untuk memilih sesebuah pengendali takaful sebelum membuat keputusan pembelian. Manakala dari sudut industri takaful pula, pengendali takaful yang mempunyai skor kesolvenan dan penarafan yang baik boleh dijadikan rujukan sebagai amalan terbaik (best practised) pada yang lain

    The relative efficiency of investment management of life insurers and takaful operators

    Get PDF
    The objective of this study is to analyze the efficiency and determinants of investment management among life insurers and takaful operators and, thus be able to describe their investment efficiency and provide information to firms about the things that need to be improved. This study will use slack-based measure- data envelopment analysis (SBM - DEA) to determine the efficiency of investment management and Tobit analysis in identifying the determinants of the investment management efficiency. The result of SBM - DEA shows that the investment management efficiency of insurers and takaful operators was moderate. The heterogeneity of investment management efficiency declined during the study period and this is particularly encouraging because it shows that the insurers and takaful operators are converging towards the best practices. Besides, the result also reveals that the inefficiencies in investment management are mostly caused by the failure to manage all the resources at optimum level. Meanwhile, the result from Tobit analysis confirms that operating system and investment-linked product enhance the investment management efficiency of insurers and takaful operators. On the other hand, size does not provide a significant effect on the efficiency of investment management of insurers and takaful operators

    Takaful claim dilemma

    Get PDF
    “What a long and tedious meeting!” Borhan was heard grumbling.He had just finished attending July monthly meeting with the top management of Takaful Dinamik Berhad (TDB), a takaful company located in the heart of Kuala Lumpur.Just as he was about to breathe a sigh of relief, Borhan saw a letter which was discreetly placed on his table by his secretary.He was about to throw his files onto the letter when his eyes caught the phrase "Bank Negara Malaysia” (BNM) on the letter.BNM is the Central Bank of Malaysia and responsible for regulating and monitoring the insurance and takaful industry in the country. Borhan felt a bit anxious. With a furrowed brow he opened the letter and scrutinized the content line by line

    Influence of gender and academic program on financial literacy among Malaysian university students

    Get PDF
    This study examines financial literacy among Malaysian university students. It is conducted among undergraduate students at the Universiti Kebangsaan Malaysia. It also examines the effect of gender and different academic program on FL level. Various test such as the Independence T-test, ANOVA and Tukey Honest Significant Difference HSD are employed on 300 samples of primary data collected using questionnaires distributed among students from selected faculties. The questionnaire contains questions among others on financial attitude, knowledge as well personal characteristics items. The results show that the level of FL among UKM students is moderate. From the Independent T-Test, the results show a significant difference in FL scores for males and females which suggest that males are more financially literate than females. From the ANOVA and Tukey HSD the study finds that there is a statistically significant different between type of majoring and FL level with business majoring students have higher level of FL when compared to non-business majoring. From the business majoring, Financial Services and Risk Management specialization has the highest FL level. It is therefore recommended that a comprehensive and aggressive program of financial education be carried out among young people in Malaysia especially to university students from all academic program

    Mengaplikasi struktur pengagihan risiko dalam program kokurikulum universiti

    Get PDF
    Pengurusan risiko adalah sangat penting dalam memastikan program kokurikulum di universiti mencapai peranannya iaitu sebagai pelengkap kepada kurikulum akademik dalam melahirkan graduan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kajian ini melihat bagaimana pengaplikasian kaedah Struktur Pengagihan Risiko (SPR) iaitu satu kaedah yang mengenalpasti, menaraf dan menentukan faktor risiko bagi program kokurikulum di institusi pengajian tinggi khususnya di UKM. Ianya dilakukan melalui dua peringkat yang bermula dengan menstrukturkan risiko program berdasarkan SPR seterusnya menaraf atau mengkelaskan tahap risiko terbabit. Hasil kajian mendapati bahawa SPR bagi program kokurikulum di UKM boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pertama: sumber risiko bagi program tersebut boleh dilihat berdasarkan fasa-fasa kitaran hayat program tersebut. Terdapat 9 sumber risiko yang telah dikenalpasti iaitu perancangan, rekabentuk, maklumbalas, lokasi, tenaga kerja, kewangan, pengurusan, faktor luar kawal dan kebolehlaksanaan program. Seterusnya, peringkat kedua merujuk kepada risiko yang lebih terperinci yang berpunca daripada setiap sumber risiko dalam peringkat pertama. Secara keseluruhan, terdapat 41 jenis risiko program yang telah dikenalpasti di peringkat kedua. 17 daripada risiko ini dikategorikan sebagai kritikal yang kebanyakannya meliputi aspek kewangan, manakala 24 risiko berada pada tahap sederhana kritikal yang banyak melibatkan fasa projek and fasa maklumbalas. Implikasinya semua risiko yang berada pada tahap kritikal merupakan risiko yang perlu diberi perhatian yang lebih berbanding risiko lain kerana pengabaian terhadapnya boleh menyebabkan kegagalan projek yang serius. Dari segi keutamaan risiko pula, kajian ini mendapati bahawa risiko yang berkaitan dengan kewangan merupakan risiko yang perlu diberikan perhatian utama dalam memastikan kejayaan program kokurikulum di UKM. Sebaliknya, risiko cuaca, risiko bencana alam dan risiko alam sekitar merupakan antara risiko yang kurang penting. Walau bagaimanapun, pengabaian risiko-risiko ini secara total mampu menjejaskan kelancaran program yang dilaksanakan. Faedah yang diperolehi hasil daripada pengaplikasian SPR ini ialah ia akan menjadi senarai semak kepada pelajar tentang risiko yang bakal dihadapi oleh mereka sepanjang melaksanakan program kokurikulum. Di samping itu, dengan bantuan SPR, para pelajar boleh bersedia dengan pelan-pelan alternatif bagi meminimumkan kesan akibat daripada risiko tertentu dan sekaligus meningkatkan peluang kejayaan program yang dilakukan dari segi skop, jadual dan belanjawan
    corecore