2 research outputs found

    Kajian Mengenai Tahap Pemahaman Pelajar-Pelajar Tingkatan Satu Dan Tingkatan Empat Aliran Sains Terhadap Langkah-Langkah Keselamatan Di Makmal Sains Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Sungai Petani, Kedah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan meninjau tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah keselamatan di makmal sains di sekolah menengah di sekolah-sekolah di Daerah Sungai Petani, Kedah. Perkara yang dikaji adalah berhubung dengan pemahaman langkah-langkah keselamatan dalam empat aspek iaitu pengendalian alat dan radas dalam makmal sains, pertolongan cemas, perlindungan mata, muka dan badan dan teknik, aktiviti dan tindak balas kimia. Seramai 157 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian penting A , B dan C. Bahagian A mengandungi maklumat asas responden seperti jantina, nama sekolah dan tahun pengajian. Bahagian B pula mengandungi 30 soalan mengenai kefahaman pelajar dalam keselamatan makmal sains dalam bentuk aneka pilihan. Bahagian C pula adalah sama seperti bahagian B. Ia mengandungi 10 soalan tetapi berbentuk soalan terbuka di mana responden dikehendaki memberikan jawapan atau pendapat mereka sendiri. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian komputer iaitu ‘Statistical Packages For Social Sciences' 10.0 For Windows (SPSS 10.0 for Windows) untuk mendapatkan nilai peratusan dan min. Daripada purata min yang didapati, kajian mendapati para pelajar sememangnya memahami langkah-langkah keselamatan di makmal sains. Di samping itu, beberapa cadangan juga telah disediakan bagi kepentingan bersama. Secara keseluruhannya, para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail memandang serius terhadap aspek keselamatan ketika berada di dalam makmal
    corecore