3 research outputs found

    Traning for Womens towards Management in TVET

    Get PDF
    This paper discusses on gender and the implications for gender in management by building upon current research on doing gender well  and re-doing or undoing gender and argue that gender can be done well and differently in technical and vocational education and training (TVET) as well as skillsdevelopment in rural areas, mainly pertaining to agriculture and related activities and exploresexisting gender differences.Recently, there has been a renewed interest in training and skills development because of increased evidence that a minimalist approach to microfinance for poverty reduction and enterprise development did not lead to sustainable growth. The paper argues that many training interventions do not cater for the specific needs of women who are under-represented in formal training programmes and often directed towards typical female occupations. It reviews vocational and skills training in several supported programmes and explores how these target the poor and most vulnerable and to what extend gender differences in training provision

    Pembangunan profil standard kebangsaan bagi kemahiran informal orang asli malaysia demi kelestarian warisan etnik

    No full text
    Kemahiran informal orang Asli merupakan potensi semulajadi yang telah menghasilkan banyak produk seni dan kraf yang telah berjaya menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Sebahagiannya telah berjaya memperolehi anugerah di peringkat antarabangsa. Namun begitu, mereka tidak memperolehi sebarang pengiktirafan yang mampu dijadikan satu standard dalam kemahiran vokasional Orang Asli. Bidang seni kraf ini telah banyak dipelopori oleh ramai kelompok etnik, namun tiada satu standard yang seragam dalam aktiviti kemahiran ini. Oleh itu, satu profil standard yang selaras dengan kemahiran kebangsaan perlu dibangunkan sebagai panduan dalam pembentukan silibus kemahiran hasil dari kemahiran informal golongan ini. Pendekatan kajian ialah rekabentuk kajian kes secara penerokaan. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan pengumpulan dokumen. Kajian akan dilakukan di penempatan Mah Meri (Selangor), Jakun (Pahang) dan Semai (Johor). Profil ini diharapkan merupakan satu usaha ke arah memelihara dan memuliharan khazanah warisan etnik, disamping membantu orang asli memajukan diri dan mendapatkan pengiktirafan yang sewajarnya

    Nilai transformasi komuniti mah meri dalam pelancongan peribumi

    No full text
    Masyarakat Orang Asli Mah Meri merupakan kumpulan etnik Orang Asli daripada kumpulan Senoi. Mereka mempunyai kemahiran dari aspek ukiran berasaskan kayu dan anyaman. Keunikan hasil mereka telah mendapat permintaan dari pelancong tempatan dan juga luar negara. Produk ukiran kayu yang dihasilkan oleh mereka adalah seperti ukiran patung, topeng dan hiasan yang diperbuat daripada spesis kayu Nyireh Batu dan Kayu Pulai. Manakala produk anyaman seperti bakul, gelang, penanda buku, bujam dan bakul berduri dihasilkan daripada spesis pandan, daun nipah dan bahan lain. Selain itu, mereka juga mempunyai kumpulan tarian yang dikenali kumpulan tarian Jo Oh dan sering membuat persembahan sama ada di Perkampungan Budaya ataupun di majlis-majlis keramaian di luar penempatan mereka. Komuniti ini telah melalui satu proses transformasi yang membawa kejayaan kepada komuniti mereka. Melalui peralihan ini telah membawa nilai perubahan positif kepada mereka dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang menjana potensi dan kejayaan mereka dalam pelancongan peribumi
    corecore