837 research outputs found

    UPM Terima Geran RM 428 Ribu Daripada INSKEN

    Get PDF
    PUTRAJAYA, 29 Julai –Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Pengembangan Keusahawan dan Pemajuan Professional (APEEC) dilantik sebagai penyelaras bagi penyelidikan penyertaan siswazah lepasan institut pengajian tinggi (IPT) dalam kerjaya keusahawan

    UPM - BiotechCorp Bangunkan Teknologi Baru Supercritical Fluid

    Get PDF
    KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalin kerjasama dengan Biotechnology Corporation (BiotechCorp) untuk menerajui industri bioteknologi baru melalui teknologi Supercritical Fluid sebagai platform untuk mengangkat industri produk semula jadi Malaysia

    Gandingan Mantap UPM Holdings Dan Dato’ Wah Idris Dalam ’Leadership Through Music

    Get PDF
    SERDANG, 27 Julai – UPM Holdings akan bekerjasama dengan komposer dan pemuzik tersohor tanah air, Dato’ Wah Idris dalam Bengkel ‘Leadership Through Music’ bagi meningkatkan daya kepimpinan dalam diri individu melalui penghayatan muzik

    UPM Bolot 3 Anugerah Utama MTE 2009

    Get PDF
    KUALA LUMPUR 6 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) membolot tiga daripada empat anugerah utama Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2009 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini

    UPM Raih Lima Anugerah Pada Festival Filem & Video Pelajar Malaysia Keenam

    Get PDF
    SERDANG, 10 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih lima anugerah pada Malam Anugerah Festival Filem & Video Pelajar Malaysia (FFVPM) baru-baru ini

    UPM Ungguli Pertandingan Debat Diraja MADUM

    Get PDF
    GOMBAK, 4 Dis – Pasukan debat Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai Kategori Utama dan memenangi Naib Johan Kategori Muda Pertandingan Debat DiRaja antara Universiti Awam Malaysia (MADUM) 2008 baru-baru ini

    Nsamba Menang ‘Best Paper Presentation Award’ di Thailand

    Get PDF
    Nongkai (Thailand), 6 Mac – Pelajar Master Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Nsamba Hussein Kisiki meraih kemenangan Best Paper Presentation Award dalam The 3rd Technology and Innovation for Sustainable Development International Conference (TISD) 2010. Kemenangan beliau hasil pembentangan kertas kerja bertajuk Gasification of Biochar From Empty Fruit Bunch In a Fluidised Bed Reactor semasa pembentangan sesi 22 yang bertemakan Energy Technology, Thermal Systems and Applied Mechanics

    Omar Osman – Tokoh Putra Terbilang UPM

    Get PDF
    SERDANG, 28 Ogos – Staf Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Presiden Ceupacs, Omar Osman diumumkan sebagai Tokoh Putra Terbilang UPM bagi Anugerah Khas Universiti pada Majlis Gemilang Putra 2008 yang telah berlangsung pada hari ini

    PNC Lepasi Audit Pemantauan SIRIM MS ISO 9001:2008

    Get PDF
    SERDANG, 18 Oktober – Pejabat Naib Canselor (PNC) Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya melepasi Audit Pemantauan SIRIM pensijilan MS ISO 9001: 2008 pada 14 dan 15 Oktober lalu. Juruaudit SIRIM QAS International, Aine Jamaliah Mohamad Zain berkata hasil audit menunjukkan terdapat penambahbaikan dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) PNC dengan mendapat sifar laporan ketidakpatuhan (NCR) dan dua cadangan penambahbaikan (OFI). “Ini bermakna PNC berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO tanpa syarat bagi skop perkhidmatan korporat merangkumi pentadbiran, audit dalam, perancangan korporat, komunikasi korporat, penerbitan dan skop baru pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya semasa mesyuarat penutup pembentangan laporan audit dan pengesyoran. Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata pada majlis itu bahawa selepas ini, SPK Pejabat Naib Canselor akan digabungkan di bawah satu pensijilan dengan urus setianya terletak di bawah Pejabat Pendaftar. Walau bagaimanapun beliau berpendapat PNC sepatutnya tidak perlu menerima OFI kerana kesemua staf telah bekerja keras menghadapi audit kali ini selain PNC sepatutnya menjadi contoh kepada yang lain. “Semoga kejayaan mengekalkan pensijilan ini akan menjadi pemangkin untuk terus melagang usaha mempertingkat mutu perkhidmatan PNC ke tahap yang lebih tinggi untuk memenuhi kepuasan pelanggan,” katanya. Sementara itu Wakil Pengurusan PNC, Rosdi Wah berkata PNC mengucapkan penghargaan kepada Naib Canselor atas segala sokongan termasuk semua Pengarah, Ketua Bahagian, Pegawai Kawalan Dokumen, semua Timbalan Wakil Pengurusan dan Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen, Penyelaras Audit Dalam, Penyelaras Kualiti ICT, Penyelaras Kajian Kepuasan Pelanggan, Juruaudit Dalaman SPK, semua pegawai dan staf yang telah memberikan komitmen dan kerjasama padu dalam menjayakan SPK PNC. “Proses pemurnian dan penyeragaman prosedur dan arahan kerja sedang berjalan. Sesi penerangan dan latihan akan terus diadakan secara berperingkat untuk membolehkan staf mempunyai kefahaman yang tinggi,” katanya

    UPM Menang Anugerah Platinum, 2 Emas BIS

    Get PDF
    LONDON - Dua penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih satu Anugerah Khas Platinum dan dua pingat emas di pameran antarabangsa British Invention Show (BIS 2010) di Alexandra Palace baru-baru ini. Anugerah Khas Platinum dan satu pingat emas dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Mohd Yunus Abd Shukor dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dengan produknya Multiple Xenoassay Kit for detecting Environmental Toxicants. Produk yang turut memenangi pingat emas itu merupakan kit untuk menentukan kandungan logam berat tercemar dan toksid dalam air dengan mencampurkan sampel yang diuji dengan enzim di dalam kit. Pertukaran warna kepada biru menunjukkan kehadiran logam berat manakala pertukaran kepada warna perang menunjukkan ketiadaan logam berat. Teknik tersebut sensitif kepada beberapa jenis logam berat seperti merkuri, argentum, plumbum, zink, kadmium dan kuprum. Sementara itu, pingat emas kedua dimenangi oleh Bakri Bakar dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina dengan projek SRAS-Self Retaining Anal Speculum iaitu produk yang berfungsi sebagai alat bantuan pakar bedah ketika memeriksa kawasan hujung dubur manusia. Alat pakai buang plastik bio-komposit ini dimasukkan dari luar anus sehingga rektum pesakit untuk memudahkan pemeriksaan dan pembedahan pesakit serta mengurangkan infeksi pencemaran. Sebanyak 92 produk yang telah dipertandingkan dari seluruh dunia termasuk empat institusi pengajian tinggi awam dan satu institut penyelidikan dari Malaysia
    corecore